‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 29 April 2011

100 Helah Lari Berpetualang Desa ke Desa

Sekitar Tahun 1988 / 89

Pekaka Rimba, Engang, Helang, Nuri – nama-nama rumah pasukan ketika aku di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Jalan Mersing (SMK). 

Walaupun nama-nama tersebut nama erotik, tetapi tidaklah rumah pasukan kami dibezakan dengan bentuk paruh atau bulu pelepah burung. 

Rumah pasukan masih dibezakan dengan kaler.

Pekaka Rimba – Merah
Engang – Hijau
Helang – Kuning
Nuri – Biru.

Tiap-tiap tahun akan diadakan sukan tahunan. Setiap pasukan saling bersaing untuk menjuarai piala itu. 

Di sekolah SMK kebiasaanya pasukan Engang dan Pekaka Rimba yang kerap menjadi johan. Lagipun sekecil itu juga kami sudah pandai main politik memilih ahli keluarga rumah mengikut kroni masing-masing. Ini semua gara-gara memastikan pasukan kami adalah ‘ Sang Juara’.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kengkawan jangan lupa ya untuk menghantar penyertaan kontest Garden of Eden. Esok (April 30, 2011) adalah hari penamat penyertaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Acara yang paling aku tak suka ialah segala yang berkaitan dengan belari. Bagi aku ianya kosong! Macam tak ada matlamat.

Baik acara 100 meter, 200 meter, 4 x 400 meter atau lari dalam guni, semuanya aku tidak minat.

Tetapi kalau main bola sepak atau hoki aku cukup suka. 

Akulah antara yang akan ke depan menawarkan diri untuk menjadi pemainnya. Tapi kerap kali jugalah menjadi pemain simpanan! Ini semua hasil sikap nepotisme kapten pasukanlah...Huh tak adil! (kekonon tak nak mengaku bahawa tak ada bakat dan main pun tak cukup 'terror' hahahaha)


Merentas Desa

Satu petang di hari yang cerah dan panas, acara merentas desa yang wajib setiap pelajar sertai akan diadakan. Sekumpulan pelajar, termasuklah aku, sedang berkira-kira tidak mahu turut serta. Masing-masing sedang mencipta alasan untuk dilontarkan kepada cikgu rumah pasukan masing-masing!

Rabu, 27 April 2011

Blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan masuk majalah

Alhamdulilah berkat kesabaran dan ketekunan, akhirnya blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan (GKKJ) ini masuk majalah.

Majalah yang dimaksudkan ialah majalah poskad2u.wordpress.com.

Apa lagi, melantun-lantun, melompat-lompat tinggilah maza seadanya. Maza melompat hingga cicah awan sambil menghirup Kopi 434 produk keluaran Tangkak, Muar, Johor itu, *ketawa girang, hehehhe (err.. betul ke abang mail nama kopi tu?)

Cuma majalah ini tidaklah boleh didapati di pasaran seperti majalah-majalah yang biasa-biasa itu. Ia terlalu istimewa!


Gambar 1: Muka Majalah berpotretkan famili

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________________________________


Isnin, 25 April 2011

Nek Cun Di PWTC

April 23, 2011 (Sabtu) - maza sudah terjah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011.

Sampai di PWTC yang terserenggam indah di Jalan Tun Abdul Razak itu jam 12.00 tengah hari. Maza menghadapi kesukaran mencari tempat parkir hingga berputar-putar dua tiga kali juga di sekitar PWTC itu.

Akhirnya maza berjaya menyelusup masuk dan dikenakan caj parking RM8.00 sekali masuk. 

Gambar 1: If there have a will power, no matter where it is, one will read  even sitting on the floor with a crowd of people buzzing around

Gambar 2: Book worm
Punyalah ramai orang menyerbu, terutama putera dan puteri dari sekolah menengah dan rendah memenuhi ruang pameran. Macam-macam bahan bacaan dipamer dan dijual. Harga pula berpatutan dan sesetengahnya amat murah. 

Gambar: Novel Nekcun

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________

Gambar 3: Amirah, antara petugas di balik pentas

Jumaat, 22 April 2011

Di atas titi itu ...


Gambar 1: Di atas titi

Maza ada menerima email, panggilan dan sms dari kengkawan. Mereka meminta maza melanjutkan lagi penceritaan tentang titi yang pernah maza siarkan suatu ketika dulu. Entry itu kengkawan boleh baca di sini: Sepatu Putih untuk Anak.

Jadi, kali ini maza cuba tunaikan permintaan kengkawan yang manis-manis itu. (Ahaks, harap-harap manisnya itu tidak membuatkan ramai orang kena kencing manis.. hehehehe)

Bermulalah Cheretera

Di hadapan rumah maza itu ada ban (taliair). Seberang ban ada dusun. Manggis mendominasi dusun tersebut selain tanaman kelapa, rambutan, petai, jering, lalang, resam. Beberapa batang pokok durian, rambai, nangka, cempedak turut subur. Pokok jambu batu pula tumbuh meliar saling bersaing dengan pokok senduduk.

Pokok buah-buahan itu bukannya arwah ayah yang tanam semuanya. Arwah atuk yang tanam. Kemudian disulam oleh ayah dan emak.

Di hujung tanah dusun itu diamnya sawah tempat kami mencari sesuap nasi. 

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. 
Click here to join
________________________________________________________________________________

Selain menanam padi, di sawah itu jugalah tempat kami mencari lauk untuk makan malam. Rezeki alam begitulah katanya. Kami akan menangguk, menggagau, menjaring, memasang bubu, memancing ikan, menyeluk lubuk dan pelbagai lagi aktiviti perikanan di sawah itu. Pantang dengar perikanan cara baru, kami akan mencubanya. 

Gambar 2: Ujang bersama anak sulungnya sedang menangguk ikan di dalam ban.

Oleh kerana sumber pengairan ban ini datangnya dari Sungai Madek maka ikan-ikannya juga bersumber dari sana. Antara hidupan merin sungai yang terdapat di sawah dan di ban ini ialah puyu, keli, ikan putih, seluang, haruan, udang, labi-labi, belut, ikan ingeh-ingeh, baung, tapah, tuntung, toman, dan sebagainya. 

Rabu, 20 April 2011

Sambung Belajar: Graduasi


Feb 10, 2009


Gambar: Beruang Sarjana pegi sekolah tinggi. hehehe

“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”

Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa rebah.

“Ah’ah Mak. Along tu nanti, bila dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi graduan, mulalah tak ingatkan kita. Entah-entah lupa anak bini pulak. Mulalah dia pasang angan-angan nak berbini lagi satu!” adik ipar maza menambah perisa keperitan.

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

“Tidak. Abang janji, abang tak sia-siakan sesiapa pun. Emak tak payah susah-susah keluarkan belanja. Duit orang rumah abang pun abang tak akan usik. Abang akan kerja lebih masa. Kalau perlu, abang akan kerja part time untuk menampung yuran kuliah.

Apa yang penting sekarang ini ialah restu dari emak. Mudah-mudahan perjalanan abang dan keluarga ini diberkati dan berjaya."

“Ell ... leh ... lelaki memang macam tu. Belum dapat, bagai menanam tebu di hujung bibir. Tabur janji aje, buat belum tahu!” pendapat wanita yang stereotype terpacul dari mulut adik ipar maza.

Kemudian emak menambah lagi, “Huh! Payah aku nak cakap dengan engkau ni. Dulu masa suruh pergi sekolah, siap panjat pagar, berlari balik. Lepas tu, bila besar sikit malas nak belajar. Ha! Apa pendapat kau Aida?”

“Errr ... saya ok aje mak. Selagi abang maza tak menyimpang, betul cara dan niatnya. Saya tiada masalah. Lagipun kalau saya halang, seribu satu alasan lagi abang maza boleh buat. Ada aje tu karang. Bukan mak tak kenal anak mak seorang tu”

Walaupun berbunyi agak masam-masam pahit, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan isteri maza sudah dikira menyinarkan isyarat lampu kuning.

Lampu hijau, masih menantikan keputusan emak.

Apakan daya, bila dah besar panjang seperti ini barulah teringat hendak belajar. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat.

“Hmm ... kau mesti janji. Lepas lulus nanti jangan kau nak gatal-gatal sampai tak ingat anak bini. Mentang-mentang dah punya ‘lesen besar’, kau lupakan anak bini pulak. Sudah! Lepas ni belajar bersungguh-sungguh. Ini last. Lepas ini emak tak nak dengar apa-apa lagi. Tau!”

“Yahooo...” dua tangan maza tergapai-gapai ke udara seumpama burung kelicap menghisap bunga.

Ah! Memang salah aku juga. Dulu masa sekolah tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.

Tetapi, sebenarnya maza tidak mahu membebankan orang tua. Menyambung pelajaran ini memerlukan kos tinggi. Dulu masa belajar di Institusi Pengajian di Kuala Lumpur hutangnya masih berbaki.

“Lantaklah! Yang penting aku telah register dua bulan yang sudah. Sekarang ini aku perlu fokus. Peperiksaan semesta akhir sudah hendak bermula. Aku perlu fokus. Fokus untuk lulus ujian atas jalan raya pada 18.02.2009."

Semenjak mendaftar di Sekolah Memandu SKEM, Gombak, Kuala Lumpur, maza dengan tekun mengikuti kelas lesen memandu B penuh.

Walaupun sudah punyai lesen B2 (lesen motorsikal 250 cc ke bawah) tetapi segala tipu helah dan teknik sudah lupa.

Jadi, maza mohon doa kalian untuk mempermudahkan urusan maza, lulus dengan cemerlang dan sempat graduan di pesta konvokasyen nanti!

Akhir kalam - "Betemu Di Kemuncak Kejayaan"



"maza: cerita cita-cita.... lantun-lantun gitew.. miahahahhaa


Nota kaki lompat-lompat: Terima kasih kepada Cik Ladi Bird dan Che Su yang sudi menjadi follower GKKJ ini yang mana tuannya selalu lantun-lantun entah apa-apa entah gitew.... hehhehe

Selasa, 19 April 2011

Renung...

Entry ini adalah entry kedua untuk hari ini.

Entry terdahulu ada di sini.

Tepek satu gambar yang di atas titi ini sudah lah ya kengkawan. Huhuhu....

Nasrun
termenung di atas titi di hadapan rumah atoknya di Kahang...
Tempat aku dulu2 menenangkan jiwa, mengenangkan nasib serta mencari ilham


________________________________________________________________________________


Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

Upgrade Hadiah: Garden of Eden the Contest.

Sukacita maza ingin maklumkan bahawa Hadiah kontest Garden of Eden telah ditingkatkan berikutan adanya tajaan daripada insan-insan mulia tersebut.

 ________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________



Berikut ialah senarai Hadiah untuk pemenang bertuah dalam pertandingan tersebut nanti.

Hadiah **Update (19.04.2011)

Oleh kerana pengajuran contest ini dengan niat berbakti dan ikhlas juga untuk suka-suka, maka hadiahnya juga suka-suka. Dan ia bergantung kepada kantung poket pihak penganjur (maza) hahahha.. (errr.. selalu gak poket penganjur bolos sebenarnya.. tapi demi yang ini apa salahnya berkorban sikit kan? niat dan perbuatan yang baik-baik jua... heheheh)

Tempat pertama: Novel, poskad  dan Video cracker bernilai USD17 tajaan Ismail N
Tempat kedua: Novel, Poskad dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai USD12.97 tajaan Ismail N

Tempat ketiga: Diari Islamiah dan Poskad
Tempat keempat-keenam: Poskad



***update: mesej dari:
1) Ismail N (19.04.2011).
2) Nekcun
_____________________________________________________________________________________
Seperti yang DIJANJI ari tu..

1) Untuk contest Maza Garden Of Eden, kawe dengan ini berbesar hati sponsor dua hadiah untuk pemenang utama contest.Dua hadiah tersebut merupakan software Video Cracker (bernilai USD 17) dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai (USD 12.97)
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk boleh didapati di sini: http://tinyurl.com/3rpjqfv dan http://tinyurl.com/3nk6avl

All the best Maza. :D

2) Nekcun nak hadiahkan 2 novel nekcun yang tengah panas di pasaran iaitu : 1) Seandainya Kau Ada & 2) Hanya Kau Yang Tahu.
 __________________________________________________________________________________


Oleh itu, segeralah kengkawan menghantarkan pencalonan entry masing-masing ya. Yang terhangat gitew.. hehehehe

Isnin, 18 April 2011

Sepatu Putih untuk anak..

Gambar 1: Kasut yang siap dibasuh dijemur pula
 
Lumrah tatkala di hujung minggu ini masa untuk mencuci segala bagai kain baju sekolah anak-anak. Anak-anak maza semuanya masih kecil dan masing-masing masih berlagak macam bayi baru lahir. 

Namun hal itu tidak membataskan maza untuk mengajar anak-anak agar berdikari. Maza sudah beritahu dan ingatkan Darling untuk mengajar anak tentang kelangsungan hidup. Paling mudah kita bermula dengan membasuh kasut sekolah.

 ________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

Maza tatkalah darjah satu.

Masa maza sekolah di darjah 1, kasut maza bukanlah seperti hari ini. Kasut yang maza pakai ialah sepatu plastik yang berwarna putih. Lagipun sepatu itulah yang paling murah. Jika mereka itu dalam kalangan mereka yang  'berada' sedikit maka mereka akan memakai sepatu 'kain' atau canvas. 

Tatkala itu rata-rata orang kampung memang susah belaka. Ada yang pergi ke sekolah tidak berkasut dengan berkaki ayam.

Kiranya maza masih tergolong dalam kalangan orang-orang beruntung juga walaupun memakai sepatu plastik yang keras-kejung. Mujur juga maza tidak pandai hendak mengadu-domba atau merasa rendah diri mengenakan sepatu plastik.

Apa yang ada di benak maza ketika itu ialah masuk universiti (walhal tak tahu apa bendalah itu), belajar pandai-pandai hingga jadi orang berguna (sebab mak dan ayah selalu berpesan sama ada tatkala berbaringan sebelum tidur atau pagi-pagi buta sebelum ke sekolah) dan yang paling seronok hendak berjumpa kawan-kawan (apa lagi, mainlah ....*ketawa nakal, hahahaha).

Sabtu, 16 April 2011

Jom Masuk UM!

Gambar 1: Banner Jom Masuk UM

15-16 April 2011 (Jumaat-Sabtu) Universiti Malaya yang merupakan universtiti tertua di Malaysia sedang menganjurkan Karnival Jom Masuk UM!

Karnival ini bertindak sebagai promosi dengan mengajak para lepasan graduan (post-graduate) untuk menyambung pelajaran mereka di Universiti Malaya.

Gambar 2: Iklan Jom Masuk UM
Sebenarnya karnival seumpama ini tidak hanya UM yang lakukan, tetapi hampir keseluruhan universiti tempatan turut membuat promosi yang sama cuma di tempat masing-masing.
 ________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

Dari Jumaat hingga Ahad ini promosi dan pameran seumpamanya juga diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Gambar 3: Cenderhati setelah mendaftar

Ini juga bermakna permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD sudah dibuka. Bagi mereka yang berminat bolehlah memohon langsung ke universiti berkenaan atau boleh mendaftar dalam talian.

Khamis, 14 April 2011

Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan

Ini merupakan anjuran kali pertama dibuat oleh maza. Terutama bila mengenangkan komen, jasa baik serta nasihat kengkawan yang sering berkunjung ke Gubuk Kecil ini. Apatah lagi setelah mendapat dorongan serta galakkan daripada geng blogger tegar iaitu En. Ismail N (Passionate about blogging) dan Kak Tie (Kaytieze's Blog). (hehehehe)

Ini ada kaitannya dengan entry lalu dari blog ini juga bertajuk Garden of Eden. Dalam masa sama mahulah maza untuk menyumbangkan sedikit kebaktian kepada dunia nan fana.

Adapun objektif utama contest ini ialah:-
  1. mempromosikan tentang kehijauan dunia. Green world for better life. Life for future generation gitew.
  2. menggalakkan kengkawan bercucuk tanam dan menyayangi alam.
  3. mengeratkan silaturahim sesama geng blogger.

Cara Penyertaan
Untuk menyertai contest ini cukup mudah sekali iaitu:-
  1. Niatkan mahu masuk bertanding kerana Allah SWT; seikhlas mungkin!
  2. Peserta dikehendaki meletakkan tajuk entry tersebut dengan tajuk berikut;- "Garden of Eden: Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara Jalanan"
  3. Peserta dikehendaki menyebutkan juga alamat website ini:- http://mazaaida.blogspot.com; kemudiannya link-kan ia ke laman blog dari entry contest ini.
  4. Masukan sekali definisi Garden of Eden iaitu: Taman Aku. (errr, eden tu dalam bahaso Negeri Sembilan; 'Aku'...hehehehe)
  5. Tinggalkan nota di ruang komen di bawah dengan menyatakan, "saya ikut serta" dan tinggalkan sekali alamat link ke entry penyertaan contest anda.
  6. Di dalam entry itu nanti anda hendaklah menyertakan gambar taman dan jalan ceritanya sekali.
  7. Contoh untuk membuat entry tersebut boleh dilihat di blog Ismail N dengan alamat di sini: http://passionateaboutblogging.com/bm-new/blog/keluarga/garden-of-eden-ayahand, juga di laman sini: http://mazaaida.blogspot.com/2011/04/garden-of-eden.html
  8. Pemenang akan dinilai melalui gambar taman dan jalan cerita yang paling menarik sekali.
  9. Penyertaan dibuka sekarang dan ditutup pada 30 April 2011 jam 12.00 tengah malam.
  10. Keputusan pertandingan akan diketahui tidak lewat dari 31 Mei 2011 (insyallah).
  11. Segala keputusan juri adalah muktamad


Hadiah **Update (19.04.2011)

Oleh kerana pengajuran contest ini dengan niat berbakti dan ikhlas juga untuk suka-suka, maka hadiahnya juga suka-suka. Dan ia bergantung kepada kantung poket pihak penganjur (maza) hahahha.. (errr.. selalu gak poket penganjur bolos sebenarnya.. tapi demi yang ini apa salahnya berkorban sikit kan? niat dan perbuatan yang baik-baik jua... heheheh)

Tempat pertama: Novel, poskad  dan Video cracker bernilai USD17 tajaan Ismail N
Tempat kedua: Novel, Poskad dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai USD12.97 tajaan Ismail N

Tempat ketiga: Diari Islamiah dan Poskad
Tempat keempat-keenam: Poskad



***update: mesej dari:
1) Ismail N (19.04.2011).
2) Nekcun

_____________________________________________________________________________________
Seperti yang DIJANJI ari tu..

1) Untuk contest Maza Garden Of Eden, kawe dengan ini berbesar hati sponsor dua hadiah untuk pemenang utama contest.Dua hadiah tersebut merupakan software Video Cracker (bernilai USD 17) dan 3D Easy Icon Maker V2 Photoshop Action Script bernilai (USD 12.97)
Maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk boleh didapati di sini: http://tinyurl.com/3rpjqfv dan http://tinyurl.com/3nk6avl

All the best Maza. :D

2) Nekcun nak hadiahkan 2 novel nekcun yang tengah panas di pasaran iaitu : 1) Seandainya Kau Ada & 2) Hanya Kau Yang Tahu.
 __________________________________________________________________________________

Akhir kalam, selamat beramal gitew ...  hehehehe (opps... lantun-lantun sudah!)

Errr.. tepek beberapa gambar sebagai pemangkin semangat kengkwan satu kali, sudah.. hehehehe








Lokasi: Depan rumah kat kampung.
Tema/tajuk: Garden of Omak Eden with Semak Samun! ... hehehehe


Penyertaan diterima:-
  1. adele: Cetusan hati
  2. Akubiomed: akubiomed.com
  3. bEe: sakura040582.wordpress.com
  4. Gadis Gigi Arnab 
  5. Lela: Desalam.blogspot.com
  6. Tie: Danggarumbia.wordpress.com
  7. Mekar: mymekar.com

Rabu, 13 April 2011

Miszalin Cintaku

Lagu ini betul-betul  mengembalikan kenangan tatkala maza di tingkatan 4 & 5 di Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Kluang, Johor.


Alkisah Cikgu Miszalin yang baru tamat dari maktab perguruan setelah melanjutkan pelajaran di UPM telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kahang Batu 23 itu.

Sebagai cikgu yang 'segar' (fresh) belum berkahwin dan masih bujang telah menarik perhatian ramai pihak. Bukan sahaja dari kalangan murid, juga guru-guru lelaki bujang di sekolah itu.

Dan kebetulan pula sekitar tahun 1990 dasar pendidikan negara telah berubah. Lantaran itu tempiasnya kami rasai dengan kehadiran ramai guru-guru baru. Antara guru tersebut ialah Cikgu Idris, Cikgu Miszalin, Cikgu Hamidah, Cikgu Hishamuddin, Cikgu Shamsul, Cikgu Syamsiah, Cikgu Asmah, Cikgu Azizah, Cikgu Noraini dan beberapa orang lain.

Cikgu Miszalin mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni. 

Selasa, 12 April 2011

Sekolah Kebangsaan Kahang, Jalan Mersing, Mukim Kahang, Kluang, Johor. (SK Kahang)

Tahun 1982 ketika itu maza berumur 7 tahun dan itulah kali pertama maza menjejakkan kaki ke sekolah rendah seperti kanak-kanak yang lain.

Seingat maza, maza begitu ghairah untuk bersekolah dan bertemu kawan-kawan yang sudah beberapa bulan dipisahkan oleh cuti sekolah TADIKA. Di tambah pula rasa girang tersebut dengan berbaju baru, berseluar baru, beg baru dan berkasut baru. Kiranya serba serbi baru kecuali tupperware bekal...

Gambar: Sekolah Kebangsaan Kahang, KM 45 Jalan Mersing, Kahang, Kluang, Johor

Sesekali ada juga senior yang memberitahu maza bahawa cikgu sekolah rendah ini garang-garang belaka. Di hati maza mulai terasa kecutnya. Terutama senior yang juga merupakan kawan-kawan teman sepermainan di rumah memberitahu bahawa Cikgu Fatimah (guru kelas merangkap cikgu bahasa Inggeris) seorang cikgu yang garang dan kuat pukul orang.

Di zaman itu sekolah rendah ini merupakan sekolah beratapkan nipah. Hanya ada lebih kurang enam atau lima kelas sahaja. Tingkapnya merupakan tingkap kayu. Untuk membuka tingkap itu kita kena tolak ke atas daun tingkap yang besar tersebut dan disendal dengan kayu panjang. Jadinya tingkap itu akan ternganga dengan bukaan atas-bawah bukannya terbuka kiri dan kanan.

Ahad, 10 April 2011

Kahang - Bibiq keteguran di kebun

Hujung minggu ini (April 9-10, 2011) - maza sudah pulang ke kampung Sri Lukut, Mukim Kahang, Kluang, Johor. Adik maza (Bibiq) sudah diserang gangguan dari alam ghaib. Kakinya membelon dari ibu jari membawa ke pangkal peha di sebelah kaki kanannya. 

Sekarang ini Bibiq sedang mendapatkan rawatan di rumah mertuanya di Batu Pahat. 

Alkisah tatkala meracun di kebun getah di atas bukit sana berpinggiran hutan simpan kekal Lenggong itu. Tatkala dalam perjalanan pulang dia menegur sebuah tapak kaki yang agak pelik. 

"Kalau tak silap, ini tapak kaki tenuk ni," kata Bibiq kepada Ana isterinya.

"Mana bang?" Ana terpinga-pinga mencari sama.

Sabtu, 9 April 2011

Garden of Eden

Sabtu lepas di pagi hari nan mulia tatkala lepas subuh Mem Besar sudah telefon maza. Dia minta maza jadi peneman dan merangkap pemandu ke sebuah kedai bunga sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Awalnya berat hati juga hendak melepaskan bantal dan ahli keluarga nan tercinta itu. Tetapi mengenangkan Mem Besar, terpaksa jugalah maza mengangguk-anggukkan kepala. (Eh! Orang di hujung talian telefon sebelah sana bolehkah nampak orang sebelah sini angguk-anggukan kepala? hmmm?! hentam ajelah ...*senyum sambil menutup mulut masam, hehehe)

Gambar 1: Tempat kami membeli-belah. Harganya pun berpatutan dan boleh tawar-menawar

Katanya dia hendak membelikan hadiah untuk ayahnya yang sudah berusia 90 tahun. Pokok bunga yang dibelinya itu diharapkan mampu menjadi terapi untuk ayahnya itu.

Khamis, 7 April 2011

Air Terjun Berkelah : maza & co.

Memang benar maza berasal dari kampung. Masa kecil-kecil ketika sekolah rendah lagi selalu meredah hutan dan belukar. Kami selalu meredah semak samun sama ada bermain atau melastik burung. Terutama berhampiran kebun-kebun terbiar yang senduduk, resam, lalang, lempong, ketapang dari serendah lutut hingga merimbum menyelubungi awan.

Setakat tracking dan hiking dalam hutan ini sudah alah bisa tegal biasa. Pinggiran hutan tempat permainan kami. Menyelusuri anak-anak sungai, bermain perang-perang dengan tanah liat yang dicapai dari dalam sungai atau membuat istana pasir.

Gambar: Papan tanda Hutan Lipur Berkelah

Pernah kami berkhemah di dalam hutan. Atau lebih tepat lagi di Bukit Beriut berdekatan dengan persimpangan Nitar di Jalan Mersing, Johor sana. Kami berkhemah betul-betul di air terjun yang terdapat di situ. Walhal kawasan itu baru sahaja diterokai oleh Jabatan Hutan. Untuk ke sana kami terpaksa menggunakan jalan balak dan bertiti kayu. 

Di air terjun itu kami bermalam. Ada rakan kami sebelum ini telah membuat rumah ran (di atas pokok) tetapi tidak pernah bermalam. Hanya maza, Norisam Samsuri, Selamat Abu, Mohd Yazid Yahya, Hishamuddin Md Isa dan beberapa orang lain yang maza sudah lupa telah bermalam di situ. Walhal hutan Lenggong tersebut punyai binatang buas seperti harimau, gajah, mawas, babi tunggal, pontianak, langsuir, penanggal dan bermacam lagi. (hahahaha). Tatkala itu kami baru lepas SPM.

Sebab itulah tatkala kursus bina semangat, atau BTN di dalam program junggle tracking atau hiking atau survival yang maza sertai kerap kali juga maza akan jadi ketua, jurupandu, juruarah dan tracker.

Tetapi itu kisah berbelas tahun yang lalu. Setelah bergelar mahasiswa kemudian beranak-pinak, aktiviti lasak seumpama itu sudah lama terkubur. Namun semangat untuk berkhemah seperti dahulu kala masih ada, cuma suam-suam dingin gitew. Segala skill hampir luput.

BERMULALAH KEMBARA

Sehinggalah pada suatu hari yang berbahagia, En Zubairy Abadi Sufian, Pegawai Jabatan Integriti - juga teman maza di kolej dulu - bersama geng NAPAT (Nature Adventure.... lupa sudah nama sebenarnya) telah mengajak maza untuk membuat tinjauan di Air Terjun Berkelah, Maran, Pahang.

Gambar 2: Simpang jalan ke Air Terjun. Separuh berturap tar dan ada sebahagiannya dihanyutkan air

Selasa, 5 April 2011

5 maut gara-gara bantahan Al Quran dibakar

Entry kali ini ada kaitannya dengan entry Tengkorak Emas bertajuk "Al Quran dan Kita"

*********

5 maut bantah al-Quran dibakar

2011/04/03
Tujuh kakitangan asing PBB turut terbunuh diserang penunjuk perasaan

KANDAHAR (Afganistan): Lima orang terbunuh dalam tunjuk perasaan ganas di sini semalam membantah tindakan membakar naskhah al-Quran oleh seorang paderi Amerika Syarikat, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalami serangan terburuk terhadap kehadirannya di Afghanistan yang membunuh tujuh kakitangan asingnya.
(....)
 Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan raya di Mazar-i-Sharif, utara Afghanistan selepas solat Jumaat kelmarin dan berarak ke pejabat PBB.
Mereka membakar sebahagian daripada bangunan pejabat itu dan memanjat temboknya untuk merobohkan menara pengawal.
Leher mangsa warga asing yang maut dikelar, kata PBB dalam satu kenyataan.
Empat pengawal dari Nepal maut ketika cuba menghalang penunjuk perasaan menyerang pejabat PBB itu, manakala seorang masing-masing warga Norway, Sweden dan Romania juga terbunuh.

Seramai lima penunjuk perasaan turut terbunuh, manakala ramai lagi cedera ketika cuba merampas senjata daripada pengawal PBB.

“Adalah menjadi hak kami untuk membuat demonstrasi kerana mereka membakar al-Quran tetapi saya tidak hadir untuk membunuh orang,” kata seorang penunjuk perasaan Habeebullah, 20 yang cedera di kaki.

Penunjuk perasaan itu meletus berikutan tindakan seorang paderi membakar beberapa naskhah al-Quran di sebuah gereja di Florida.

Sementara itu di Kandahar (Pakistan), lima orang terbunuh semalam dalam demonstrasi berterusan membantah pembakaran al-Quran.

Tunjuk perasaan itu bermula di tengah-tengah bandar selatan ini sebelum merebak ke lokasi lain dengan berlaku pertempuran dengan pasukan polis.

Selain yang maut 45 orang turut cedera apabila penunjuk perasaan dari pinggir bandar memasuki pusat bandar. –  (sumber: Berita Harian: April 3, 2011)

 *******
IRONI 

Tindak balas sepontan maza ialah marah terhadap tindakan bodoh oleh paderi dari Florida itu. Memang banganglah. Dan sekarang rasakan bantahan yang diterima.
Tapi malangnya bantahan itu berlaku di Afganistan di tanah jajahan Amerika dan Pakistan bukan di bumi Amerika sendiri di depan mata Paderi 'bangang' Terry Jone itu.

BERSIKAP RASIONAL

Sungguh pun begitu kita harus berfikiran rasional agar tidak terbawa-bawa dengan api amarah yang disulami oleh hasutan syaitan. Menahan sabar dan bertindak secara berhemah dapat menumpaskan segala kejahatan yang ada dalam peristiwa keji ini.

Al Quran bukan diamnya dalam naskah dan untuk dipamerkan atau dibaca semata-mata.... al Quran letaknya di kalbu yang paling suci. Kalbu yang gelap sudah tentulah tidak dapat menerima kehadiran Al Quran...

Jadinya, walaupun dibakarnya Al Quran yang ditulis dalam kitab itu beribu-ribu kali, tetapi yang dibakar itu hanyalah suhuf-suhuf, lembaran-lembaran atau naskah-naskah sahaja. 

Hakikatnya Al Quran itu ialah ayat-ayat suci dari Tuhan bawaan Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang perlu kita hafal, amal, zikir dan yakini... yang dengannyalah kita bawa sampai ke liang lahat. Dan tatkala itulah apabila soalan malaikat Mungkar dan Nangkir tentang "SIAPA IMAM KAMU?" maka segala amalan, bacaan dan hafalan dari ayat-ayat suci Al Quran inilah yang akan berguna.. bukannya sebuah kitab yang terdiri daripada lembaran kertas dan tulisan itu yang sudah barangpasti akan ditinggalkan di luar kubur!

Lantaran itu, kita semua harus suburkan Al Quran di dalam hati.... waema kitab itu dibakar berjuta-juta kali pun kita akan dapat tenangkan diri. Yang dibakarnya itu hanyalah kitab, walahal Al Quran bukanlaha sahaja berbentuk fizikal seperti kitab-kitab biasa dilihat itu. Hakikatnya Al Quran itu hadir sedari azali lagi dalam bentuk spiritual yang diwarisi dari mulut ke mulut, hati ke hati! Dan bukannya seperti hamparan batu bersurat turun dari syurga seperti kitab-kitab sebelumnya! Musnahnya kitab-kitab itu maka hilanglah segala-galanya... hilanglah pedoman.

Al Quran lebih mulia daripada hanya berbentuk sebuah barisan tulisan di dalam kitab untuk dipamerkan atau bahan bacaan semata-mata. 

Justeru, kalaulah Al Quran sentiasa subur di hati, ianya tidak akan sama-sekali akan terhapus, malah tempatnya jauh lebih mulia; bersama-sama dengan orang beriman yang sejati!

SARANAN

Mari kita jadi hafiz... dgn demikian we could preserve al Quran eternally dan ia berbetulan pula dengan firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Surah al-Hijr: 9)


Oleh itu kita harus bertenang dan jangan terikut-ikutkan baran. Memang kita terasa sakit melihatkan kelakuan biadab itu, tetapi kita perlu tahu dan sedar diam letaknya hakikat sebuah Al Quran yang dengan itu sama-samalah kita protect & preserved Al Quran.

Jika kita tidak laksanakan hak-hak al Quran (baca, hafal, dan amal) seolah-olah kita tidak ubah atau menyokong seperti tindakan paderi 'bangan' itu yang 'membakar' al Quran. Iaitu memusnahkannya dari muka bumi dengan tidak mengambil peduli atas sebarang inisiatif untuk meneruskan dan mewarisi al Quran melalui jalan hak - baca, hafaz dan amal. Bahkan khayal mengamalkan fasik dan melakukan maksiat! 

Nauzubillah min zalik...

(opss.. minta maaf jika ia sukar difahami.. ayat berbelit2 dan melantun2 dari maza... hahaha.. kira macam tasauf dan usuludin gak ler.. ppsst sekadar cebisan ilmu maza yg tak tinggi mana pun.... tinggi lagi ilmu Tuhan... huhuhu) 

Uiks ... sekali lagi maza baca entry yang maza tulis, maza pulak naik takut sebabnya maza sendiri pun banyak melakukan dosa.... astaghfrullahal azimmm).. taubat maksiat, taubat maksiat.. huhuhu


Isnin, 4 April 2011

Gadis Canon: dari Johor ke Kedah!

Potrait ini dipetik ketika maza mengembara seputar Malaya. Dari selatan tanah air membawa ke utara.

Wisata kali ini menemukan sanak-saudara dan mereka teringin sangat wajah pulus mereka dirakam ke dalam lensa maza yang kemudiannya disiarkan di dalam blog ini.

Anis

Anis, gadis berusia 14 tahun ini beraksi seolah-olah gadis Canon (dibaca bukan model profesional dan hentam ajelah hehehe).  Anis ialah anak kepada Tok Sarjan (Pencen RAMD) Suhardi dan sekarang menetap di Masai, Johor.

Anis seorang periang dan banyak celotehnya. Anak dara ini masih bersekolah di Tingkatan Dua.
 
Anis

Syirah

Gadis cilik di bawah ini pula ialah anak orang kampung maza bernama Syirah. Lokasi rakaman potrait dibuat di Lembah Bujang, Merbuk, Kedah. 

Memang asalnya keluarga beliau dari Sungai Petani, Kedah dan kemudiannya berhijrah ke Kampung Pinggir Jaya, Kahang, Johor sekitar 1970-an di atas program penerokaan dan kemajuan tanah sawah Johor.

Sekarang ini keluarga mereka berpindah semula ke kampung halaman dan menetap di sana setelah hampir 30 tahun bermustautin  di Johor. 

Syirah ialah cucu kepada En. Abd. Aziz dan Kak Melah. Syirah anak kepada Anuar.

Moga-moga mereka dalam kesejahteraan dan berbahagia. Banyak cerita dan kisah melanda dalam kehidupan anak kecil ini. Moga-moga dia tabah menghadapi ujian hidup.

Syira


Kali ini maza sengaja (naiwatu sahaja aku) membawakan dua potrait yang mempunyai dua personaliti dan jiwa berlainan. Apa-apa hal pun anak-anak puyai jiwa yang perlu dibina, dipupuk dan ditarbiah.

Masing-masing ceria tetapi di jiwa mereka ada kecamukan.

Wahai anak-anak mudah-mudahan engkau berjaya mengharungi gelora hidup ini. Ameennnn...

Ahad, 3 April 2011

Keriangan seperti di Kota Keriangan Genting Highland!

April 2, 2011 merupakan malam minggu, Sabtu malam Ahad.

Kebetulan pula minggu sudah maza melalui jalan lama Sungai Buloh - Shah Alam. Tiba-tiba maza terpandangkan ada funfair berdekatan dengan Shell di Kampung Selamat di tepi jalan tersebut sambil disaksikan juga oleh anak-anak maza.

Gambar 1: Wajah gembira si Ibu


Mereka bising berteriak dan bersorak di dalam kereta mahu pergi ke situ. Apa lagi mereka mahu keseronokanlah.

Namun maza tidak terus bersetuju mahu membawa mereka ke situ. Maza berikan syarat. Dan syarat-syaratnya ialah:-

1) Kena rajin bersekolah
2) Kena rajin mentelaah

Akhirnya budak-budak itu pun menjawab, "Ayah kan lagi elok kita pergi di sini dari kita pergi ke Genting Highland di Arena Hall sana untuk saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (malam ini - April 3, 2011, jam 9.00 malam.). Kalau pergi sini tak mahal. Tak macam pergi Sunway Lagoon dan Gentin Highland Fun Land."

Gambar 2: Terbang di dalam helikopter
Penyudahnya maza sendiri terdiam dan terpaksa akur.  "Oklah, malam minggu nanti kita pergilah. Hari ini tak boleh sebab ayah nak kena pecah batu banyak-banyak. Mau cari duit berguni-guni. Lepas tu nanti bolehlah kita main kat funfair itu."

Di dalam hati maza sebenarnya memang sudah ada keseronokan mahu terjah funfair tersebut. Mahu juga rasa keriangan seperti orang muda belia gitew.. hahaha...

Jadinya, malam minggu ini maza terjahlah dengan anak beranak bergumbira dalam menelan pahit sebaik terkenangkan harga minyak RON97 sudah naik sebanyak RM0.20. Ini bermakna kalau tidak berhati-hati dan sensitif, harga RON 95 bakal menerima renjatan juga. Lantas sekaligus menyebabkan perbelanjaan harian dan pengangkutan akan meningkat lagi! aderkkkk!!!

Gambar 3: Kereta langgar ini tak perlukan minyak RON97/97 pun. Huhuhu

Dengar kata ia adalah dari kesan rantaian global. Itu memang maza akur. Nak buat macam mana, ada baghal yang menggelarkan dirinya sekolah tinggi dan bertamadun suka sangat pergaduhan dan berperang. Pantang sikit aje silap di negara orang terus nak dijadikan padang jarak padang terkukur! Aderkkkk!....

Oklah kengkawan, lupakan sekejap cerita duka tersebut. Meh ler kita layan beberapa keping gambar lantun-lantun yang sempat maza tembak... hahaha..

Layannnn....

Gambar 4: Ada berani ka naik bendalah ini? huhuhu, seram sejuk sehhhh!

Gambar 5: Ada berani ka?

Gambar 6: Kembara dengan 4WD di tengah bandar

Gambar 7: Antara permainan yang terdapat di situ ialah menyauk itik dan menang hadiah.
Dan Nasrun berjaya mendapat hadiah mug Mickey Mouse!

Gambar 8: Permainan yang popular ialah tembak menembak dan lontar dart
Gambar 9: Kepuasan


Nota:
Maaflah kengkawan ... kalau ada merasakan kualiti gambar ini tidak menarik.. hehehehe.. sesungguhnya maza juga manusia biasa gitew dan tak putus-putus mahu belajar jua... huhuhu

Sabtu, 2 April 2011

Penerbitan buku foto oleh Maza & company...

April sudah memunculkan diri. Ini bermakna sudah suku tahun berlalu. Dan banyak perkara masih belum terlangsai. Namun untuk menjadi seorang yang praktikal dan terurus, penilaian diri harus diukur.

Mengikut kayu-roll* (kayu pengukur/ pembaris) maza yang kontot ini, beberapa pergerakan untuk kemajuan hidup masih rancak dibina.

Sekarang ini sedang memacak-macak pancang mahu bina dan kukuhkan pelantar 'rumah' ... mudah-mudahan sumber rezeki yang satu ini akan menjadi hendaknya... fuhhhhh!!!!

Cerita Lain
Setelah bertelungkus lumus beberapa lama dan begitu juga mencari dana yang mencukupi akhirnya maza berjaya juga menghasilkan buku foto (photobook) yang ini. Alahmdulilah.. rezeki gitew... hehehe

Picture 1: Firdaus & Aisyah engagement Feb 13, 2011)
Dari itu teringin pula maza berkongsi kemanisan menghasilkan buku foto bersiaz 8" x 11" dengan kulit lembut (soft cover) dengan kengkawan. Manalah tahukan .... ?! ahaks.. hehehehe.

Sementara maza menelek-nelek buku yang ini sebelum diserahkan kepada tuan yang empunya, mahulah maza ucapkan selamat berhujung minggu kengkawan. Dan jangan lupa lap bersih-bersih air liur basi yang meleleh itew! *senyum girang, hahahaha

Picture 2: Maza & company photobook.
Akhir kalam hendaklah maza berterima kasih yang teramat tinggi dan tak terhingga kepada Cik Nono (photo blogger) yang cute-cute itu kerana sudi menjadi sifu maza. Terutamanya dalam memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar hendak bikin buku foto yang ini. Tanpa beliau, agak-agaknya maza ke laut sudah.... hahaha

Nota kaki:

Maza ingin mengucapkan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada teman-teman yang setia berkunjung di sini. Terutama kengkawan yang rajin memantau blog GKKJ yang entah apa-apa entah ini, melantun-lantun gitew... *ketawa, hahaha

Dan jutaan terima kasih juga maza ingin sampaikan kepada abang Ismail N yang amat perhatin dengan perkembangan GKKJ ini.. hehhehe..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails