‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 28 Februari 2011

Dressar merawat dari kaki...

Anak saudara maza, Uda, bercita-cita mahu menjadi peniaga hebat. Setiap kali berjumpa dengannya tak putus-putus dia bercerita tentang cita-citanya mahu memiliki perniagaannya sendiri.

Berlainan pula dengan ibu Uda, Milah. Milah adalah kakak maza mahukan anak-anaknya bekerja dengan kerajaan. Katanya ia lebih terjamin. Malah Milah tidak mahu anak-anaknya susah sepertinya, menjadi kuli di kebun estate, membuka ladang dan sekarang bergelar peneroka Felda.

Setelah tamat sekolah, Uda pun berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Perubatan (AMO) atau orang kampung panggil 'Dressar' di hospital swasta.

Genap tiga tahun dia berkhidmat di hospital itu, tiba-tiba kegawatan melanda. Hospital swasta tersebut memberi pilihan kepada para pekerjanya untuk berhenti di bawah skim VSS.

Mengenangkan nasihat dan harapan Milah, Uda tidak jadi berhenti kerjanya. Oleh kerana ekonomi makin sesak dan ramai pesakit beralih ke hospital kerajaan dan ada yang tidak mampu membayar bil rawatan, maka jumlah pendapatan hospital swasta tersebut merundum teruk. Akhirnya, pihak pentadbiran hospital terpaksa memotong gaji kakitangannya.

Lantaran tindakan penjimatan tersebut telah menjejaskan pendapatan isi rumah Uda. Sedangkan Uda baru menikah dan mempunyai anak seorang.

Namun Uda tidak mudah melatah atau mengadu-domba. Di sebalik liku-liku tersebut, Uda nampak ada sebuah peluang untuknya. Ya peluang untuk terus maju dan menambahkan pendapatan keluarganya itu.

Uda telah bertemu maza dan memohon bantuan maza. Uda mengatakan dia mahu meminjam wang sebanyak RM200 sahaja untuk dibuat modal permulaan perniagaan. Maza menggaru kepala tanda kurang percaya, dengan jumlah modal sebesar RM200 itu, apalah perniagaan yang boleh dilakukannya.

"Uda, pakcik bukanlah senang sangat tapi setakat RM200 ni pakcik boleh bantu Uda. Buatlah sebaiknya. Ambil ajelah duit ini sebagai tanda bantuan dan sedekah dari pakcik," maza merasa sungguh belas kepadanya yang datang dengan kusut masai tetapi penuh semangat untuk berniaga.

"Tidak Pakcik. Saya akan bayar balik duit Pakcik ini. Saya pasti bayar!" tegas Uda.

Uda pun memulakan perniagaan kecil-kecilannya. Dari menjual nasi lemak, kuih karipap, mee goreng kepada menjual basikal, motosikal, kereta dan rumah. Habis semua dia jual sampai maza sendiri pun tak tahu yang mana satu bisnes terasnya. Pendek kata pantang ada peluang buat duit, Uda akan jual kesemuanya. Tidak terkecuali dia juga pernah tercebur di dalam dunia 'MLM' dan 'Direct Selling'.

Dua tahun kemudia dia kembali bertemu maza. Kali ini dengan penuh bergaya seperti usahawan berjaya. Anak muda ini sudah berubah penampilannya sama sekali. Segak!

"Ini duit pakcik yang pakcik berikan tempoh hari. Duit RM300 ini pula saya berikan kepada pakcik sebagai tanda terima kasih di atas pelaburan pakcik dalam bisnes saya selama ini." Uda tersenyum bangga sambil menghulurkan dua cek bernilai RM200 dan RM300.

"Alhamdulilah. Terima kasih Uda. Pakcik macam tak percaya kau boleh berjaya sejauh ini. Dan tak sangka kau boleh berjaya menjadi seorang peniaga hebat."

"Semuanya ketentuan Allah SWT yang mengurniakan rezeki kepada hamba-hambanya pakcik. Kalau kita tak berputus asa dan berusaha terus berusaha, kita akan berjaya. Lagipun sebenarnya saya baru menapak. Penampilan dan gaya harus dijaga bila kita menjadi orang businessman."

"Wah! Semakin hebat kau. Sekarang ni pakcik ingat nak cari duit tambahanlah. Bukan apa, mana tahu lepas ni pakcik nak buat bisnes sendiri pula. Dari dulu sebenarnya pakcik pun minat berniaga. Eh! Apa bisnes kau sekarang ni?"

"Oh! Elok juga tu pakcik. Kebetulan saya memang mencari pengedar. Sekarang ni saya buat bisnes 'Foot Patch'.

Foot Patch ini berfungsi untuk mengeluarkan sisa toksid di dalam badan melalui rumusan herba yang ditampal di tapak kaki.

Cara menggunakannya cukup mudah. Hanya tampalkan koyok tersebut di tapak kaki dan dibiarkan tanpa menggerakkan kaki dengan aktif selama 8 jam. Seeloknya selepas tampal koyok Foot Patch ini, kita pakai stokin. Elok dilakukan ketika hendak tidur malam.

Keesokkan paginya kita tanggalkan koyok tersebut. Jika toksid banyak di dalam tubuh, koyok yang putih itu akan bertukar menjadi hitam. Lakukan tiga hingga empat hari berturut-turut. Kemudian disulam dengan dua kali seminggu.

Foot Patch ini dapat membantu kita untuk:-
  1. pengedaran darah dan metabolisma
  2. mengaktifkan sel dan memperbaiki fungsi penting organ dalaman
  3. melegakan keletihan
  4. merehatkan otot, tendon dan menghapuskan kelembapan yang kurang menyenangkan, memulihkan sari pati cecair tubuh dan menguatkan buah pinggang
  5. tidur yang lena
  6. menguatkan daya tahan penyakit
Golongan yang patut menggunakannya ialah;-
  1. pengguna kosmetik
  2. perut buncit / obesiti
  3. kemurungan
  4. perokok
  5. bekerja yang memerlukan berdiri terlalu lama
  6. mereka yang berhadapan dengan tekanan mental tinggi akibat kerja.
Jadinya, dalam satu kotak terdapat 20 helai koyok dan harga jualannya pula ialah RM25.00/kotak.

Pendek kata satu koyok = RM1.25/helai sahaja. Ia amat berpatutan dan sungguh jimat jika berbanding dengan masalah kita hadapi." Terang Uda kepada maza.

Dari itu maza ingin beritahu pada kengkawan yang best-best itu, jika ada sesiapa berminat mahukan produk hebat ini bolehlah hubungi maza dengan meninggalkan komen atau email kepada maza (mazaaida@yahoo.com).


"Haaa ... mari! Mari! Mari!... mari rapat, rapat, rapat. Jangan sampai terlambat!"


Hahaha ... jangan marah aaaa, mau cari makan sehhh....*senyum kelat


Sabtu, 26 Februari 2011

Mengapa kita perlukan mahasiswa terlibat dalam politk - MPP?

Hari ini maza sudah terlepas mesyuarat agong PIBG yang julung kalinya maza secara rasminya harus pergi. Ini disebabkan anak sulung maza, Nasrun, sudah bersekolah rendah. Namun qada dan qadar Tuhan mengatasi segalanya. maza dan keluarga diserang cirit-birit.  


Mengapa kita perlukan mahasiswa terlibat dalam politk?

PIBG dengan perlantikan pimpinannya di dalam mesyuarat agong itu juga sebuah politik. Proses pemilihan secara majoriti itu adalah sebahagian proses demokrasi.

Politik secara ringkasnya ialah siasah. Iaitu sebuah jalan atau arah atau panduan untuk penerusan kehidupan. Atau mungkin boleh diperkatakan sebagai satu wadah cara bawaan kehidupan dalam gerombolan kawanan sosial.

Tatkala di sekolan PIBG dibentukkan untuk menjaga kebajikan pelajar, guru dan ibubapa. Juga menentukan kesepaduan, kesepakatan hubungan sosial untuk memajukan institusi sekolah yang diwailinya.

PIBG juga bertindak sebagai check & balance kepada pentadbiran dan perlaksanan persekolahan. 

Sebagai contoh jika PIBG melihat sesuatu program yang dilaksanakan boleh memudharatkan anak-anak murid, PIBG boleh menyuarakan pandangannya secara kolektif kepada pentadbiran sekolah. Seperti berkhemah di musim tengkujuh yang dianjurkan oleh guru pengakap umpamanya. Atau yuran yang tidak sepatutnya dikenakan umpamanya. 

Suara kolektif ini atau suara ramai ini dapat membantu banyak pihak dalam memahami aspirasi sesebuah institusi dengan jelas dan bersaluran sistematik.
Lagi contoh gunanya PIBG ialah membantu pihak sekolah memajukan anak-anak murid yang juga anak-anak mereka. Sebagai contoh mengadakan kelas tambahan, tingkatkan kelas fardhu ain, menjalankan projek membina bumbung siar kaki.

MPP/M (Majlis Perwakilan Pelajar / Mahasiswa) 


Gambar: Satu ketika dahulu kala
zaman pecah batu purbakala sang saka purnama antira utama dunia suka duka.


Sebaik anak-anak melangkah keluar dari sekolah menengah dan terjun ke institusi pengajian tinggi, PIBG sudah tidak ada lagi. 

Saat ini ramai antara para mahasiswa sudah berusia dewasa. Pendekatan juga harus berbeza dalam menelusuri arah sosialisasi dan kebajikan mereka. Ruang lingkup sudah menjadi luas dan layanan menjadi berbeza sesuai dengan perkembangan emosi, psikologi, fizikal, minda dan minat yang terarah kepada sesuatu objektif.
Tatkala ini pelajar-pelajar dulunya di bawah bumbung sekolah sudah berkembang ke paras tingkatan yang lebih tinggi. Mereka ini benar-benar golongan peralihan remaja ke pemuda dan maju ke dewasa.

Dalam kata lain mereka sudah tahu menjaga diri sendiri dan mahu membimbing diri dalam bentuk sosial yang tertentu sesuai dengan panggilan kedewasaan itu sendiri.
Lantas ketidakadaan ruang PIBG yang mengawasi setiap tindak tanduk pentadbiran, perjalanan pelajar, pengurusan, kebajikan, chekc & balance dan sebagainya. Oleh itu terdapat satu ruang yang harus di isi.

Nah di sinilah terdapat keperluan untuk mewujudkan sistem perwakilan pelajar/mahasiswa dan dicapai melalui proses demokrasi.

Menyorot kembali di sekolah, anak-anak murid atau pelajar telah diasuh untuk melantik seorang ketua mereka dan membentuk sebuah organisasi. Ini sesuai dengan hubungan psikologi bahawa manusia itu haiwan sosialis. Iaitu gerombolan haiwan yang hidupnya  cenderung memerlukan/punyai ikatan dan kaitan sesama mereka dan saling melakukan hubungan, kontek, kebajikan dan politik sesama mereka.

Anak-anak murid ini diasuh untuk berorganisasi dengan melantik lewat ketua darjah hinggalah ketua pelajar. Semuanya bersandarkan mudah diuruh, mudah diarah, dipengaruhi dan mendapat tindak-balas yang segera lagi tepat!

Demikian halnya dengan MPP ini. Cumanya ia lebih berkembang luas. Sekarang mereka sudah mengerti atau sedang mendalami kehidupan sebenar. Oleh kerana mereka semakin dewasa, mereka perlu menjaga kebajikan diri sendiri tanpa menaruh harapan besar pertolongan keluarga!

Mereka juga perlu diasuh untuk bersosial agar tidak menjadi pelajar jumud dan petingkan diri semata-mata. Untuk itu perlukan keterlibatan politik.

Untuk menyampaikan maksud dan membela diri suara individu lebih kedengaran apabila dijadikan kolektif dan satu suara. Lantas dibentukan gerombolan yang dipanggil wakil-wakil pelajar yang digelar MPP dan dipilih melalui sistem pilihanraya kampus sebagai wadah proses demokrasi anutan rakyat negara ini.

Manfaat daripada proses ini amat besar antaranya melatih anak-anak muda ini menjadi pemimpin, berkomunikasi dengan berkesan, bersosial yang lebih baik, tidak mementingkan diri dengan menjaga kepentingan bersama, pengaliran informasi yang berkesan antara dua pihak iaitu pentadbiran dan pelajar, memparktikan pelajaran dan pendidikan, sebagai check & balance dan sebagainya.

Kajian kes

Dahulu di zaman maza terdapat dua parti di dalam kampus bertanding di dalam proses pilihanraya ini iaitu BMB (Barisan Mahasiswa Bersatu - cenderung dengan pentadbiran) dan NADI.

Kedua-dua pasukan ini bertembung di atas nama proses demokrasi untuk memilih MPP. Kedua-duanya demi kebajikan pelajar.

Cuma BMB (sekarang ini dikenali Aspirasi Mahasiswa) bermanifestasikan menjadi orang hubungan antara pentadbir dan pelajar.

NADI (sekarang dikenali Pro Mahasiswa) pula membawa wadah pengantara antara pentadbir dan pelajar.

BMB lebih mengutamakan perkembangan sosial, budaya dan merealisasikan aspirasi kerajaan dan pentadbiran uiversiti.

NADI pula dikatakan membuat perimbangan sosial, budaya dan menjajarkan kebajikan pelajar, mempraktikan displin ilmu dalam bersiasah.

Jadinya di bawah BMB mereka seperti menggalakkan perhubungan sosial yang lebih luas dengan keterbukaan bebas. Kebanyakkan masa mereka akan setia bersama pentadbir. Maka tidak hairanlah di bawah perwakilan BMB kampus lebih bebas untuk mengadakan pesta budaya, jemputan artis dan hubungan sosial antara siswa dan siswi yang bebas.

Sebagai contoh tatkala BMB memerintah, konvoksyen akan menjadi meriah dan diberikan nama FESKUM (Festival Konvokesyen UM). Maka meriahlah pesta konvokesyen pada tahun itu.

Di bawah pentadbiran NADI pula sering memberikan garis panduan dalam bersosial, perbincangan lebih banyak diadakan antara pentadbiran dan pelajar. Gerakan-gerakan keterbatasan gender dalam memelihara aktiviti sosial (almaklumlah mak bapak jauh dari mata) dan kesyumulan ilmu hendak dipraktikan.

Untuk pesta konvokesyen pula mereka gunakan ESKUM (Ekspo Konvokesyen UM). Gerai juga banyak, lagu-lagu yang dimainkan juga berupa lagu-lagu nasihat dan nasyid.

Harus diingat, di universiti ada pelbagai displin ilmu daripada kedoktoran, farmasi, kejuteraan, sains tulen, sastera, politik, perniagaan, perakaunan, kimia hinggalah pengajian Islam. Jadinya pelbagai bentuk manusia ada di situ dengan berjumlah berbelas-belas ribu orang pelajar. Manakala pihak pentabiran pula sekadar beberapa ribu sahaja. Justeru tangan-tangan pentadbiran adakalanya tidak tercapai untuk memerhati para pelajar. Harus diingat sekarang ini para pelajar sudah semakin dewasa sudah pun membentuk jati diri, kejituan jiwa. Jiwa memberontak, jiwa remaja, jiwa berhibur, jiwa ketuhanan dan macam-macam lagi.

Jadinya untuk mereka sama-sama menjadi diri, berkomunikasi dengan berkesan, bersosial dengan baik, saling menjaga kebajikan, mereka harus diurus dengan suatu sistem yang lebih bertamadun! Itulah dia dinamakan MPP.

MPP bukanlah perkara baru. Ia telah dipraktikan lama dahulu dan ianya bukan berlaku di Malaysia nan tercinta sahaja. Ia adalah melewati seluruh dunia. Ini jugalah yang membezakan sekolah, maktab guru atau tentera, sekolah jahat, kandang penjara dan institusi pengajian tinggi!

Jadinya mereka yang menolak politik kampus ini yang kononnya hanya menyeru suruh belajar duduk diam di rumah, mentelaah tanpa praktik, membaca sahaja buku-buku dan berdiam diri, maaflah secara peribadinya maza rasa ianya tampak kedangkalan. Mereka adalah manusia yang perlukan sosial dan bukannya robot. Mereka itu bergerak satu tempat ke tempat lain. Mobilisasi ini perlukan penunjuk arah dan jalan dalam bersosial, berinteraksi dan menjaga kebajikan yang digarapkan dalam ringkasannya ialah siasah!

Kebiasaannya mereka yang hanya berdiam diri, duduk sahaja sambil berpeluk tubuh, buka dan tutup, berorentasikan peperiksaan dan taat melulu adalah golongan yang pentingkan diri dan tak tahu hendak bersosial. Tidak tahu berkomunkasi, tidak berbudaya tinggi. Kelak apabila sesuatu kepincangan menimpa diri barulah terngadah!

Sedangkan pelajar separa masa (part time) juga menghadapi kesukaran tidak tahu mahu merujuk ke mana. Tidak ada saluran. Suara mereka acapkali tenggelam. Kadang-kala mereka diabaikan. Inikan pula mereka yang mengaji sepenuh masa dan tinggal di kolej-kolej kediaman. Sudah tentu macam-macam perkara boleh berlaku.

Maza cukup bersetuju jika dikatakan para mahasiswa harus berpolitk sesuai dengan suasana dan bersederhana dalam segala segi. Lagipun sesuatu yang bersangatan boleh membawa mudharat diri.

Sepekara lagi, mereka yang berkecimpung di dalam MPP ini ialah kalangan mereka yang bijak dengan CGPA mesti tidak kurang daripada 3.00. Jadi pada mereka yang beranggapan mereka ini 'berdegung' silalah fikirkan semula.

Kalaulah diambil pendekatan mereka yang 'kedengaran' menyanggah polisi pentadbir dan kerajaan maka dibuang, atau ditarik PTPTN atau diancam pelbagai perkara lagi, sudah tentu ini bukanlah tindakan demokrasi dan merupakan dictatorship -yang ditolak oleh majoriti masyarkat dunia.  Sebab itulah kita perlu adakan perbincangan, mesyuarah dan pendekatan deplomatik agar tidak kelihatan diktaktor.

Kalau ia tetap diamalkan dengan acaman-ancaman tersebut, maka tidak perlulah diadakan MPP dan jadikan universiti itu sebagai sebuah kandang atau pusat latihan tentera, atau pusat pemulihan sahaja yang hanya menerima satu arahan iaitu daripada pihak atasan.


Psst: sekadar penerangan ringkas sahaja. Dan maza melantun-lantun gitew.. hahaha

Jumaat, 25 Februari 2011

Senjakala vs Interlok

Masih segar dalam ingatan. Tatkala maza menduduki peperiksaan SPM kami menggunakan novel SENJAKALA karya Baharuddin Kahar sebagi teks subjek Kesusateraan Melayu. 

Ceritanya memang menyentuh perasaan berlatarkan banjaraan Titiwangsa yang indah. Watak utama ialah Kinto.

"Senjakala adalah kisah kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih daripada seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Di dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang."(kredit to: goodreads.com)

Dusk @ Kota Damansara
Gambar: Senjakala di sebuah taman perumahan Kota Damansara

Zaman itu juga tidak adapun mana-mana kaum mahu mengangkat bantahan dan mempersoalkan penghinaan bangsa.

Hari ini novel yang digunakan untuk subjek Kesusasteraan Melayu sudah bertukar. INTERLOK karya Sasterawan Negara (SN) Abdullah Hussain telah terpilih.

Maza pernah membaca novel SN Abdullah Hussain bertajuk IMAM! Memang bagus novel itu. Mengetengahkan pergolakan yang berlaku akibat sikap manusia yang cemburu, lalai dan alpa. Juga SN Abdullah Hussain mengutarakan beberapa cadangan secara tersiratnya di dalam novel tersebut untuk memajukan ummah dan masjid sebagai institusi tertinggi agama.

Hairannya hari ini karya SN Abdullah Hussain melalui novel INTERLOK mendapat bantahan dan ada pula yang hendak mengambil kesempatan. Walhal kalau diselusuri betul-betul apa yang disampaikan adalah perkara benar tentang latar sejarah mereka. Ataukah mereka sudah lupa tentang asal usul diri sendiri.?Atau cuba menghapuskan hakikat sebuah sejarah?!

Hari Ahad, Februari 27, 2011 di hadapan KLCC telah dirancang oleh HINDRAF untuk mengadakan demonstrasi bantahan INTERLOK dijadikan teks pengajaran di sekolah.


Maza fikir yang sudah tu sudahlah. Telah banyak penerangan, duit, masa, pemaufakatan dan perbincangan diadakan demi menjaga hati yang satu itu.

Tak payahlah hendak menyertai demostrasi itu. Rentikanlah, 'jangan sampai kaduk menyucuk mata'...


Khamis, 24 Februari 2011

Masanya sudah hampir tiba.

Dah sampai masa. Dah samapi musim. Itulah yang dapat maza katakan. 

Hujung minggu sudah masa maza jalan-jalan di kompleks pasaraya, maza sudah terserempak dengan sebuah banner.
Jelas di banner tersebut memberitahu yang pilihan raya akan muncul pada bila-bila masa lagi. Jadi mereka menyeru kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih agar melakukannya sekarang. 

Jangan sangka yang belum mendaftar sebagai pemilih hanya terdiri daripada warga Malaysia yang baru lepas melangkah keluar kadang kedewasaan (21 tahun). Tetapi ada juga yang sudah berumur 50-an tidak pernah pun mendaftar. *senyum, hehehe

Inisaitif yang dilakukan itu bukanlah dijalankan oleh SPRM (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) sebagai badan yang mengawalselia dan menguruskan perjalanan pilihan raya. Tetapi adalah dari parti politik. Katanya mereka mahu menyeru dan membentuk kesedaran kepada warga Malaysia tentang pemilihan kepimpinan demi rakyat dan masa depan negara! *hmm?!

Katanya lagi, kerja ibadah (ibadahlah sangat tu kan? opps... *sengih sambil tutup mulut, hehehe) ini dilakukan untuk membantu mereka yang belum mendaftar agar mendaftar serta mendorong agar warga Malaysia lebih perhatin tentang politik dan kepimpinan. 

Setelah berbual dengan petugas di situ, maklumlah maza bahawa mereka datangnya dari Pakatan Rakyat sayap Parti DAP.

Mereka menerangkan bahawa SPRM tidak akan memacakkan banner seperti ini untuk menarik mereka yang layak mendaftar dan belum berdaftar agar mendaftar. SPRM akan lakukan sekiranya terdapat program-program yang berkaitan dengan jabatan atau arahan kerajaan. 

Tetapi SPRM memberikan lesen dan sijil untuk parti-parti politik berusaha mendaftarkan para pengundi yang layak itu.

Dalam pada itu maza sempat termenung seketika memikirkan rasional di sebalik SPRM tidak membuat insiatif seperti itu. Barangkali SPRM tenaganya lebih ditumpukan untuk sesuatu yang lebih mustahak, iaitu perjalanan pilihan raya. Kakitangan untuk menguruskan perjalanan pilihan raya lebih diperlukan berbanding untuk mendaftarkan pemilih yang boleh disub-kontrak. Lagipun ada baiknya parti-parti politik berusaha lebih sedikit untuk mengumpul pengundi-pengundi berdaftar sendiri. Banyak kelebihannya.

Jadinya, maza sukalah menasihatkan (nasihat, bukannya marah pun, ahaks!) ayuhlah kita sama-sama mendaftar atau memeriksa nama kita itu agar tidak ketinggalan dalam pemilihan pimpinan negara. 

Psst: kata Hizbut Tahir, kita perlukan sistem khalifah dengan daulahnya diambil dari majlis syura.  Bukannya sistem pilihanraya seperti ini yang berdasarkan populariti mengikut kaedah orientalis sekular kepunden.

Minda kecil maza berkata: Entahlah, yang baik-baik sahaja. Jangan jadi orang melantun-lantun tak tentu arah, sudah.. *ketawa orang jahat, hahaha.

Selasa, 22 Februari 2011

Mencari Belibis

Sebagai anak kecil yang membesar di kampung, pelbagai aktiviti lasak pernah kami lakukan. Adakalanya meredah semak samun, menyelongkar sumur, bergelumbang lumpur atau berkubang di taliair (ban).

Kadang-kadang kami berlenggeng berbekalkan seluar pendek dan baju tersangkut di bahu menjelajah sepelusuk kampung. Petang bermain bola sepak di padang kecil tidak berumput di belakang rumah jiran tetangga. Atau bermain basikal, belon acah, getah panjang, konda-kondi dan macam-mcam lagi.

Tempat berkumpul biasanya di bawah pohon yang rendang atau pokok jambu batu. Adakalanya kami mencipta sendiri permainan mengikut kreativiti dan sumber alam yang ada.

Kali ini maza hendak bawakan nostalgia betapa dahulu maza pernah mengalungkan lastik di leher. Meredah semak-samun, resam, senduduk dan belukar yang melepasi ketinggian kami di kebun Pinggir Jaya, Kahang, Johor yang ditanam pokok getah secara berkelompok di bawah Rancangan Tanah Pinggiran Risda.

Kami terhendap-hendap mencari burung. Di kebun getah ini biasanya kami akan melastik burung merpati, bayan, pucung, layang-layang, gagak, tiong dan macam-macam lagi. 

Selain adik maza sendiri si Bibiq, kami didorongi oleh Azhan bin Aziz . Kadang-kadang Hishamuddin Md Isa dan adiknya Leman akan mengutip batu di jalan dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mata kami ligat mencari sasaran di dalam kebun itu. 

Gambar 1: Lastik

Lastik buatan kami bukanlah diperbuat seperti di dalam gambar di atas. Ia terlalu sempurna. 

Pernah kami meminta emak buatkan lastik untuk kami. Lalu emak membuatkan kami sebuah lastik yang diperbuat daripada getah seluar berwarna putih itu. Getah seluar itu akan diikat dengan getah gelung di cabang yang dipotong dari ranting kayu. Tempat ladu batu pula diperbuat dari kain buruk atau getah tayar yang digunting. *hahaha.

Kami bukan pelastik profesional ataupun berkerjaya seperti itu. Biasanya sasaran kami tersasar mengenai pokok getah. Maka mengalirlah getah terbiar begitu sahaja. Yang lebih sadis bila terkena cawan getah yang menakung torehan getah mengalir dari batang pokok itu. Cawan getah di zaman itu diperbuat daripada kaca bukannya plastik seperti hari ini. Lalu menyebabkan getahnya tumpah ke tanah. Kerugian ekonomi sehhh.. hahaha.

Lebih malang lagi jika sasaran kami terkena tuan empunya kebun itu sendiri. Disebabkan kebun tempat Kak Embam (mak saudara Hishamuddin) menoreh bersebelahan kebun maza, maka biasanya dialah menjadi mangsa peluru tersasar. *ketawa hahaha

Sambil membasuh takung di mesin kelompok (tempat memproses getah susu cair untuk menjadi getah keping) adakalanya kami terdengar rungutan pakcik Ibas. Katanya setiap hari dia dapati burung merpatinya hilang, mati atau patah sayap. Kami hanya mendiamkan diri, membisu bahasa sambil buat-buat tak tahu. 

Sejujurnya maza sendiri bukanlah handal melastik. Kadang-kadang haram tak ke mana pun batu yang dijadikan gundu itu *hahaha. Yang hebat melastik ialah adik maza, Hishamuddin, Leman dan Azhan. 

Gambar 2: Kawasan sawah tempat kami mencari rezeki

Apabila usia sudah meningkat sedikit, kami berusaha berdikari secara kecil-kecilan. Adakalanya mengikut abang atau pakcik atau rakan-rakan pergi menangguk udang, menjaring ikan atau memancing di sawah.

Pada masa ini kami akan melastik burung belibis yang merosakkan tanaman padi. Belibis yang kena lastik ini akan disembelih dan digoreng kunyit. Pernah juga kami melastik burung but-but, bangau dan ayam. 

Terutama ayamlah yang menjadi sasaran utama ketika menjemur padi di halaman rumah atau di bendang. Tertetel-tetel ayam tu bertempiaran lari. Mana yang malang akan ditangkap dan dibawa kepada emak untuk disembelih. (Err.. ayam yang malang itu ayam belaan kami aaa..)  Apa lagi, malam itu kami akan  makan besar. *hahaha.

Psst: terima kasih kepada Noor kerana sudi menjadi pengikut GKKJ. Senang-senang jengah dan komen-komenlah selalu. Tanpa kengkawan siapalah maza yang melantun-lantun ini, kan? huhuhu..

Isnin, 21 Februari 2011

Rumah terbakar nampak asapnya. Hati terbakar, ...?!

Gambar: Merenung dan mencari
Maaflah, mungkin ada antara kalian sedang menanti-nantikan entry merapu maza yang melantun-lantun entah ke mana itu (ahaks .... maza perasan macam glamour bebenor... tapi ada worang sayang sama dia kah? Gasaklah ... *gelak, hahahha)

Bukanlah maza merajuk di alam siber nan fantasia sekepunden... Itu asam garam dalam kehidupan, kan?

Adapun tenggelamnya maza kali ini dek kelemasan akibat senggugut yang menyerang broadband Cik Maxi maza. huhhu... Sudah tiga hari cik maxi menititpkan SMS berbau "you have reached data usage limit".

Justeru, amatlah padan muka maza dengan talian internet di rumah tersenggut-senggut macam penyu mendarat di Pantai Abang. Akhirnya untuk update cerita sensasi nan melantun-lantun tidaklah dapat maza makbulkan.

Kata darling nan satu itu, elok juga kita gunakan data usage sampai ke bumbung. Itu tandanya kita efficient dan tidak membazir. Kata orang penggunaan optima pada pengeluaran kapasiti penuh. Macam ekonomi bidangan jugalah. *ketawa, hahaha.

Jadi kengkawan, maza akan kembali bersilat dengan papan kekunci yang comel ini pabila Cik Maxi maza sudah segar-bugar. Maza kira dalam masa 2-3 hari gitu... *monyok, huhuhu 

Diharapkan juga dengan pekeliling ini jangan ada yang merusuh dan menghentak-hentak kaki di depan PC.  Atau cubaan memotong rambut dengan niat mahu demonstrasi, *senyum, hahaha. Harap bersabar dan doakan segala-galanya baik-baik belaka, ya kengkawan... 

Semanis nira, Semasam cuka ... 
(alahai, lagi sekali ... berapa kali mau secangkir gula, semasin garam daa ... hahaha)

Mahulah maza menunjukkan karangan puitis (puitis lah sangat tu) untuk rujukan dan perhatian kengkawan. Sajak ini (sajak ke? hentam ajelah) harus direnungi oleh kita. Baik yang tengah merajuk atau yang kena rajuk...

****

"Bila hati orang tua berjauhan
payah mahu dipujuk...
Tapi jangan sampai sang muda bosan ... Lalu dibiarkan
bergelendangan...

Sabar wahai hati, tenanglah jiwa. Itulah resmi kalau mahu jadi orang berjaya.

Sepotong pantun bidalan kata:

Awan larat membawa hujan
Petir berdentum gempita bergegar
Resmi bersahabat bersulamkan godaan
Ujian dikemam hidup bergalangkan sabar.

Moral...
Elakkan dari patah hati..
Atau mematahkan hati...

Jangan merajuk lama-lama..
Takut makan diri...
Kemudian sesal tiadalah berguna...

Pinggan ayan: nukilan entah apa-apa entah, melantun-lantun dari maza. hahaha




Sekalung penghargaan: terima kasih kepada abang Jeragang dan Princessmia kerana sudi  menjadi Follower dan melepak-lepak dan menengok-nengok blog maza yang melantun-lantun entah ke mana-mana ini. hehehe

Jumaat, 18 Februari 2011

Cinta Mekar Di Hati : Mencari Pasangan Hidup

Lagi pasal Semanis Nira, Semasam Cuka. Kali ini  pasal seorang  rakan bertanya perihal cinta berputik mekar di hati. Katanya mahu mencari pasangan hidup, (sehidup tetapi tidak semati. Mati kira lain-lain ... *ahaks, senyum)

Entry ini juga terkait dengan entry En. Ismail N si blogger tegar gamaknya, bertajuk "No money, No wife?". Juga berhubung dengan entry En. Mdanif  bertajuk "Cerita kedai kopi."

*****
Gambar 1: Proses untuk menjadi SATU.

Kalau dalam hidup ini hanya harta dicari, maka harta sahajalah yang akan kita dapat. Nikmat yang lain ada yang berciciran dan kita akan kerugian di situ. 

Kalau Tuhan dicari, dan dicintai, maka bahagia di dunia dan akhirat! Makna kata harta dunia pun dapat, harta akhirat pun dapat...

Sebab dalam agama bawaan Baginda SAW tidak menyuruh pun orang-orang Muslim lagi beriman teguh menjadi papa kedana.. atau miskin... tetapi disuruhnya 'menyerah diri' kepada Tuhan dan beramal soleh dengan mencari harta yang halal.. kemudian mengeluarkan zakat. Kalau tidak berduit bagaimana mahu keluarkan zakat, kan? (ironinya, ada orang berduit, beriman katanya, tapi lari dari zakat, sebab takut jadi miskin, rugi dan hanya mahu kejar kaya punya pasal *senyum, hehehe)

Lantaran itu, kalau kita letakkan agama dahulu, memilih wanita atau suami kerana Agamanya!; dengan mengikut sunnah dan anjuran Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang mana menyatakan, "Seseorang hendak berkahwin itu kerana empat perkara iaitu, hartanya, keturunannya, wajahnya, dan kesihatannya. Dan sesiapa yang memilih kerana agamanya, maka mereka itu akan berbahagia di dunia dan akhirat!.. "

Jadinya kalaulah betul harta adalah penjamin bahagia, sudah lama Nabi Muhammad Rasulullah SAW bersabda sebaliknya! Tetapi apa yang Rasulullah SAW bikin ialah dengan menyatakan bahawa sesorang itu akan mendapat rahmat dari Tuhan berupa kebahagian, keberkataan dan kesenangan jika memilih pasangan orang yang beragama!

Lantaran itu, insyallah, akhlak terpelihara, keturunan terpelihara, muamalat terjaga, dan rezeki berkat sentiasa...

Apa yang hendak dilontarkan di sini ialah agar kita kembali kepada jalan Nabi  Muhammad Rasulullah SAW. Iaitu dengan menekankan askpek agama lebih mustahak dari materialisma ... itu pun kalau kita mahu senang dan bahagia di dunia dan akhirat!

Gambar 2 : Pilihan adalah milik anda

Tetapi kalau sahaja mahu bersusah payah pun boleh juga! Pilihlah yang berharta terlebih dahulu. Letakkanlah ia sebagai priority (keutamaan). Kemudian kalau ada kesempatan dan masa barulah mencari agama.  Bertaubat. Tetapi harus diingat, ajal kita tidak tahu. Mungkin sempat mungkin tidak untuk mencari agama dan bertaubat. 

Agama Islam ini ialah  sistem cara hidup yang perlu diamalkan sehari-harian. Takut-takut nanti bila dah tua dah tak mampu melaksanakan amalan-amalan baik dek kerana keuzuran, lemahnya ingatan dan sebagainya. Akhirnya menyebabkan kita kerugian. Apa yang lebih mengerikan ialah tatkala di Mizan Allah SWT di Padang Mahsyar sana. Apabila timbangan tidak mencukupi lalu berat di sebelah kiri! dek kerana kekurangan amalan kebajikan. Nauzubillah min zalik, api neraka yang panas itu sedang menantikan kita untuk dijadikan habuannya.

Jaminan Allah SWT bahawa jika kita seorang yang baik, taat beragama, maka, insyalllah, pasangan kita juga akan terdiri daripada orang yang baik dan taat beragama bahkan saling mendorong ke jalan kebajikan..

Tetapi sebaliknya, kalau akhlak kita macam jin afrait, main langgar perintah agama, malas solat ... pasangan yang akan diperolehi oleh kita macam tu lah juga jenisnya. Lagi malang apabila dijodohkan dengan pasangan yang lagi teruk perangainya dari kita. Lain tidak bukan ia adalah  kifarah (balasan terhadap dosa) apa yang kita amalkan dan abaikan itu.

Gambar 3: Cincin di sarung tanda sudah berpunya

Kecualilah Allah SWT memberikan kelebihan dan keselamatan kepada kita dengan jadikan pasangan kita itu orang yang baik-baik, lagi beriman.

Tidak dinafikan ada antara golongan berperangai hodoh tetapi mendapat pasangan yang baik-baik juga. Tetapi berapakah peratus orang-orang di dalam dunia ini memperolehi kelebihan seumpama itu?

Betulkah kita akan tergolong dalam peratusan kecil itu? Ada sebarang jaminan kita mendapat keuntungan seperti itu?

Sebenarnya kita sendiri pun tak tahu, samada kita ini terpilih atau tidak dalam kalangan mereka yang beruntung? Kita tidak pasti. Dari itu marilah kita jadi orang-orang yang baik-baik. Insylallah pasangan kita pun akan datang dari kalangan orang-orang yang baik-baik juga.

Justeru, jawapannya tidak pasti itu harus 'di-liquid paper-kan'. Semoleknya gunakanlah jalan yang terang dan pasti.

Jadinya, dimanakah kita harus letakkan priority dalam hidup ini? Kalau harta dahulu makanya pasangan kita akan gila harta juga, yang mana harta kekayaan kalau diukur tidak akan pernah cukup! Kecuali harta yg berkat.

Kalau priority-nya pada kecantikan atau ketampanan, maka esok lusa ia berkerepot juga. Sedang pada masa itu kita akan berasa kecewa disebabkan pasangan kita sudah tidak cantik, tegap atau segak lagi. Jadi siapa yang akan berasa susah? Dan siapa pula yang akan teraniaya?!

Jadinya, kalau pilih agama dahulu dan kita taat mengikuti perintah Rasulullah SAW, keseimbangan hidup sentiasa ada bersama. Baik dalam mencari jodoh pasangan, harta atau kehidupan di dunia nan fana ini.

Gambar 4: Renung-renungkanlah apa sebenarnya anda mahu di belakang hari.
Jangan main hentam kromok mengikut kata hati semata-mata. 

Seronok dapat anak-anak yang soleh, kan?! Tapi nak dapat anak yang soleh perlu bermula dari ibubapanya. Bermula dari diri kemudiam memilih pasangan ... serta amal ibadah yang disaluti akhlak yg mulia, gitew.. *senyum.

Salam Jumaat, kengkawan. Esok sudah hujung minggu, yahooo!
 

Rabu, 16 Februari 2011

Ayu, Kau Bawa Cinta Ini Pergi

Februari 1994
Nukilan Hari-hari Kekasih... 

Lazimnya kami akan berehat bersama-sama. Lima orang jejaka bersahabat lagi hero ini dari tingkatan enam atas di Sekolah Sultan Abdul Jalil Kluang Johor (SSAJ) akan beratur berderet-deret macam anak itik mengekori bontot ibunya di hadapan kaunter kantin. 

Tatkala itu tahun 1992 - 94 hanya terdapat dua kelas untuk tingkatan enam sebaya kami. Enam Atas 1 dan Enam Atas 2. Pelajar lelaki tidaklah ramai mana berbanding pelajar perempuan yang menguasai kelas enam atas ini. Kami akan keluar rehat dahulu berbanding pelajar yang lain.

Di sekolah kami ada seorang gadis yang cantik paras rupanya. Ayu namanya.

Ayu pemalu orangnya. Jarang benar dia mahu bercampur gaul dengan kami. Apa tah lagi untuk bertegur sapa amatlah payah. 

Acap kali si gadis manis ini akan makan bersendirian di suatu sudut kantin di hujung meja sana. Dia tidak berteman. Tiada kawan. Dan tidak pula dia mahu berkawan. Malah semua orang tahu Ayu memang terkenal pemilih kawan orangnya. Apatah lagi dia punyai masalah keluarga sendiri. Dia telah ditinggalkan oleh ayah dan ibunya. Dia berdikari sendirian, mujur juga makcik kantin dan pengetua bermurah hati membenarkannya menginap di kantin itu. Kalau tidak dia akan bergelendangan dan entah apalah nasibnya nanti.

Barangkali dia merasa begitu rendah diri hingga begitu pemalu orangnya. Barangkali dia berfikir bahawa dia anak pungut tak layak untuk duduk beriringan dengan kami semua. 

Bukan tak ada dalam kalangan pelajar wanita hendak mendampinginya; berkawan, bermain dan bergurau senda bersama. Bahkan ada yang sanggup menghulurkan bantuan apa sahaja. Tanyakanlah si Yani Salleh, Haslina, Noraini Sheikh Farid, Linda, Lim Pek Ha, Yatie, Norhasnizan Ahmad Johan (Penolong Ketua Pengawas), Norhaslin, Luah Soo Yun; mereka inilah yang paling menonjol mahu membantu Ayu.

Kebiasaannya kami berlima; Halim Awang Johari, Zailani Bohari, Idris Salleh, Maza, Abdul Rahman dan sekali sekala ditemani pula oleh Mohd Faizal Ramlan (Bat) juga Nazriey akan duduk semeja. Sarapan kegemaran kami ialah tempe-chip!

Ya, tempe-chip mak cik kantin sangat istmewa. Ia digoreng berempah dan dicicah bersama sambal kicap. Berdecip-decip kami menahan kesedapannya. Perkhh ...welllah!

Entah macam mana di suatu hari yang gedik, Bat terpandangkan si Ayu. Lain benar dia memandang  Ayu nan jelita itu. Ada unsur-unsur nafsu. 

Lalu Bat menyinggung kami dan berkata “Wei hari ini aku nak test Ayu lah. Mana tahu dia mahu berkawan dengan aku!”

“Kau jangan main-main Bat. Karang dia cakar muka kau, tak pasal-pasal kau mendapat malu,” Zailani cuba memberi amaran dalam kecemburuan.

Sebetulnya ramai pelajar lelaki yang berkehendakan Ayu. Ayu memang cantik. Mukanya manja tapi sukar didampingi. Setahu kami Ayu belum ada teman lelaki. Barangkali dia berkeadaan begitu kerana sesekali Ayu menyeregai garang menyebabkan ada antara lelaki macho terundur ke belakang!

Ini termasuklah Zailani yang terang-terangan pernah memberitahu maza, Idris dan Halim yang dia sudah jatuh cinta dengan Ayu. Tanpa segan-segan pula Zailani membayangkan mahu membelai dan mengusap-ngusap si Ayu bila sahaja Ayu setuju menjadi teman barunya.

“Elleh! Kalau tak cuba siapa tahu, betul tak?” Bat seolah-olah mahu mencabar Zailani. 

Ya betul, selama ini Zailani tidak pernah pun mencuba hendak mengambil langkah pertama mengurat Ayu. Bukan Zailani tidak mampu melakukannya tetapi baru sahaja Zailani menghampiri Ayu ada sahaja halangan. Sama ada lelaki lain yang terlebih dahulu datang menegur Ayu atau Ayu awal-awal lagi menarik muka lalu berlalu begitu sahaja meninggalkan Zailani. 

“Ok lah! Aku doakan semoga kau berjaya. May the best man win!” sampuk Idris sambil menatang tempe -chip bersama air sirapnya. Rahman hanya mencebikkan muka. Halim sedang membayar dan maza masih terkial-kial mendapatkan mereka.

Ayu di hujung meja sana terlalu asyik dengan makanannya. Dia tertunduk menikmati setiap kunyahan. Ayu betul-betul leka menikmati setiap perisa yang ada. Berselera sungguh Ayu hari ini.

Bat berdengket-dengket menghampiri Ayu. Bat mahu biarkan Ayu terperangkap sendirian. Terjerat dalam pelukkannya nanti. Dan biarkan Ayu tidak dapat melarikan diri melainkan terpaksa duduk bersamanya untuk menikmati santapan pagi itu. 

Ayu tidak menoleh ke belakang langsung. Dia terlalu asyik dek kelazatan hidangan hari ini. Ayu tidak menoleh kiri dan kanan langsung. 

Pelajar-pelajar perempuan lain turut perasan tindakan Bat. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Ada yang menunjuk dengan jari telunjuk ke arah kami dan Bat. Dan ada pula mencebik muka, mungkin tanda cemburu.  Ya, mereka cemburu dengan kepulusan Ayu. Kecantikan Ayu memang diakui seluruh warga SSAJ termasuklah cikgu-cikgu, kerani, Pengetua, makcik kantin, tukang kebun dan Pengerusi PIBG.

Kali ini Batlah satu-satunya lelaki yang benar-benar dapat rapat dengan Ayu. Sebelum ini tiada seorang pun yang mampu serapat itu. Dalam diam Bat berjaya mendekati Ayu dari belakang. 

“Beruntunglah Bat kalau dia berjaya menawan hati Ayu,” kata Maza seraya meletakkan pinggan ke atas meja sambil mata masih tertumpu ke arah drama sana.

Zailani, Idris, Rahman dan Halim masing-masing ternganga. Tercegat berdiri menantikan saat-saat yang mendebarkan itu. Mungkin inilah saat penamat bagi kami bujangan hendak menawan hati si cantik manis idaman kalbu.

Bat mendepakan tangan. Bat seolah-olah mahu memagut leher Ayu. Menyerkap Ayu dari belakang. Satu tindakan nakal yang pastinya boleh dikenakan tindakan displin kalau diadukan kepada Pengetua. Kalau Bat teruskan niat jahatnya itu dia boleh dituduh di bawah Akta Cabul!

Belum pun sempat Bat mendakap Ayu ke dalam pelukannya kemudian menzahirkan kata cinta berahi beliau, Ayu sudah perasan kelibat jahat Bat. 

Ayu terperanjat besar! Terperanjat yang maha hebat. Dia kaget! Sekejap itu juga Ayu melompat. Dia melompat dari tempat duduknya itu. Ayu terjun lalu melarikan diri. Menyelamatkan diri dari lelaki yang bukan muhrimnya itu. 

Ayu menolak sekuat mungkin meja kantin. Bergegar kerusi diterjahnya. Terpelanting pinggan di atas meja. Ayu melompat dan melarikan diri sejauh-jauhnya. Dia malu. Dia tidak mahu diperlakukan seperti perempuan murahan. 

Melihatkan gelagat Ayu dan Bat itu tidak sedikit pun rasa simpati timbul di hati kami terhadap Ayu. Atau kami marahkan Bat. Sebaliknya kami tertawa terbahak-bahak. Membiarkan perkara sumbang itu berterusan episod.

“Padan muka kau Bat! Lepas ni kau tak ada chance lah nak pikat Ayu. Peluang kau dah tamat! Ada hati nak raba anak orang. Hish! Hahahaha ....” Idris tertawa galak.

Zailani yang tadinya muram sekarang sudah melebar senyumannya. Dia berasa lega. Terasa puas. Hatinya berasa begitu ceria di atas kegagalan Bat. 

Rahman awal-awal lagi bermata merah menahan ketawa terbahak-bahak yang amat. Pelajar perempuan yang lain pun sama terburai tawa yang sopan. Ada yang tersembur makanan.

Bat tidak berdiam begitu sahaja. Bat merasakan keegoaannya sudah tercalar. Maruah kejantanannya sudah dirabak-robekkan. Bat tak dapat menerima hakikat itu. Sekejap itu juga Bat mengejar Ayu. Dia berlari sekuat hati hendak mendapatkan Ayu. Maza kira dia mahu memohon maaf atau meneruskan niat dajalnya itu.

Ayu hanya sempat menoleh sekilas pandang sahaja. Selepas itu Ayu tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus berlari dan belari. Lari dari menjadi mangsa malu. Lari dari kebejatan itu. Ayu belari dan terus belari mahu menyembunyikan wajah yang pastinya sudah merah padam!

Ayu terdengar derapan kasut orang yang mengekorinya. Semakin hampir hentakan kaki itu ke arahnya. Dia tahu, itu pastinya Bat yang belum lagi berputus asa hendak mencemari maruahnya. 

Ayu melompat sekali lagi. Ayu mengacah hendak melepaskan diri daripada Bat. Kali ini dia terus menuju ke pintu pagar sekolah. Dia langsung meluru ke situ bersungguh-sungguh. Dia tidak menoleh ke mana-mana lagi. Dia menghilang di sebalik rimbunan buluh cina renek yang dijadikan pagar hiasan sekolah.

Bat masih tidak berputus-asa tetap mengekori Ayu. Hampir-hampir dia berjaya mencapai Ayu. 

“Ssssrrrttttt... BAAMMMMM!!!” 

Kami terdiam. Suasana serta merta berubah menjadi sunyi sepi. Masing-masing mula kaget mendengarkan bunyi yang kuat itu. Geseran tayar yang amat kuat kemudian diikuti oleh detuman besi berlaga. 

Hilang tergamam segera kami berlari ke arah pagar itu. 

Kami lihat Bat sudah terduduk di atas tanah. Dia terdiam sambil menggeleng-gelenggkan kepala. Kereta Proton Saga Iswara tersadai di tepi jalan. Pemandunya seorang wanita. Dia sedang menggigil-gigil barangkali ketakutan. 

“Ayu! Ayu! Ayu!...” kami memekik serentak. Kami terperanjat. 

Segera Zailani menghampiri Ayu. Zailani mengangkat tubuh Ayu yang sudah pun longlai di bawah Proton Saga Iswara putih itu. 

Ayu masih bernyawa. Degupan jantungnya yang kencang semakin lemah. Mata galaknya semakin layu. Di bawah tayar kereta itu Ayu sedikit meronta pinta diselamatkan. 

Beberapa detik kemudian ia menjadi sudah terlambat. Akhirnya mata Ayu tertutup rapat di hadapan kami, di atas pangkuan Zailani, Ayu pergi buat selama-lamanya. Ayu menghembuskan nafas akhirnya di dalam lumuran darah.

“Tulah kau Bat. Nak bergurau tak bertempat! Sekarang apa sudah jadi!” herdik Rahman perlahan. Maza masih tergamam. Halim hanya mampu mengesat mata. Pelajar  perempuan kelas kami sudah bercucuran air mata. 

Tidak lama selepas itu Pengetua pun sampai dan dia sendiri tidak percaya apa yang sudah berlaku. Gadis cantik manis Ayu pujaan ramai di sekolah kini sudah tidak bernyawa lagi.

“Angkat-angkat Ayu. Kita bawa jasadnya di kantin dulu. Siti, Aisyah dan Ijah pergi bagi tahu dengan pakcik tukang kebun,” maza mengarahkan mereka itu untuk bertindak.

Setelah mayat Ayu dikeluarkan di bawah kereta dengan sempurna, pakcik tukang kebun pun sampai bersama cangkulnya. Dan Ayu pun disemadikan berhampiran dengan kantin sekolah kami. Tinggallah Ayu sendirian di situ setelah ia dibuang oleh keluarganya sendiri. Ayah dan ibunya entah ke mana, adik beradiknya juga tidak pernah dapat dihubungi.

Hampir seminggu juga kami tidak lalu makan dan minum. Suasana menjadi murung tidak seceria lalu. Tetapi hidup harus diteruskan. Kami masih ada misi yang perlu dilangsaikan, STPM 1994!

Ayu dalam kenangan...

Ya! Inilah Ayu dalam kenangan

Selasa, 15 Februari 2011

Mari Sholawat!

Hari ini genaplah 12 Rabiatul Awal 1432 Hijrah, yang bermakna hari ini cuti umum bagi kita mengenangkan peristiwa kelahiran dan kemangkatan Rasulullah SAW.

Junjungan besar ini dilahirkan dan diwafatkan pada tarikh yang sama setelah 63 tahun hayatnya dipinjamkan ke dunia.

Jika kengkawan ada kelapangan, marilah kita mengimarahkan program sambutan dengan berarak ke masjid  berdekatan yang menganjurkan masjlis sambutan maulidur rasul ini.

Dan ianya lebih baik berkali-kali ganda daripada berpacaran berdua-duan (GF-BF) terutama pada hari semalam yang orang panggil 'Hari Kekasih' itu. huhuhu

Sambil-sambil itu maza inginlah berpesan, seraya menganga mulut besar-besar makan jamuan yang disediakan, marilah kita berselawat dahulu.


Selamat menonton, dan selamat beramal...

Psst: terima kasih kepada en.padlie kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini. Senang-senang datanglah selalu dan komenlah yang bermanfaat gitew.. hehehe

lantun jangan tak lantun, gitew.. hahahaha

Isnin, 14 Februari 2011

Mengajar anak kecil tentang perjuangan?!

Gambar 1: Menyelidik dengan telus dan mendalam (Daniel, 4 tahun).

Entry yang lepas maza ada bercerita tentang perihal guru: (klik sini: Cikgu semanis nira, semasam cuka.) Tindakbalas dan komen yang diberikan kawan-kawan amatlah baik sekali dan maza amat menghargai. Sekurang-kurangnya untuk pengetahuan dan penilaian maza dalam membentuk siasah diri. 

Kali ini maza ingin bawakan alkisah pendidikan anak-anak lagi. Lebih menjurus kepada persediaan untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Gambar 2: Runtuhan Kota A Farmosa tinggalan penjajah Portugis yang menyebabkan empayar Melaka jatuh pada 1511

Umum mengetahui tahun ini subjek sejarah menjadi matapelajaran wajib lulus di dalam peperiksaan SPM. Jadinya sebagai persediaan ke arah itu, dua bulan lalu maza telah bawa anak-anak (yang belum pun masuk sekolah rendah) melawat tempat bersejarah. 

Lokasi pilihan ialah di Kota A Farmosa, Melaka Kota Bersejarah.

Gambar 3: Kalau tak belajar, mana nak tahu (Aqlan, 11 bulan)

Ada pun persediaan awal ini juga mahu memberikan asas pengetahuan tetang asal usul bangsa. Juga ambil tahu tentang latar belakang bangsanya agar mampu berwaspada dan mengelak segala fitnah dan tomahan.

Mudah-mudahan dengan lawatan sambil kembara dan belajar ini, mampu menyematkan di minda anak-anak  agar ingat dan kenang mereka yang berjasa. Mudah-mudahan anak-anak kental dan cekal menghadapi badai kehidupan kelak...

Hari Isnin sedang bermula, jadi selamat menyambung tugas kengkawan. Hari Selasa nanti kita sama-sama sambut malidur-rasul, mari kita berselawat banyak-banyak kepada junjungan besar itu.

Gambar 4: Menyelongkar al kitab, mencari jalan terang

Psst: Hari ini 14 Februari 2011, Valentine Day dan ianya bukanlah hari kebesaran Islam. Jadi jika anda seorang Muslim, tak payahlah nak sambut bagai. Yang sudah tu, sudahlah. Elok bersiap sedia untuk pergi ke masjid di pagi hari Selasa, kita berarak dan berselawat banyak-banyak. Moh kita mengenang dan menyatakan kasih sayang, rindu membara kepada Rasulullah SAW.

Terima kasih en.Nizam5431 kerana sudi mengikuti GKKJ. Senang-senang datanglah selalu, ya. Dan jangan segan-segan untuk komen yang baik dan bernas-bernas gitew. Maza pun 'budak di luar pagar, ambil galah tolong jolokan, maza budak baru belajar, salah dan silap tolong tunjukkan ... hehehe

Sabtu, 12 Februari 2011

Cikgu semanis nira, semasam cuka...

Hari ini penulis hendak menulis pasal kehidupan sosial. Penulis bukanlah pemerhati sosial hebat, tetapi sebagai luahan karangan jantung, semanis nira, semasam cuka.*ketawa hahaha.

Gambar: sekadar hiasan

Pemarah, pembengis dan garang boleh menjarakkan hubungan terutama di masa-masa akan datang...

Kalau hendak garang sekalipun biarlah bertempat, jangan sampai anak-anak kecut perut walaupun melihatnya dari jauh...

Tindakan tegas adalah sebaik-baiknya dengan memberikan contoh tauladan yang baik-baik… 

Kalaulah garang sebgai ukuran yang wajib bagi setiap cikgu-cikgu, patutlah sesetengah cikgu tak mampu kawal perasaan lalu membelasah lumat punggung anak-anak..

Tak tahulah kalau cikgu2 malaya ini memang disuruh jadi garang mcm singa!

Apa yg makbapak harapkan ialah guru-guru yang berhemah, baik budi perkerti, dan tegas, mampu menjadi pendidik yang baik serta dikenang sehingga akhir hayat!

Dan tak pasti pula kalau garang macam singa itu benar-benar membantu anak-anak untuk tekun belajar... mengikut pengalaman yang lalu, dari kegarangan itulah ramai kawan-kawan yang tak mahu ke sekolah dek takutkan cikgu atau pergi sekolah sekadar utk lulus, memuaskan hati cikgu dan tak jadi pun insan yang CEMERLANG!.... apakah itu harapan rakyat negara ini?

Dan tak ada pun kata-kata di atas yg penulis menyuruh guru-guru menjadi lemah gemalai hingga anak murid menjadi melampau. Sebaliknya, kawallah sikap kegarangan itu jangan sampai terlepas hingga umum anak-anak murid begitu kecut dengan kita.

Tetapi kalau lemah gemalai yg dinyatakan oleh tuan empunya badan itu mampu mendidik anak bangsa menjadi insan jauh lebih berguna, apa salahnya?!

Anak-anak zaman sekarang bukannya zaman kita yg serba kekurangan. Pendekatan juga harus berbeza. Zaman kita mungkin zaman lepas penampar Jepun. Mak bapak dan cikgu-cikgu didedahkan dgn harimau, singa dan ular senduk. Tetapi anak-anak hari ini banyak terdedah dgn teknologi dan keterbukaan langit. Sepatutnya kita sbgi guru-guru dapat memberikan contoh yg baik dan bukannya sifat pemarah perlu ditonjolkan sepanjang masa hingga kecut perut dan ketidakpuasan hati anak-anak sampai ke mati?!

Lantaran itu bersederhanalah … selalunya cikgu-cikgu yg menunjukkan ketegasan, bersederhana dalam pendekatan didikan itulah cikgu-cikgu yang baik dan contoh tauladan seumur hidup kepada anak-anak muridnya…  dikenang sebagai pendidik yang agung… 

Jangan sampai orang mencemuh; anak sendiri kat rumah kemain dibelai-belai, anak orang kemain dilenjan-lenjan … akhirnya dari kegarangan tak bertempat itu memakan diri. Kita dibenci, silap-silap terlantar hendak mati pun tak da orang nak jenguk!

Sedangkan kita sendiri tak suka org marah-marah dan garang-garang, takkanlah kita hendak memaksa anak-anak untuk terima hidup dalam tertekan dengan menonjolkan sikap berang tersebut! Walhal kita sendiri pun benci tengok orang bermuka garang dan berperangai garang tak bertempat…

Apa yang penulis ingin sampaikan ialah pendekatan tegas adalah sebaik-baiknya. Di dalam kelas jika anak-anak tak membuat kerja sekolah yang diberikan haruslah diselidik dan didenda dengan sepatutnya. Tak perlulah menunjukkan muka garang tahap singa, yang letihnya kita juga. Impaknya barangkali lebih banyak negative terutama dalam pembentukan jiwa anak-anak…

Tak taulah penulis sekiranya memang menjadi kebanggaan dalam kalangan guru-guru jika dikenali sebagai cikgu garang yang amat seperti singa! Atau memang ada senario galakkan menjadi cikgu seperti itu…

Anda cikgu, anda makbapak.. cikgu-cikgu tentulah faham sebab dia berilmu dan dia juga seorang makbapak untuk kendalikan anak murid, lagipun anda belajar sekurang-kurangnya dapat diploma pendidikan dengan pendedahan ilmu psikologi anak-anak dan anda lebih tahu…saya bukan cikgu dan tak cerdik macam cikgu pun… sekadar lontaran pendapat makbapa yang tak sepandai cikgu… minta maaf ajelah…

*** Kengkawan bolehlah meluahkan karangan jantung semanis nira semasam cuka kengkawan itu. Kita kongsikan pendapat sahaja. Jangan  marah-marah, bincang baik-baik ya...*senyum hehehe

Lantun jangan tak lantun ... *hahaha

Jumaat, 11 Februari 2011

Panahan cinta cupid angel

Gambar: Katanya macam Cupid Angel with bow & arrow
Bulan sudah maza telah belajar memanah di sebuah padang awam  yang tak ramai orang lalu lalang. 

Petang nan berbahagia itu tatkala menjamu cendol yang manis lagi segar di bawah pokok sana, taukey cendol sudah sediakan satu set panah. Papan sasar sedia mendada untuk dibida dengan anak panah yang menusuk kalbu si jantung hati ... ahaks.

Ada pun taukey itu bilang, niat 'sahaja aku' letak set panah di sini mahu mempromosikan sukan memanah dan menambah bilangan pelanggan cendolnya. Kiranya sebagai teknik pemasaran bergandalah.

Belakang taukey itu kata, dia juga baru belajar memanah. Sementelah tiada pelanggan, dengan sukacitanya dia akan menacapkan kemahiran memanah yang dipelajarinya dari Mahaguru Youtube, pembacaan di majalah Anggun Seri dan Sukan Kita ... hmm?!

Dengar khabar lagi dari lebihan rezeki jual cendol itu nanti, mahulah dia bikin satu pusat memanah bersaiz olimpik. Dengan itu dapatlah dia kembangkan bisnes. Hmm ... maza kira dia seorang taukey Melayu lagi muda belia yang berwawasan tinggi.

Dalam kesempatan yang ada dan kebetulan ia percuma untuk pelanggan di situ, maka maza pun amat teruja hendak menyelit dan meraba kesempatan *ketawa, hahaha. Apatah lagi tuan kedai itu menawarkan kepada maza secara peribadi, "Pergilah cuba. Kalau tempat lain tu dah kena bayar. Lima anak panah RM3."

"Saya tak pandai memanah. Tetapi teringin juga."

"Jangan malu-malu. Saya bukannya tahu sangat, tapi kalau nak tunjukkan serba sedikit itu bolehlah."

"Kalau begitu, macam mana nak mulakan."

"Nah ambil lima anak panah ini. Kemudian tarik dan lepaskan."

Penyudahnya duopulohthegasetengah minit maza masih terpacak di lapangan tersebut. Bukan lima anak panah tadi terkial-kial belum dilepaskan, tetapi yang ini entah berapa ghatus kali maza sudah lepaskan anak panah itu. Mulanya malulah sangatkan? *ketawa hahaha.

Gambar: Tukang kutip anak panah. *hahaha
Pelanggan yang lain hanya memerhati. Ada tu sanggup berbaris di belakang maza sambil tertinjau-tinjau, berdengkit-dengkit tumitnya. Puas berdiri di garisan belakang, berlalu seorang demi serorang kembali duduk sambil meng'order' cendol yang baru. Dan maza masih terpacak  di situ sambil diberi sokongan oleh darling,

 "Panah lagi bang, panah lagi. Abang panah macam The angel cupid yang cute bawa chenta ke hati!", kata darling pembakar semangat sambil Nasrun (6 tahun) terlompat-lompat keriangan.

Selesai sepuluh anak panah dipanahkan ke papan sasar yang kebanyakkanya menembak ke burung merpati yang lalu atau pohon balak di hujung sana. Si darling lagi comel terkedek-kedek berlari memungut segala anak panah yang terbongkang atau tertusuk ke dalam tanah. Kemudian dia kembali berlari-lari  ke arah maza lalu menyerahkan anak panah dipungutnya itu..


Entah berapa kali dia berulang-alik mengutip semua itu. Sambil senyum simpul di mukanya darling  mula berkata, "Abang panahlah sampai esok pagi ya. Kita boleh aje tunggu abang sampai esok pagi. Makan malam dan bersarapan cendol aje kat ini pun tak apa. Kalau mahu makan sedap-sedap lagi, abang  bidik kat burung tu ha. Kasik kena. Untung-untung malam nanti kita boleh makan dagingnya. Kita kasi bakar!"

Gambar: Cuba memanah burung untuk dibuat makan malam nanti.
Bakar pun sodap tu *hahaha

Ah! Demikianlah supportive-nya isteri nan tercinta itu. Maza menjadi termotivasi dan terus memanah hingga hampir matahari terbenam.

Malam itu maza sambil menyeringai berkata kepada darling, "Sayang, tolong ambilkan minyak kuda di balik belebas itu. Kasik picit sikit lengan abang ni." 

"Hai abang, takkanlah dah sengal-sengal. Macam mana ni nak berjihad lawan orang jahat macam di medan Perang Uhud tu?" balas darling sambil menekan-nekan keras.

i
Gambar: Bersama penyokong kipas-mati tegar

Sambil mengulum liur sendiri dan menahan tujahan jejari pulus sang isteri, maza pun memberi alasan yang maha kukuh, "Bukan apa. Abang cuma teringatkan hadis Rasulullah SAW. Sabdanya, 'Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda. (Al Hadis)' 

Manakala dari Riwayat Muslim pula, Rasulullah SAW bersabda, 'Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).' Abang sekadar mengikut sunnah sahaja. Tu pasallah siang tadi abang berlatih bersungguh-sungguh. Aderkk ... aderkkk ... aderkkk.” 

Semakin ligat pula jejari nan halus itu menunjal-nunjal ke otot lengan mengkal maza ini. 

Gambar: Renung dengan mata makrifat ... aaaa, Ini betul-betul punya point memanah.
Bukan datang kat papan tu, dan cucuk-cucuk... huhuhu
Hari ini hari Jumaat, esok sudah mula hujung minggu, jadinya selamat berhujung minggu ya kengkawan...

Psst: Terima kasih tak terhingga kepada Bro mnhisyam bahrom dan tengkorak emas kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini. hehehe.. Selalu-selalulah jenguk dan komen kat sini. Tanpa kengkawan siapalah maza, kanzzz?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails