Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Rabu, 27 Disember 2017
KEMBALIKAN WAJAHMU KE ARAH MEREKA YANG BERTAUBAT
Allah sedang menguji mereka tentang apa yang mereka percaya dan yakini.
Adakalanya kita dan mereka memenangi ujian. Sebaliknya ada juga kita gagal.
Justeru, ini adalah perjalanan hidupnya. Kita dan mereka juga tidak jauh pernah tersilap dan tergelincir.
Dipanjatkan rasa syukur sebabnya keterlanjuran itu masih boleh dianggap ujian serta kifarah dan bukannya dosa yang dihukum dalam alam barzakh sana. Sekurang-kurangnya mereka mendapat balasan melalui kifarah atau denda serta teguran daripada Allah SWT secara langsung ketika hidup agar memperbetulkan kembali jalan hidup ini supaya lurus. Apabila mereka bertaubat, pintu syurga mereka kembali terbuka luas.
Bagaimana pula nasib kita? Sudah terselamatkah kita?
Rasulullah SAW pernah menegur dan menunjukkan akhlak amat mulia apabila masalah atau perkara berat dihadapkan kepada Baginda SAW.
Nabi tidak mengeji individu itu. Nabi SAW hanya merasa marah dengan perbuatan maksiat tersebut.
Hanya perkara maksiat yang dilakukan oleh pelaku tersebut yang menyebabkan Nabi SAW kesal, kecewa dan perlu dihalang dan bukan berlaku kejam kepada diri si pelaku itu.
Apabila Nabi SAW menghukum, maka ia sesuai dengan pelakuan maksiat yang dilakukan oleh si pelaku itu. Nabi SAW tidak membalas dengan 'melibas habis' dengan menjatuhkan hukuman yang melampaui batas. Hanya kerana terpaksa menegakkan hukum 'qisas' dan 'had' maka Rasullullah SAW melaksanakan hukuman berat itu. Sungguhpun begitu Nabi SAW masih memohon agar diampunkan dosa pembunuh tersebut utk dibayar duit tebus darah daripada kehilangan nyawa. Inilah yang dinamakan KEADILAN bukannya KESAMARATAAN.
Justeru, kita perlu menghadkan hukuman kejian ke atas pelakuan dosa maksiat itu. Berpaling wajah kepada maksiat itu sahaja.
Setelah si pelaku bertaubat, hendaklah kita kembali menerima mereka. Mengangkat mereka ke tempat sepatutnya bukannya menghukum secara melampau-lampau, mengikut perasaan, menurut kata hati amarah hingga menghancurkan silaturahim suruhan Tuhan, lalu terjerumus pula ke dalam perangkap syaitan dan Azazil (Iblis).
Kita sepatutnya bantu mereka agar kembali ke jalan lurus bukannya mendorong lagi supaya mereka 'jahanam' dalam hidup ini.
Allah mengarahkan kepada orang-orang beriman supaya:-
1. "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Al Baqarah: 222).
2. "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh; antara bapak -bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?), kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (Ghaafir: 7-9).
3. "Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa: 64)
Lantaran itu, Allah SWT meninggikan darjat kepada mereka yang bertaubat setelah diuji sedemikian rupa. Apakah kita sudah pasti bahawa kita ini terlepas sedangkan kita belum pasti lulus apabila diuji perkara maksiat yang sama dengan mereka?
4. "Sungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah SWT mengarahkan kita untuk kembali menerima mereka yang telah bertaubat dengan layanan sewajarnya.
1. "dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi: 28).
2. "Seluruh kalian adalah pembuat salah dan dosa, dan orang yang berdosa yang paling baik adalah mereka yang sering bertaubat". (H.R: Ahmad dan lainnya dari Anas)
3. "Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar." (al Buruuj: 10).
MAKA APABILA MEREKA BERTAUBAT, janganlah berpaling muka, memulau atau menghina mereka lagi, Allah memerintahkan:-
1. "Jika mereka bertaubat dan mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (at-Taubah: 5).
2. "Jika mereka bertaubat, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama." (At-Taubah: 11)
Wallahualam
Category:
Photography,
Tazkirah Tauhid
Ahad, 22 Oktober 2017
KAD BANK ISLAM JANGAN DITUKAR
Drama pagi tadi saat isteri saya sekonyong-konyong mengadu sambil mampir menghidangkan sarapan.
Isteri: "Abang, kad Bank Islam kena tukar ke?"
Saya: "Tak payah. Jangan jadi penyumbang dakyah."
Isteri: "Eh. Bank-bank lain kata Bank Negara yang suruh tukar?"
Saya: "Jangan diikutkan sangat. Biarkan kad bank Islam dengan Islamnya. Kalau ditukar nanti kad tu jadi murtad. Kamu nak jadi pendakyah?"
Isteri saya: "Haderkkk &$^%37#9..."
~ hirup kopi jantan kaw-kaw~
Lazat kata isteri saya.
Hik hik
ammak satu kali.
Category:
Jalan-jalan Cari Makan,
Keluarga,
Photography
Khamis, 28 September 2017
BUMI KL MENANGIS
Tunggu sekejap wahai kawan,
Hingga hujan berhenti;
Hapuskanlah hatimu yang rawan
Daku sentiasa ada di sisi...
Ammak satu kali,
Buat memujuk hati;
Malam Jumaat ini,
Jangan lupa Yasin-an nanti
Ahaks ala la la...
Rabu, 13 September 2017
ALIFF: AKHIRNYA KAU PERGI JUA
Isteri saya teresak-esak menangis. Hiba sungguh hatinya.
Anak-anak saya semuanya sugul seolah-olah mengerti hal keperitan keluarga yang sedang melanda.
Selama hampir dua bulan, isteri dan anak-anak membelai dan menyantuni Alif. Ditatang dengan penuh kasih sayang. Dibelai. Dimanjai. Alif itu bagaikan anak kandung isteri saya.
Alif anak angkat kami. Dia telah menjadi yatim semenjak lahir lagi. Alif hampir-hampir mati dibunuh ibunya sendiri. Dua beradik kembarnya sudah lama pergi dahulu mengadap Ilahi. Tinggal lagi Alif ditakdirkan diselamatkan oleh Aqlan Sholehin (anak saya berumur 7 tahun).
Ketika Alif hampir-hampir kehilangan nyawa, Aqlan adalah orang yang telah melindungi Alif daripada penyakit meroyan ibunya. Alif ketika itu masih bayi lagi, berumur dalam beberapa hari sahaja.
Aqlan telah membawa pulang Alif. Entah bagaimana isteri saya kali ini begitu bersimpati dengan Alif dan semenjak hari itu dia telah merawat Alif sepenuh jiwa raganya.
Aqlan jugalah yang memberikan nama Alif.
Alif telah disediakan tempat beristirahat yang istimewa sekali. Isteri saya sendiri tidak pernah umurnya, kali ini sanggup berhabis duit belanja sekolah anak-anaknya, membelikan kelengkapan Alif. Ini termasuklah botol susu dan susu khas yang berharga premium.
Alif dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Pantang berbunyi, segera isteri saya merawatnya.
Gara-gara Alif juga, emak mertua saya pernah menegur isteri saya agar berpada-pada. Jangan disebabkan anak angkat ini, anak sendiri dan suami tidak terbela. Pernah emak cadangkan Alif diletakkan di luar. Tinggal lagi emak tidak tahu yang Alif sebenarnya tidur sebilik dengan kami. Kadang-kadang tidur dengan abang sulung angkatnya, Nasrun (13 tahun).
Balik hari raya haji tempohari, puas juga kami memikul dan mengusung bakul khas, susu dan botol susu Alif untuk pulang ke kampung. Sudah lama saya tidak buat kerja-kerja itu.Hik hik.
Tadi ketika saya dan isteri pulang dari menghantar pesanan "BEKAL", Nasrun dengan sugul memberitahu Alif sudah sampai hukum alam dan kembali ke rahmatullah. Alif juga telah selamat disemadikan berhampiran rumah kami. Menurut Nasrun, Alif meninggal tanpa mengetahui punca dan mati secara tiba-tiba.
Sebaik mendengarkan perkhabaran itu, isteri saya terus longlai. Menderu-deru air matanya tumpah. Setelah mendapatkan sedikit kekuatan, dia terus berlari ke atas rumah. Dia mendapatkan kain lampin dan bakul arwah Alif sambil mendakapnya penuh hiba.
ALLAHUAKBAR!
Siapa yang tak sayang anak, walaupun Alif itu ialah seekor anak kucing?
Selamat jalan Alif. Damailah kau di sana.
ALIF: Dalam Kenangan
*****
Saat dia menangis,
kami bergilir-gilir menyusuinya
Saat dia sakit perut dan buang air,
Kami bergilir-gilir cebukannya
Saat dia kesejukan,
Kami peluknya dan tidur bersama-sama
Saat dia perlukan belaian kasihnya ibu,
Isteri saya sedia memberikan kasihnya.
Damailah Alif di alam sana.
nukilan hempedu
Anak-anak saya semuanya sugul seolah-olah mengerti hal keperitan keluarga yang sedang melanda.
Selama hampir dua bulan, isteri dan anak-anak membelai dan menyantuni Alif. Ditatang dengan penuh kasih sayang. Dibelai. Dimanjai. Alif itu bagaikan anak kandung isteri saya.
Alif anak angkat kami. Dia telah menjadi yatim semenjak lahir lagi. Alif hampir-hampir mati dibunuh ibunya sendiri. Dua beradik kembarnya sudah lama pergi dahulu mengadap Ilahi. Tinggal lagi Alif ditakdirkan diselamatkan oleh Aqlan Sholehin (anak saya berumur 7 tahun).
Ketika Alif hampir-hampir kehilangan nyawa, Aqlan adalah orang yang telah melindungi Alif daripada penyakit meroyan ibunya. Alif ketika itu masih bayi lagi, berumur dalam beberapa hari sahaja.
Aqlan telah membawa pulang Alif. Entah bagaimana isteri saya kali ini begitu bersimpati dengan Alif dan semenjak hari itu dia telah merawat Alif sepenuh jiwa raganya.
Aqlan jugalah yang memberikan nama Alif.
Alif telah disediakan tempat beristirahat yang istimewa sekali. Isteri saya sendiri tidak pernah umurnya, kali ini sanggup berhabis duit belanja sekolah anak-anaknya, membelikan kelengkapan Alif. Ini termasuklah botol susu dan susu khas yang berharga premium.
Alif dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Pantang berbunyi, segera isteri saya merawatnya.
Gara-gara Alif juga, emak mertua saya pernah menegur isteri saya agar berpada-pada. Jangan disebabkan anak angkat ini, anak sendiri dan suami tidak terbela. Pernah emak cadangkan Alif diletakkan di luar. Tinggal lagi emak tidak tahu yang Alif sebenarnya tidur sebilik dengan kami. Kadang-kadang tidur dengan abang sulung angkatnya, Nasrun (13 tahun).
Balik hari raya haji tempohari, puas juga kami memikul dan mengusung bakul khas, susu dan botol susu Alif untuk pulang ke kampung. Sudah lama saya tidak buat kerja-kerja itu.
Tadi ketika saya dan isteri pulang dari menghantar pesanan "BEKAL", Nasrun dengan sugul memberitahu Alif sudah sampai hukum alam dan kembali ke rahmatullah. Alif juga telah selamat disemadikan berhampiran rumah kami. Menurut Nasrun, Alif meninggal tanpa mengetahui punca dan mati secara tiba-tiba.
Sebaik mendengarkan perkhabaran itu, isteri saya terus longlai. Menderu-deru air matanya tumpah. Setelah mendapatkan sedikit kekuatan, dia terus berlari ke atas rumah. Dia mendapatkan kain lampin dan bakul arwah Alif sambil mendakapnya penuh hiba.
ALLAHUAKBAR!
Siapa yang tak sayang anak, walaupun Alif itu ialah seekor anak kucing?
Selamat jalan Alif. Damailah kau di sana.
![]() |
| ~rakaman kenangan saat Alif keletihan setelah puas bermain lalu tertidur dalam tudung periuk~ |
ALIF: Dalam Kenangan
*****
Saat dia menangis,
kami bergilir-gilir menyusuinya
Saat dia sakit perut dan buang air,
Kami bergilir-gilir cebukannya
Saat dia kesejukan,
Kami peluknya dan tidur bersama-sama
Saat dia perlukan belaian kasihnya ibu,
Isteri saya sedia memberikan kasihnya.
Damailah Alif di alam sana.
nukilan hempedu
Sabtu, 8 Julai 2017
KEMUDAHAN TELEFON BIMBIT JADI KEPERLUAN SYARIKAT SEDIAKAN
TERIMA KASIH BOSS
********
Alhamdulillah pihak syarikat bermurah hati untuk membekalkan setiap seorang penyelia, eksekutif dan pengurus sebuah "handphone" baharu.
Syarat dikenakan juga standard dan mudah iaitu:-
1. dijaga jangan sampai hilang atau rosak
2. Segala bil ditanggung oleh pihak syarikat.
(Saya senyum gembira).
Selepas penyerahan kotak telefon bimbit itu barulah saya mendapati dan mengetahui bahawa:-
1) telefon ini tidak mempunyai data plan internet. Jadi, tidak boleh Whatsaap, FB, Youtube untuk bikin video 'iklan acah' (teaser) dan bermesra dengan Professor Google.
2) tidak mempunyai kamera untuk swafoto (selfie).
3) hanya boleh dial ke nombor 03453225. Selain daripada rangkaian itu, anda akan berkomunikasi sendirian dan tiada siapa mahu layan.
4) tidak boleh SMS (ini parah).
Disebabkan itulah saya jarang berada 'atas talian internet' (online).
Saya sempat berterima kasih kepada pihak pimpinan syarikat sampai terzahir tersengih menyerengai.
~walkie talkie; sejenis telefon bimbit tanpa bil perkhidmatan talian dan penggunaan data internet~
hik hik
ammak satu kali

Walkie talkie:
sejenis alat telekomunikasi
Disebabkan itulah saya jarang berada 'atas talian internet' (online).
Saya sempat berterima kasih kepada pihak pimpinan syarikat sampai terzahir tersengih menyerengai.
~walkie talkie; sejenis telefon bimbit tanpa bil perkhidmatan talian dan penggunaan data internet~
hik hik
ammak satu kali
Category:
Jalan-jalan Cari Makan,
Rencana
Langgan:
Catatan (Atom)