Tahun 2016 menyaksikan banyak kerja-kerja penulisan di blog ini tertangguh. Berikutan itu juga hanya beberapa entry yang berjaya diterbitkan di sini.
Tahun 2016 juga merupakan tahun paling mencabar dalam kerjaya hidup Maza. Dalam usia semakin menakah tinggi ini, Maza masih terkial-kial membina kerjaya. Pernah Maza bercita-cita mempunyai perniagaan sendiri, mungkin sudah sampai masanya kini Maza memilikinya.
Namun apa yang nyata ialah segala kerja-kerja Maza tertangguh adalah akibat si budak comel ini. Hari ini si budak comel ini datang menggoda gara-gara merajuk tidak melayannnya hampir dua hari.
Entah apa entah tidak kena dengan budak comel ini, tiba-tiba meleset-leset dan menerjah ke lengan Maza. Geram agaknya tidak dilayan, dia terus duduk di atas komputer riba Maza.
Hilang rasa tertekan dan terus tersenyum melihatkan gelagat si anak kucing comel. Dengan muka toya si comel menghalang kerja-kerja Maza. hahaha
Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Jumaat, 6 Januari 2017
Selasa, 25 Oktober 2016
MANGSA TERGELINCIR HAMPIR MAUT
HULU KELANG, 05 Oktober 2016: Kejadian berlaku ketika kakitangan syarikat penerbitan terkemuka di tanah air sedang sibuk berpusu-pusu pulang ke rumah pada sekitar jam 5.45 petang di AU3, Keramat.
Mangsa dikatakan tergelincir dan berpaut pada sebatang besi. Keadaan mangsa sangat lemah dan masih menunggu pihak bomba datang memberi bantuan.
Ramai saksi mengatakan, orang awam tidak mempedulikan keadaan mangsa lalu membiarkan mangsa menyelamatkan dirinya sendiri.
Berita lanjut boleh didapati dalam akhbar Berita Hairan.
Hik hik
Ammak satu kali
Ahad, 18 September 2016
PAPAN KALAM UNTUK ANAK
![]() |
| Jambatan Antara Dua Dunia |
Celik mata sahaja terus mengetuk, membaca dan
menulis di “papan kalam”. Begitulah rutin dewasa ini. Jika tidak melakukan
sedemikian seperti ada yang tidak kena. Seolah-olah kembali hidup di bawah
tempurung dalam dunia terkurung. Salah hemat, kantung fulus terjejas menjadi
kusut dan mengecut. Perniagaan berubah lesu. Kehidupan sosial tersisih.
Ketika kecil dahulu, saya menggunakan papan hitam bersaiz
kecil berkapur tulis untuk mengaji, menulis dan membaca. Papan hitam itu boleh
diriba di celah kelengkang kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun.
Adakalanya papan yang sama dicebit ke hulu ke hilir sambil belajar mengira dan
membaca. Sepelusuk alam suara kami memecah jagat buana apabila kalam-kalam yang
terpalit itu kami laungkan satu persatu.
Jika ayah bergaji atau memperoleh pendapatan
lebih, jumlah kapur tulis akan ditambah, malah beraneka warna. Hari itu kami bermewah-mewahan
hingga dunia khayalan melewati bingkai papan hitam lalu terbawa-bawa dengan
mencontengnya ke dinding-dinding rumah. Penyudahnya ibu menjerkah, ayah
membeliakkan mata. Paling panas pun, ayah akan menghadiahkan tali pinggang ke
kaki. Sebagai pengajaran katanya.
Dengan papan hitam kecil kami berkarya.
Bermacam-macam gabungan stroke, garisan, palang, lengkuk membentuk pelbagai
cetusan seni hasil kreativiti akal kami. Alam menjadi rujukan kami, seperti
pokok, rumah, bunga, haiwan, kenderaan dan orang lidi. Sekiranya kehilangan pemadam
papan hitam, kain buruk atau lengan baju dijadikan pengganti.
Dari papan hitam kecil kami mengenal alif, ba, ta.
Setelah usia menginjak 12 tahun kami mula khatam dan khatan. Jika tidak khatam
al-Quran kami tidak akan disunatkan. Kata orang-orang tua pula, kami akan kekal
menjadi kanak-kanak selamanya. Tidak boleh bersolat satu saf dengan jamaah
dewasa, makan setalam dengan kawan-kawan yang telah dewasa malah diancam tidak
boleh berkahwin.
Sebelum saya memperoleh papan hitam kecil itu, saya pernah menggunakan papan kalam. Papan tersebut diperbuat daripada kayu yang ayah gergaji dari pangkal pokok nangka mati. Kemudian diketamkannya agar menjadi papan yang licin. Arang digunakan untuk menulis. Habis jejari dan hidung kehitaman. Sambil menggores di atas papan kalam, bibir akan mengherot dan lidah tersentil mengikut riak lentuk tubuh menggayakan objek yang dilukiskan. Sukar juga menulis, kena tekan kuat hingga kadang-kala menyebabkan jejari sengal.
Kata ayah, di zamannya belajar, papan kalam dan arang itulah diusung mengadap guru. Manakala kitab kuning adalah buku rujukan yang dkongsikan bersama teman seperguruan. Hampir lunyai kitab itu disebabkan ramainya pelajar-pelajar menggunakannya.
Kata ayah, selang beberapa lama, papan kalam mulai dianggap sebagai barangan rendahan (barangan inferior) setelah barang pengantinya iaitu buku tulis, pen dan pensil mengambil tempat. Papan kalam menjadi terbengkalai dan dibiarkan reput sendirian di pangkal perdu pokok atau di bawah tiang rumah. Ditambah pula arang semakin sukar didapati setelah teknologi dapur berevolusi. Orang kampung tidak menanak nasi dengan dapur kayu atau arang. Mereka gunakan dapur minyak tanah kemudian dapur gas dan hari ini dapur induksi berkuasa elektrik.
Zaman terus berubah meninggalkan sisa-sisanya.
Sesuai dengan kemajuan orde dunia baharu. Barangkali ini juga kesan keberkatan
doa Nabi Ibrahim a.s terhadap anak cucunya.
Dekad-dekad perubahan dihadapi dengan begitu
ghairah. Siapa sangka, di zaman serba canggih dengan teknologi digital dan ICT
telah mengembalikan zaman kegemilangan papan kalam. Cumanya papan kalam hari
ini tidaklah sampai mengotori tangan, baju dan persekitaran. Hidung dan rumah
tidaklah bersawang kehitaman.
Meskipun begitu, kekotoran dari papan kalam moden ini mampu memberikan implikasi jauh lebih dahsyat; sehingga boleh meruntuhkan institusi keluarga, negara dan dunia. Kotornya papan kalam moden tidak kelihatan dengan nyata, secara fizikal seperti kotornya baju, jari dan dinding rumah. Terjemahan kekotoran sudah berbeza.
Dahulu papan kalam boleh dibuat sendiri dengan menebang pohon di belakang rumah. Berbeza dengan papan kalam hari ini yang memerlukan wang dan kerja keras untuk memperolehinya, sehingga adakala perlu berkorban mengikat perut.
Anehnya, pena papan kalam dahulu tidak perlu berbayar kerana arang boleh dikutip dari dapur dan tiada royalti atau copy right yang perlu dirisaukan. Berbeza papan kalam moden, semuanya dikenakan caj, terutama caj perkhidmatan atas talian. Jika tidak berbayar caj tersebut maka papan kalam gagal menjalankan fungsi sebenar. Segala aktiviti komunikasi, mentelaah ilmu dan pengembangan pengetahuan menjadi terhalang. Apabila perkara ini terjadi, papan kalam moden barangkali akan bertukar fungsi, lalu menjadi papan basuh pakaian. Gosok jangan tak gosok, gosok sampai berkilat (lirik lagu Aladin, Spider) . . . bak deretan anak dara di tepian sungai menyental baju bersama busa menimbun. Jadi, manfaatkanlah segala kemudahan yang ada untuk kebaikan. Urusan manusia itu rata-ratanya adalah hal kitar semula dari zaman lampau, bezanya hanyalah teknologi, asas penciptaan dan tujuan tetap sama.
nukilan lantun-lantun:
Ahad, 31 Julai 2016
SAYA BUDAK PENGHANTAR
Selain kerja-kerja hakiki di pejabat, hujung minggu sebegini maza membantu perusahaan isteri.
Ya, sekarang ini dia seorang usahawanita. Dia telah mendaftarkan perniagaannya hampir setahun lalu dengan nama Ciptawarna Enterprise.
Demi memantapkan perusahaan, Ciptawarna Enterprise telah melebarkan profolio perniagaan dengan meningkatkan campuran produk (product mixed) dan barisan produk lini (product line). Selain akitiviti fotografi, kami juga menawarkan jualan kuih-muih dan ikan pekasam Sungai Madik, Kahang.

Biasanya dalam bisness 'confectionery & bakery' (kuih-muih), maza yang akan jadi tukang penghantar, penjaga kualiti rasa dan pengomelganas.
Bab menjadi 'delivery boy' atau 'despatch' sudah lama maza selami. Hampir 16 tahun. Maza pernah menjadi kalendan lori, memberi khidmat lepas jualan dengan menghantar dan memasang perabut dan peon penghantar dokumen ke kedutaan, pejabat kerajaan dan syarikat.
Sungguh pun begitu, dewasa ini kemahiran menjejak jalan ke destinasi dirasakan sudah menumpul. Barangkali disebabkan oleh faktor perubahan fizikal, pemetaan jalan, laluan jalan raya, kerja hakiki yang sudah berubah, usia yang adakalanya penyebab pikun dan pembinaan jalan raya di Kuala Lumpur yang tidak pernah siap.
~err, jalan ke Desa Pandan kena lalu KLCC ke? Maza sudah sesat mahu cari pangkal jalan pulang~
Tadi GPS suruh maza langgar pintu Kelab Diraja Selangor. Haderk!
Nukilan lantun-lantun:
Ya, sekarang ini dia seorang usahawanita. Dia telah mendaftarkan perniagaannya hampir setahun lalu dengan nama Ciptawarna Enterprise.
Demi memantapkan perusahaan, Ciptawarna Enterprise telah melebarkan profolio perniagaan dengan meningkatkan campuran produk (product mixed) dan barisan produk lini (product line). Selain akitiviti fotografi, kami juga menawarkan jualan kuih-muih dan ikan pekasam Sungai Madik, Kahang.

Biasanya dalam bisness 'confectionery & bakery' (kuih-muih), maza yang akan jadi tukang penghantar, penjaga kualiti rasa dan pengomel
Bab menjadi 'delivery boy' atau 'despatch' sudah lama maza selami. Hampir 16 tahun. Maza pernah menjadi kalendan lori, memberi khidmat lepas jualan dengan menghantar dan memasang perabut dan peon penghantar dokumen ke kedutaan, pejabat kerajaan dan syarikat.
Sungguh pun begitu, dewasa ini kemahiran menjejak jalan ke destinasi dirasakan sudah menumpul. Barangkali disebabkan oleh faktor perubahan fizikal, pemetaan jalan, laluan jalan raya, kerja hakiki yang sudah berubah, usia yang adakalanya penyebab pikun dan pembinaan jalan raya di Kuala Lumpur yang tidak pernah siap.
~err, jalan ke Desa Pandan kena lalu KLCC ke? Maza sudah sesat mahu cari pangkal jalan pulang~
Tadi GPS suruh maza langgar pintu Kelab Diraja Selangor. Haderk!
Nukilan lantun-lantun:
Category:
Jalan-jalan Cari Makan,
Rencana
Khamis, 30 Jun 2016
HULURKAN KASIH KEPADA PEREMPUAN MU DEMI KEBAHAGIAN KELUARGA KECIL INI
Acapkali saya memerhatikan gelagat keluarga. Saat kita berbuka puasa, para suami dan ayah begitu tenang menghadap juadah dan hidangan. Tiada gangguan, tiada keributan, tiada keriuhan, tiada halangan atas setiap suapan masuk ke dalam mulutnya.
Isteri dan bonda pula terpaksa berpusing ke kiri dan kanan. Menghulurkan
hidangan itu dan ini melayan kerenah anak-anak kecil. Isteri dan bonda
sering terganggu setiap kali mahu menyuap nasi ke mulut sendiri. Anehnya
masih lagi menghalang anak-anak kecil daripada mengganggu ayah mereka
menikmati keenakan suapan makanan itu.
Tanpa menghiraukan keadaan renyahnya isteri, si ayah membentak merebutkan perhatian si isteri. Ayah, suami dan abang pinta dihulurkan itu dan ini. Ayah pinta layanan istimewa daripada celahan ribut yang sedang kemaruk melanda isteri menyantuni anak-anak kecil mereka.
Sebaliknya, isteri begitu betah melayani kereneh suami dan anak-anak. Tetap sabar. Padahal dia juga menanggung lapar yang sama, derita yang sama. Dengan payah-payah, si isteri tetap tabah walaupun kerap kali 'hak' untuk mengunyah makanan dengan aman sering terganggu.
Wahai ayah, suami dan anak yang dewasa, kasihanilah, santunilah dan cintailah ibu, isteri dan kakak anda. Dia telah banyak bersusah payah kerana kesenangan kamu.
~iklan ini bukannya membodek sempena raya, ya kengkawan~
ammak satu kali.

Keluarga
Langgan:
Catatan (Atom)