‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 6 September 2013

20 SEN, BESAR SANGATKAH? Syukurlah, Malaysia masih aman!!?



Malam tadi fikiran berkecamuk.
Ribut perihal imbangan belanjawan difisit
Teringatkan kata pujangga.
Ubah cara hidup!

Akur, kita ubahlah dan ubah. Lihat ke mangkuk, lauk itu pun sudah lama bercatu.
Nasi juga sudah berubah bentuk baharu; bubur!

Malam ini lauk semalam dijadikan santapan keluarga. Sisa yang ada dihangatkan pula untuk sarapan. Ah, syukurlah masih dapat makan, kita masih aman. Ketua kita, juga "susah-susah" meratah lauk segar dari ladang dengan aman.

Pagi tadi usai solat subuh. Mengangkang tingkap dibuka luas-luas.
Cahaya alam merempuh ke dalam bilik kusam. Lantas melimpahi ke atas katil. Ah, sudah lupa bila kali terakhir tubuh ini menjamah tilam yang selesa.

Di luar laman tiada mayat bergelimpangan.
Udara segar berbau hanyir pencemaran masih dihidu untuk sekian kalinya, demi oksigen penyambung nyawa. Mujur dan syukurlah masih aman!

Ya, di luar rumah tiada peperangan
Sebaik buka pintu tiada rusuhan
Jadi, biarlah ribut ciptaan mereka itu melanggar kami rakyat marhaen. Janjinya, kita tetap aman. Bersyukurlah masih aman!

Kata pejuang bangsa, kami dikhutbah agar sentiasa bersyukur waema bejat bertabur angkara ketua itu. Lantas kami perlu mendiamkan diri. Menahan diri dengan mengikat tangan dan kaki sendiri. Kepala perlu diangguk-angguk walau berbalam antara redha. Atau rantai besi akan sengaja mereka hadiahkan di atas nama keamanan. Kalau itu berlaku, kata mereka, benarlah sudah tidak aman.

"Syukurlah masih aman", dilantun berulang-ulang dari segenap sendi corong dan teknologi! Memekik, melaung, menerjah segenap ruang dan kami tetap sama; meraung!

Ada aku kesah? Ada aku endah?
Syukurlah masih aman.

Seruan pejuang bangsa juga mengingatkan. Jangan persoalkan "apa pemimpin mereka lakukan untuk negara, tetapi tanyakan apa sumbangan kami untuk negara!?"

"Syukurlah, Malaysia masih aman"
Itulah kata hikmah mereka untuk menenangkan jiwa gelora.
Kata hikmah sebagai ubat dari hentaman perit hadiah pemimpin mereka. Hanya kata, ya hanya kata! Slogan ubat pelali . . .

"Syukurlah, Malaysia masih aman!?"
 
Nota
 

Isnin, 2 September 2013

MINYAK NAIK . . . NAIK MINYAK

(Cerita ini direkacipta semula hasil ciplak filem Masam, Masam, Manis lakonan P. Ramlee, Sharifah Hanim, Minah Hashim, Mahmud June, Mariani)

DUM! DUM! DUM! . . .

Dinding rumah sewa dihentak. Diketuk-ketuk dengam kuat-kuat. Bergegar seisi alam macam hendak roboh.

Bergegas tuan tanah datang mendapatkan punca bunyi itu.

"Kenapa ni Encik Ramli? Rosaklah dinding tu!" soal Mak Minah pemilik rumah sewa.

"Hahaha . . . (Ramli ketawa bersungguh-sungguh. Tampak girang bukan kepalang). Saya terlalu gembira Mak Minah. Tak sangka di saat-saat macam ni kita dapat hadiah. Hahaha . . ."

Mak Minah menggaru kepala tanda tidak faham.

"Hai Mak Minah, tak gembira ke? (Ramli berasa hairan). Kan 'hadiah' daripada PM. Mak Minah lupa? Ishk kan harga minyak naik 20 sen bermula tengah malam ini?!"

"Oh . . . begitu, (Mak Minah tersenyum malu sambil terkeseng-keseng di balik pintu). Kalau macam tu tak mengapalah Encik Ramli. Encik Ramli nak buat apa pun, tak apa, Mak Minah tak kesah. Harga minyak naik 20 sen atau RON 95 jadi RM2.10, Mak Minah tak ambil hati. Janji sewa bulan ini tetap kira "dua" ya Encik Ramli."

"Hahaha . . . awalnya sewa dah jadi dua kali ganda? Tak mengapalah saya setuju Mak Minah. Lagipun baru-baru ini kita menyambut Hari Kebangsaan. Demi mengenangkan pengorbanan pihak keselamatan serta pemimpin negara yang telah banyak berkorban itu, kita harus berterima kasih dan perlu turut sama berkorban. Tak begitu Mak Minah?" kata Ramli.

"Ya . . . ya . . . ya . . . hehehe" Mak Minah bersetuju sambil bibirnya terukir senyuman melebar. Manakala tangan Mak Minah masih memintal jari jemari. Ditenyeh-tenyeh tapak tangan itu sambil memutar-mutarkannya.

Alkisah apabila harga "Minyak Naik", ramai pula berkira-kira mahu "Naik Minyak"


Coretan lantun-lantun,

Jumaat, 23 Ogos 2013

Membebaskan diri dari dibelenggu



Pelampung hidup . . .

Pelampung penyambung nyawa keluarga nelayan.
Mereka bertarung untuk memerdekakan diri.
Merdekakan dari segala hal; makan, minum, pakai, tempat berlindung.
Juga dari kejumudan dan kejahilan.
Demi kesinambungan hidup di alaf millennium.

Berbeza kisah anak muda kini.
Mereka juga turut berkata tentang merdeka.
Perjuangan mereka bukanlah segetir nyawa nelayan.
Perjuangan mereka untuk pembebasan diri dari kongkongan dan kejumudan lokaliti.
Bersifat rangkaian sosial menjangkaui benua, dunia dan alam fantasi.



Pewaris hari ini . . .
Merdeka bermakna kebebasan beraksi di layar-layar jalur lebar, wifi dan internet.
Semuanya bermula dengan www dot com dan rangkaian media sosial baru.

Menyekat atau kegegalan broadband, 3G atau 4G,
bermakna mereka merasa terjajah dan jiwa mula memberontak
Katanya mereka perlu mederka.
Merdeka bermakna kebebasan melayari internet



Apakan daya hendak menafikan erti kemerdekaan golongan mereka itu.
Sedangkan kita juga bergantung dengan sistem informasi berpusat dan berkomputer.
e-commerce, e-knowledge, e-centre dan pelbagai e lagi

Pendek kata, tanpa "e" kita mati.
Mati akal, mati minda, mati langkah.
Silap hari bulan boleh mati kebulur tanpa adanya "e" dan talian hayat bergelar "internet & networking"

Jadi, masih relevankah;
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku?"



Selamat Hari Kebangsaan ke-56



Lokasi penggambaran: Kuala Terengganu
Tarikh: Ogos, 2013 

Kerja tangan:




Rabu, 21 Ogos 2013

Wordless Wednesday: HANYUT


Lantun-lantun gitew . . .

Khamis, 1 Ogos 2013

Sejuknya seperti di Soctland

SIRI RAMADAN


Aqlan Sholehin (3 tahun) bikin magik

 "Masa saya di Glasgow, Scotland, keadaan sejuk sama seperti di pejabat ini. Hampir membeku segala sendi di tubuh. Mujur juga otak masih mampu berfungsi, tapi sedikit sengal, tuan," jelas saya kepada boss yang sedang mencari jawapan mata saya kemerahan, mulut terkuap lebar dan laporan semalam masih terbengkalai.

Di tetuang udara (radio) sedang berdendangan melodi "Hari Lebaran", "Selamat Hari Raya" dan lagu "Balik Kampung".

"Ya ke . .  ?!" boss mengerling melalui ekor anak mata sambil berdengkit tinggi kening kanannya. Borang cuti hari raya masih juga belum diluluskan. Aderk!










Ilham lantun-lantun oleh 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails