Lantun-lantun gitew . . .
Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Rabu, 21 Ogos 2013
Khamis, 1 Ogos 2013
Sejuknya seperti di Soctland
SIRI RAMADAN
![]() |
| Aqlan Sholehin (3 tahun) bikin magik |
"Masa saya di Glasgow, Scotland, keadaan sejuk sama seperti di pejabat ini. Hampir membeku segala sendi di tubuh. Mujur juga otak masih mampu berfungsi, tapi sedikit sengal, tuan," jelas saya kepada boss yang sedang mencari jawapan mata saya kemerahan, mulut terkuap lebar dan laporan semalam masih terbengkalai.
Di tetuang udara (radio) sedang berdendangan melodi "Hari Lebaran", "Selamat Hari Raya" dan lagu "Balik Kampung".
"Ya ke . . ?!" boss mengerling melalui ekor anak mata sambil berdengkit tinggi kening kanannya. Borang cuti hari raya masih juga belum diluluskan. Aderk!
Ilham lantun-lantun oleh
Selasa, 30 Julai 2013
Sedang Membuat Percaturan
SIRI RAMADAN
![]() |
| foto: ronawarna.blogspot.com |
"Tan-suan! Tan-suan! Tan-suan!"
"Ok, tahun ini kita balik raya kampung abang," kata suami penuh selamba. Tanpa perasaan!
"Aik, bukan ke tahun lepas sudah balik kampung abang? Ini tak adil!" sanggah si isteri walaupun sudah tewas mengundi tan-suan tadi.
"Ok, kita lambung dadu pulak. Kecil, besar?" saran si isteri sambil menyelongkar mencari dadu. Lengannya sudah tersingsing.
Dalam hati suami berdendang, 'kena taat pada suami' . . . Oppss . . . ke rumah opah tok ayah style, Yeop! Yeop! Ke rumah opah tok ayah style . . . (Sila nyanyi ikut rentak Oppa Ganam Style.)
Anak-anak berlonggok sama. Tercangguk menjadi penonton. Mereka tidak sanggup masuk campur, tidak mahu pun jadi juri. Ini soal serius!
MORALNYA? . . .
Al kisah lantun-lantun oleh
Category:
Keluarga,
Photography
Isnin, 29 Julai 2013
Be Succesful
"Lailaha illaAllah", "Allahu akhbar!
(There is no god, except Allah), (Allah The Greatest)
Allah is the One, Allahu Ahad!
Allah is the Ultimate!
Every single thing you’ve see around is garbage.
It’s nothing, including you is nothing.
But Allah is Alive Forever,
Allah is The Greatest
Everything you know, hear and see are belong to Allah.
You and I are nothing, just nothing, absolutely nothing.
If you astray from the deen (way) of Allah; by gazing
alternative sources . . . you will find frustrated, there have no might!
And you fall upon to technologies, armies, wealth; the land,
trees, the sea, the ocean, the animal, the moon, the stars, the galaxy; Be it
the Angles, be it in Haven; the first, second, third, fourth, fifth, sixth and
seventh haven, and the ocean above that, the Throne (Arash) of Allah, the Kursi (Chair) of Allah: ALL ARE DEAD!
Demolish by sakaratul maut
(Armageddon/Judgement Day)!
Nothing moves! Nothing makes! Nothing breaks! Nothing gives!
Nothing harms and nothing benefits; “illa Allah” (EXCEPT ALLAH)!
Lailaha illaAllah! (There is no god, except Allah)
This is the kalimah (statement) there is no “ilaah” (god)
There is no might!
There is no power!
BUT ALLAH! (illa Allah!)
This kalimah “Lailaha illaAllah!”, thus makes you
successful!
Successful and peace!
Successful in this Dunya (worldly life)
Succesful in our Qab’r (grave)
Successful in Yawm al Qiayamah (Judgement Day)
Allah is the Ultimate!
Allah is Everything!
“There is no god, except Allah” and “Muhammad is His
messenger”.
Tazkirah Ramadan by
Tazkirah Ramadan by
Category:
Photography,
Tazkirah Tauhid
Khamis, 25 Julai 2013
Apa Salahnya Berkain Pelikat, Berbaju Melayu?
SIRI RAMADAN
USAI BERBUKA dengan tamar & tiga jenis kuih muih di masjid, terus berwuduk dan mahu menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Sementara menantikan jemaah memenuhi ruang dewan solat, maza mengambil kesempatan. Takbiratulihram diangkat untuk menunaikan solat sunat qalbiah Maghrib. Elok rukuk, bilal melaungkan iqamat.
Selepas iktidal maza pun sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Selang mahu sujud itu, tiba-tiba . . . PRAKKK!!! Saat itu juga bilal tamatkan iqamat.
Apa lagi, segera maza meraba bontot untuk menentukan kebesaran 'kemusnahan' itu. Aduh! Bukan sedikit, ini sudah tahap "rabak". Nyata tak dapat dibendung lagi. Mujur baju kemeja yang dipakai dari pejabat itu sudah dikeluarkan dan menutupi punggung.
Lekas maza merangkak lalu bangkit. Maza toleh ke belakang. Beberapa kanak-kanak yang bersandar di dinding dan balik pintu mengulum senyuman yang ketat. Bersungguh menelan senyum itu demi menjaga air muka.
Uhuk! HAMPEH . . . !
Terus maza pulang ke rumah sambil buat-buat muka tidak bersalah. Terkeseng-keseng cuba melindungi bahagian belakang. Serentak dengan itu jemaah turut meluru beramai-ramai masuk ke dewan solat lalu berdiri berbaris membuat saf.
Sampai di rumah, langsung maza menggantikan seluar itu dengan kain pelikat dan berbaju Melayu. Selesai solat Maghrib di rumah, segera maza kembali ke masjid. Di sana maza terus duduk bersila tanpa sekelumit rasa bersalah; bersantap lauk berat-berat bersama jemaah sebelum waktu Isyak tiba dan solat tarawih didirikan.
Seingat maza, seluar slack ini baru berusia setahunjagung. Itu pun dibeli masa Ramadan tahun lalu. Memang hebat, seolah ia ada firasat, mohon maza menggantikan yang baharu. Huhuhu . . . macam-macam gelagat di bulan Ramadan ini, kan?!
Apa lagi, segera maza meraba bontot untuk menentukan kebesaran 'kemusnahan' itu. Aduh! Bukan sedikit, ini sudah tahap "rabak". Nyata tak dapat dibendung lagi. Mujur baju kemeja yang dipakai dari pejabat itu sudah dikeluarkan dan menutupi punggung.
Lekas maza merangkak lalu bangkit. Maza toleh ke belakang. Beberapa kanak-kanak yang bersandar di dinding dan balik pintu mengulum senyuman yang ketat. Bersungguh menelan senyum itu demi menjaga air muka.
Uhuk! HAMPEH . . . !
Terus maza pulang ke rumah sambil buat-buat muka tidak bersalah. Terkeseng-keseng cuba melindungi bahagian belakang. Serentak dengan itu jemaah turut meluru beramai-ramai masuk ke dewan solat lalu berdiri berbaris membuat saf.
Sampai di rumah, langsung maza menggantikan seluar itu dengan kain pelikat dan berbaju Melayu. Selesai solat Maghrib di rumah, segera maza kembali ke masjid. Di sana maza terus duduk bersila tanpa sekelumit rasa bersalah; bersantap lauk berat-berat bersama jemaah sebelum waktu Isyak tiba dan solat tarawih didirikan.
Seingat maza, seluar slack ini baru berusia setahun
Anakdot lantun-lantun oleh
Langgan:
Catatan (Atom)




