‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 3 Jun 2011

Hanya Kau Yang Tahu


Ha.. inilah novel terbaru dari Nekcun. Darling baru sahaja habis membacanya. Jarang sungguh maza melihat dia membaca novel, apatah lagi novel-novel cinta. Sampaikan kita bercakap dengan dia pun, dia tak dengar. khusyuk sungguh! Tesenyum-senyum, tersengih-sengih... bestlah tu... 

Habis baca, maza minta dia buat review, katanya best! Walaupun kisah cerita ni agak biasa tapi dialog-dialog romantis begitu romantiklah.... Dan yang paling penting, happy ending! Puas hati membaca. 

Cerita ini mengisahkan cinta antara seorang lelaki kaya raya dengan seorang kakitangan wanita di syarikat miliknya.

Kisah cinta bermula apabila mereka berdua membuat satu perjanjian bagi membantu lelaki kaya ini melepaskan diri dari genggaman seorang wanita yang menganggap dirinya adalah milik lelaki kaya tersebut.

Bermacam-macam telah berlaku, syak wasangka, cemburu, dendam, iri hati, kemarahan, rasa cinta dalam diam, usikan, namun akhirnya menjadikan permainan yang dirancang menjadi kenyataan.
bestnya kalau dapat bunga- kata darling; dah macam cerita Nora Ellena TV3 jam 7.00 malam setiap hari. 

Jadinya kengkawan janganlah lepaskan peluang untuk membaca novel ini. Pastinya banyak nostalgia, senyum kambing dan rasa cinta akan berputik segar.

Novel ini juga telah menjadi hadiah utama dalam contest Garden of Eden lalu. Di harap nanti pemenang hadiah buku nekcun (Kamisah Abu) dapat juga membuat review. ahaks...

Pendek kata, isteri maza kata, " lepas ni nak gi kedai bukulah, nak cari buku cerita " Huh! Cari buku novellah tu..

Khamis, 2 Jun 2011

Bir Halal sudah haram?!

***Nota penting (terkini): Majlis Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan minuman jenama Barbican  ini adalah halal dan boleh diminum oleh muslimin... (diwartakan di akhbar Harian Metro tarikh 26. Julai. 2011) - maklumat lanjut di sini (Bir halal sudah boleh diminum: Sohih)

Sabtu lalu (28 Mei 2011) telah heboh satu Malaya apabila Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengumumkan bahawa 'bir halal' kini menjadi haram apabila ujian makmal menunjukkan kandungan alkohol melebihi daripada yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Mereka mendakwa kandungan alkohol di dalam minuman yang diimport daripada negara timur tengah itu sebanyak 0.05%. Manakala kandungan alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ialah tidak melebihi 0.01%.

Minuman yang dimaksudkan mungkin ialah Barbican, minuman malta. Ia dikilangkan di UAE, Dubai. 


Kandungan alkhohol yang melebihi daripada sukatan yang disepakati oleh jumhur ulamak Malaysia sudah dikira sebagai minuman khimar yakni minuman yang memabukkan. Ini bermakna ia dikategorikan sebagai 'ARAK'. 

Arak adalah haram untuk diminum oleh orang-orang Islam. Malah barangsiapa yang meminum arak yang memabukkan boleh dihukum qisas disebat sebanyak 40 kali sebatan.

Hasil ujian makmal dan laporan daripada JAIJ itu membuatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sebuah agensi yang mengeluarkan sijil halal dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Islam, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengeluarkan kenyataan agar umat Islam tidak mengambil minuman ini untuk diminum sehinggalah ia benar-benar disahkan. 

Sementara itu Jakim melaporkan pengimport minuman tersebut tidak pernah mendapat atau diberikan sijil halal sebelum ini. Jakim juga tidak pernah bersetuju dengan cara pembungkusan dan pembotolan minuman tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails