‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 10 Mei 2010

Ada apa untuk mu, sayang?


(Gambar: Menjengah perkara yang lalu. Sayang, sayang, sayang.)

Sempena hari ibu ini maza nak ucapkanlah juga Selamat Hari Ibu kepada isteri maza. Dan sememangnya tidak dilupakan kepada ibu maza itu. (Ehh! mak tak tahu berinternet, camner nak baca entry ini ek? gasak ler...hehehehe).

Tak ketinggalan kepada ibu-ibu bloggers, "Selamat Hari Ibu".

Semalam maza telah meronda-ronda. Kami sekeluarga bersiar-siar melempias Petaling Jaya dan Sungai Buluh.

(Gambar: tenang dan rehat seketika)

Selepas itu maza membawa mereka ke e@curve, Kota Damansara. Dengan paksa rela mereka senyum-senyum keanak-anakan ikut serta melontar pin bowl di sana. hehehehe

Sebelum itu, kami makan-makan dulu. Bagi tenaga maaaa.. Pekena bakso, mee jawa dan gado-gado. Licin hingga tinggal sudu dan mangkuknya sahaja. hehehehe

(Gambar: makan-makan sambil cuci mata. Kerusi dan bangkunya mengingatkan maza pangkin di bawah perdu pokok manggis)

Di Facebook maza jumpa ungkapan comel dari kengkawan maza.

Jadi maza ingin sekali berkongsi dengan kengkawan lainnya. Belakang, untuk panduan maza juga, volleyyy?

(Gambar: Semua ibu itu perempuan. Tetapi bukan semua perempuan itu ibu)

"Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di mana jua berada..kepada yang masih memiliki insan yang bergelar "ibu" hargailah mereka selagi hayat masih anda. Buat arwah ibu tercinta ..sesungguhnya kasih sayangmu bak air mengalir yang tidak bertepi...masih basah mengisi ruang memori hidup ini... Al-Fatihah..amin!" (Saudara Saman bin Taib)

Pagi tadi tak semena-mena maza mendapat isyarat dari Chekdeenor. Apa lagi ada hadiah...

(Gambar: Bingkisa dari Chekdeenor)

Tapi bukan untuk maza, uhuk! Untuk orang rumah maza lah pulaks.

Tak mengapalah, maza terasa dihargai juga. hehehhe.. Lalu maza pun ambil hadiah itu dan panjangkan kepada isteri maza, volleyyy kanzz? hehehehehe


Sabtu, 8 Mei 2010

Pemberi Sesuap Nasi Dijulang Tinggi


(Motif entry ialah keindahan alam melalui paparan lensa maza
@ Langkawi.. hehehehhe)

(Gambar: Menghidupkan 'bumi yang mati')

Kita tahu perihal hadis mengatakan bahawa 9/10 sumber kekayaan adalah daripada perniagaan.

Namun begitu perniagaan umpama 'gula' yang dikerumun semut. Banyak semut mengidamkannya hingga berebut-rebut. Kemanisan kekayaan duniawi ini penuh cabaran. Hingga banyak juga kebejatan berlaku. Termasuklah penipuan, korupsi, perjudian dan pembunuhan.

Hasilnya, perniagaan juga berisiko tinggi untuk menjermuskan seseorang manusia ke kancah penjara neraka. Segalanya sejajar dengan risiko untung dan rugi.

(Gambar: 'Gagah bagai kerbau' falsafah Minangkabau)

Namun Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa hasil yang bersih adalah daripada titik peluh sendiri. Keringat yang bertaburan mencari rezeki lebih mulia daripada meminta-minta.

(Gambar: Itik gembo-gembo. Percintaan disaksikan orang ketiga)

Untuk itu, Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya sebaik-baik dan sebersih-bersih pendapatan itu ialah daripada "Pertanian".

Iaitu menggunakan daya upaya sendiri bercucuk tanam di atas tanah bidang luas terbentang. Berusaha membanting tulang untuk keberkataan hidup.


Sebutir nasi ibarat setitis keringat petani!

Bertani di tengah terik matahari. Peluh berjujuran mengalir membasah bumi. Tiada hati yang perlu disakiti. Tiada ringgit mahu diputar belitkan. Tiada helah mahu dikenakan.

Kecuali urat terus berceranggah; demi mencari, memberi dan mengisi perut insan-insan dunia ini.


Manakala kata mantan Perdana Menteri pula, "Pertanian adalah Perniagaan". Kata Pak Lah lagi hasil itu dibuatkan duit. Duit yang banyak dibuatkan pula modal. Dari modal diperbesarkan bendang. Pendapatan dari bendang yang luas dihimpun memarakan pendapatan negara. Akhirnya membela si pak tani tua yang miskin dari belenggu kedaifan.

Bercakap pasal marhain, pak tani tua itulah menjadi rujukan. Walhal korban dari susuk lusuh itu bukanlah sedikit. Uratnya menjalar. Betisnya mengejang. Kerongkongnya selalu kering. Segalanya di atas nama 'Sesuap Nasi'.

(Gambar: Terkedek-kedek pulang petang)

Buat Pak Tani di bendang Langkawi ini apa yang perlu ialah mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Hasil yang lebih itu nanti akan dijual di pasar.

Titik peluhnya bukan sahaja untuk menyuap mulut-mulut comel di rumah, tetapi juga mengisi perut manusia lainnya.


Terima kasih pak tani, tanpa usaha dan kederat mu, barangkali kami tidak bernadi dan bertenaga mahu membina nuklears keluarga. Pantas juga kami tidak berupaya berkereta, bermotor, bertelevisyen, radio dan internet. Juga negara menjadi pegun daripada membangun!


Khamis, 6 Mei 2010

Tak lekat di tangan...

(Gambar: Coklat dari Ghana ini dengan kepekatan 72% kandungan coklat berbanding creamer, gula dan tepung)

Kata orang tak lengkap kalau kita tak singgah dan beli coklat di Langkawi.

Sememangnya coklat di Langkawi dijual murah-murah belaka. Ini berikutan Langkawi telah disitiharkan sejak sekian lama sebagai pulau bebas cukai.

Sejajar dengan itu terdapat pelbagai jenis coklat terutama dari pengeluar antarabangsa yang ditawarkan di situ. Macam-macam ada. Yang tak pernah kita tengok pun ada.

Selain barangan coklat, terdapat kain batik, kereta, motorsikal berkuasa tinggi dan rokok juga dijual murah berbanding di semenanjung.

Terutama harga arak. Malah pelbagai jenis jenama dan botol turut dijual. Pembungkusan dan rekabentuk botol arak tersebut juga kelihatan menarik. Unik. Macam-macam bentuk, warna dan seksi.

Ada juga pengemar menyimpan botol arak. Macam kaki seni botol gak ler.. hehehehe.

Ada orang Melayu mengambil kesempatan membeli botol arak itu. Kata orang Melayu itu, dia beli botol arak tersebut kerana tertarik dengan seni tampak botol tersebut.. Err.. bab air di dalam itu, hmmm entalah! Maza tak tahu ler dia hendak buat apa. Kita tangkap bersangka baik sudahlah, ya kengkawan?...

Tetapi untuk membawa keluar segala barangan tersebut daripada pulau bebas cukai itu, ia dikenakan syarat yang ketat.

Kecuali coklat. Berguni-guni coklat pun tak apa dibawa keluar. Tapi kalau sudah berkontena, beratus-ratus tan, sudah tentulah dikenakan cukai kastam dan cukai jualan lorr.. heheheheh

cocoa
(Gambar: sekali digigit melekat ditekak weii... huhuhu)


Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah coklat. Kami memilih coklat yang jarang dan sukar didapati di semenanjung. Kalau setakat coklat yang biasa-biasa seperti coklat Nestle itu, boleh sahaja beli di gedung-gedung di KL lorr.. hehehhehe

Erk! coklat-coklat itu sudah lama ditelan oleh anak-anak maza. Jadi sebagai kenangan, saksikanlah gambar coklat itu ajelah, ya. heheheheh

Sambil itu maza mahu berpantunlah sedikit, ya kawan-kawan. "Cair di mulut, tak melekat di tangan...yummmy!" ....hehehehe...


Selasa, 4 Mei 2010

Adakah munasabah pergi Langkawi naik Basikal?





(Gambar: Ku kejar engkau di sana... Ku lambai wajah serupa...woo)

Dalam perjalanan ke Pulau Lagenda Langkawi itu, tiba-tiba maza terserempak dengan dua orang gadis yang baru pulang dari pekan Kuala Perlis.

Gadis ini mengingatkan zaman muda-mudi dahulu (macam ler aku dah tua sangat, kanzz?). Tatkala itu ramai gadis sunti di kampung maza berbasikal ke sekolah. Berdondong-dondong mereka berkayuh dengan berbaju kurung. Beg galas di sepit di tempat duduk belakang, atau diletakkan di bakul hadapan basikal.

Sambil bersaing-saing mengayuh basikal mereka bergurau. Gelak tawa, riang-ria memenuhi jalan sempit Kampung Kahang, Kluang, Johor.

(Gambar: Hey si gadis yang manis!)

Rasa-rasanya makcik-makcik blogger kita di sini masih mampukah mengayuh basikal lagi? Silap-silap haribulan boleh terpeleot* segala tulang sendi di kaki....hehehhehe

kamus maza
terpeleot* - tergeliat, terpeletok, sendi lari disebabkan karatan kolestrol. hehehehhe

Isnin, 3 Mei 2010

Dia datang dari Jalan Kilang Ais.


(Gambar: Pemandangan indah Langkawi di atas Gunung Mat Cincang)

April 27- Mei 2, 2010 - Seminggu maza menghilang. Blog juga terbiar tergendala tidak berjaga. Tetapi kengkawan janganlah bimbang. Maza tidaklah merajuk atau sudah 'cemuih' (jemu) berblog. Cuma maza hendak berehat-rehat sambil cuti-cuti Malaysia.

Kali ini maza ke Langkawi untuk kali keduanya. hehehehhe

(Gambar: Antara pintu masuk ke Galeri Perdana, Langkawi, Kedah)

"Pemimpin ialah orang yang memimpin. Bukannya orang yang dipimpin."

Bidalan di atas diungkap oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat. Siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Muhammad pada suatu ketika dahulu.

(Gambar: Menghargai tatkala masih ada, masih tampak, masih boleh diraba)

Maza yakin dan percaya, ramai daripada kita adalah produk di zaman era pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Kita membesar, remaja dan dewasa di bawah pimpinan beliau.

(Gambar: Nasrun cuba mengecam wajah Tun Dr. Mahathir)

Menjadi pemimpin perlukan karisma. Tetapi bukanlah di kelilingi oleh manusia seksi seperti Karisma Kapoor! aderkkkk....

maza memperkenalkan kepada anak-anak perihal peribadi seorang pemimpin. Pemimpin agung ialah pemimpin yang punyai akal, sikap dan tindakan agung juga.

(Gambar: Dicemuh adalah asam garam seorang pemimpin)

Untuk menjadi pemimpin agung pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Tidak kira diherdik, dimaki atau dipuji. Apa yang penting ialah matlamat dan strategi. Semenjak kehadiran Tun Mahathir sebagai Pemimpin nombor wahid di Malaysia, beliau telah banyak membawa perubahan. Paling ketara ialah Jiwa Hamba kepada Jiwa Tuan!

Di Galeri Perdana yang memaparkan himpunan anugerah, pemberian dan cenderhati dari dalam dan luar negara yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir itu menjadi pilihan destinasi kali ini.

Seperkara lagi, pemimpin bukanlah hanya dibuat galeri tetapi sebuah institusi yang dibawahnya tempat naungan anak buah mereka.

Puas membelek di Galeri Perdana, Langkawi, kami singgah pula ke Jalan Kilang Ais. Ia berhampiran Jalan Pegawai di Alor Star.

(Gambar: Nasrun sedang mengeja batu tanda Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Muhammad di Jalan Belakang Kilang Ais, Alor Setar, Kedah)

Di sana maza membawa anak-anak maza menjejaki teratak kelahiran Tun Dr. Mahathir.

Di sini kami dapat menyoroti kehidupan lampau masyarakat Melayu. Terutama Melayu di Kedah. Juga permulaan dan perjuangan Tun Dr. Mahathir dari didikan awal hinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia.


(Gambar: Reka bentuk struk rumah kelahiran Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, Perdana Menteri Malaysia keempat)

Buat Tun Dr. Mahathir, jasamu tetap dikenang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails