‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 26 Julai 2018

MUSIM BUAH MANGGIS

Hitam-hitam setompok manggis

Mengikut  FAMA, pada musim dan bulan ini (Julai 2018) merupakan musim buah kayu yang paling meriah setelah beberapa tahun mengalami kemorosotan. 

Rata-rata di media sosial (medsos) melaporkan pesta buah-buahan tempatan terutamanya lambakan buah durian. Berikutan itu, harga buah durian runtuh sama seperti runtuhnya durian dari pokok. Ramai penduduk negara ini mampu menikmati durian sepuas-puasnya. 

Durian kampung

Mereka yang mempunyai kampung mulai berpesta buah-buahan dengan pulang ke kampung, walhal bulan Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya.

Menurut kata salah seorang pengarah FAMA ketika diwawancara dalam rancangan WANITA HARI INI, TV3 (24 Julai 2018), fenomena ini terjadi berikutan faktor cuaca yang cukup baik untuk perkembangan buah-buahan tempatan. 

Pak Busu Azali sedang menyorong buah manggis dari dusun sebarang jalan sana

Pada kali ini Maza mahu berkongsi beberapa keping gambar tentang kemeriahan musim buah-buahan ketika Maza pulang ke kampung baru-baru ini. Fokus kali ini ialah berkenaan manggis pula. 

Seputar 30 tahun lalu, keluarga Maza mempunyai dusun. Letaknya di hadapan rumah, seberang jalan dan taliair.

Nasrun dan Aqlan sedang meniti sambil membawa sebaldi buah manggis

Manggis muda

Arwah ayah dan datuk telah menanam pelbgai jenis buah-buahan tempatan dengan pelbagai jenis baka. Antara baka yang terdapat di situ ialah rambutan kahwin, rambutan gula batu, rambai, manggis, durian, kelapa pandan, kelapa kuning, mangga, durian belanda, petai, kerdas, jering, jambu bal, jambu air, jambu batu dan macam-macam lagi. 

Putih melepak isi manggis

Terasa manismya manggis

Hari ini dusun tersebut telah berubah wajah. Banyak tanam-tanaman itu telah mati berikutan faktor usia, banjir dan terpaksa ditebang berikutan perlu memberikan laluan kepada penanaman semula pokok getah dan padi. 

Hanya tinggal beberapa batang pokok manggis, kelapa dan pokok petai jantan. Mujur juga bersisa, jika tidak, cucu-cucu yang berderet-deret ini tidak merasalah. hahaha 

Lambakan manggis

Ketika Maza berusia remaja (sekarang baru berusia remaja dewasa, hik hik), pernah memanjat pokok manggis sehingga ke pucuk dan hujung dahan. Memetik manggis dengan tangan dan sekali sekala menggunakan kayu sepanjang lebih kurang tiga kaki. 

En. Ghani begitu khusyuk dan tawaduk. Jolok apa tu bang?

Maza juga biasa makan buah-buahan itu di atas pokok dan tidur di dahannya. Sambil-sambil itu sempat juga merancang masa depan dan 'berangan' (hahaha) di atas pokok


En. Ghani menyeringai kegirangan setelah berjaya menjolok dan meluruhkan manggis yang masak.

Jikalau hari ini diminta Maza memanjat pokok manggis, Maza khuatir tak sempat dipanjat, pokok itu pula yang tumbang (hahaha)


Nukilan lantun-lantun



GAYUNG

Sewaktu dahulu, gayung digunakan dengan meluas. Antara tujuan gayung ialah menceduk air dalam tempayan, mandi, bersuci dan cebok. 

Gayung juga digunapakai di masjid-masjid untuk mengangkat wuduk di dalam kolah atau kolam yang disediakan. 

Pada waktu kecil, saya pernah bermain dengan gayung ini yang dijadikan kapal. Baru-baru ini pada 26 Julai 2018 dilancarkan filem PULANG

Filem PULANG mengisahkan cerita benar tentang cinta seorang kelasi kapal yang merantau dan berdagang.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails