Hitam-hitam setompok manggis |
Mengikut FAMA, pada musim dan bulan ini (Julai 2018) merupakan musim buah kayu yang paling meriah setelah beberapa tahun mengalami kemorosotan.
Rata-rata di media sosial (medsos) melaporkan pesta buah-buahan tempatan terutamanya lambakan buah durian. Berikutan itu, harga buah durian runtuh sama seperti runtuhnya durian dari pokok. Ramai penduduk negara ini mampu menikmati durian sepuas-puasnya.
Mereka yang mempunyai kampung mulai berpesta buah-buahan dengan pulang ke kampung, walhal bulan Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya.
Menurut kata salah seorang pengarah FAMA ketika diwawancara dalam rancangan WANITA HARI INI, TV3 (24 Julai 2018), fenomena ini terjadi berikutan faktor cuaca yang cukup baik untuk perkembangan buah-buahan tempatan.
Pada kali ini Maza mahu berkongsi beberapa keping gambar tentang kemeriahan musim buah-buahan ketika Maza pulang ke kampung baru-baru ini. Fokus kali ini ialah berkenaan manggis pula.
Seputar 30 tahun lalu, keluarga Maza mempunyai dusun. Letaknya di hadapan rumah, seberang jalan dan taliair.
Arwah ayah dan datuk telah menanam pelbgai jenis buah-buahan tempatan dengan pelbagai jenis baka. Antara baka yang terdapat di situ ialah rambutan kahwin, rambutan gula batu, rambai, manggis, durian, kelapa pandan, kelapa kuning, mangga, durian belanda, petai, kerdas, jering, jambu bal, jambu air, jambu batu dan macam-macam lagi.
Nasrun dan Aqlan sedang meniti sambil membawa sebaldi buah manggis |
Manggis muda |
Arwah ayah dan datuk telah menanam pelbgai jenis buah-buahan tempatan dengan pelbagai jenis baka. Antara baka yang terdapat di situ ialah rambutan kahwin, rambutan gula batu, rambai, manggis, durian, kelapa pandan, kelapa kuning, mangga, durian belanda, petai, kerdas, jering, jambu bal, jambu air, jambu batu dan macam-macam lagi.
Putih melepak isi manggis |
Terasa manismya manggis |
Hari ini dusun tersebut telah berubah wajah. Banyak tanam-tanaman itu telah mati berikutan faktor usia, banjir dan terpaksa ditebang berikutan perlu memberikan laluan kepada penanaman semula pokok getah dan padi.
Hanya tinggal beberapa batang pokok manggis, kelapa dan pokok petai jantan. Mujur juga bersisa, jika tidak, cucu-cucu yang berderet-deret ini tidak merasalah. hahaha
Ketika Maza berusia remaja(sekarang baru berusia remaja dewasa, hik hik), pernah memanjat pokok manggis sehingga ke pucuk dan hujung dahan. Memetik manggis dengan tangan dan sekali sekala menggunakan kayu sepanjang lebih kurang tiga kaki.
Lambakan manggis |
Ketika Maza berusia remaja
En. Ghani begitu khusyuk dan tawaduk. Jolok apa tu bang? |
Maza juga biasa makan buah-buahan itu di atas pokok dan tidur di dahannya. Sambil-sambil itu sempat juga merancang masa depan dan 'berangan'
En. Ghani menyeringai kegirangan setelah berjaya menjolok dan meluruhkan manggis yang masak. |
Jikalau hari ini diminta Maza memanjat pokok manggis, Maza khuatir tak sempat dipanjat, pokok itu pula yang tumbang (hahaha).
Nukilan lantun-lantun