‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 28 Ogos 2014

Tema Hari Kebangsaan ke-57 tahun 2014

Entry ringkas sempena Hari Kebangsaan ke-57 tahun 2014.

Hari Kebamgsaan ke-57, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tidak asing lagi, setiap kali munculnya 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Kebangsaan. Kali ini Hari Kebangsaan berusia ke-57.

Tema Hari Kemerdekaan 2014 ialah Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Pada tahun ini negara kita telah banyak diuji. Demikianlah juga dengan kesetiaan rakyatnya. Justeru mengambil semangat patriotik dari tema lagu arwah Sudirman Haji Arshad bertajuk Di Sini Bermulalah Sebuah Cinta, maza turut menukilkan sebuah poster untuk menyatakan semangat cintakan negara.


Semoga tanah air ini sentiasa mendapat barakah dan selamat.

Untuk itu, maza mengabadikan potret berikut yang gambar latarnya maza rakamkan di Sungai Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Selamat Hari Kebangsaan...
Merdeka!

Rabu, 13 Ogos 2014

Contengan Stroke


Seawal usia remaja (umur 10-13 tahun) maza pernah bercita-cita hendak menjadi kartunis.  Puncanya kerana terpengaruh dengan fenomen majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd. Antara kartunis dan watak kartun yang maza kagumi ialah Ujang.

Maza juga pernah membuat "papan cerita" dan mempunyai buku kartun rekaan sendiri. Hobi ini turut dikongsikan bersama adik, Mohammad.

Hari ini sambil-sambil menyelenggara tugasan rutin dan merehatkan minda, maza sering meluahkan minat terpendam itu ke atas kertas lusuh. Beberapa contengan "stroke " tiada nilai komersial terukir. 


Maza juga menggunakan helah contengan stroke ini untuk menghiburkan hati anak-anak yang semakin menginjak dewasa.

Minat dalam seni lukis turut dimanfaatkan ke atas seni fotografi yang maza geluti sekarang.

Sungguhpun begitu, smaza bukanlah pelukis handalan. Pernah ketika di tingkatan dua (atau tiga, tahun 1989/90) maza tidak lulus ujian lukisan. Cikgu Miszalin Lin telah menolak markah kertas ujian itu yang sedia "nyawa-nyawa ikan" gara-gara membuat bising di dalam kelas. Uhuk!

~Amacam? Ammak satu kali~

Kikiki....

Jumaat, 8 Ogos 2014

Maza Menteri Nikah Kahwin

Dengan bersongkok saya menuruni anak tangga untuk ke medan selera di tingkat dua. Bukannya selalu saya menuruni tangga untuk ke situ, malah teramat jarang menemukan manusia menggunakan tangga tersebut.
   

Kali ini saya menggatal mahu menuruni mata tangga dengan tujuan membakar kalori yang telah terhimpun lama semenjak Aidilfitri lalu.

Sedang saya menjejak anak tangga satu persatu, tiba-tiba terperanjat dengan teriakan, "Jais! Jais! Jais!".

Sepantas itu juga, saya menoleh ke belakang. Namun tiada sesiapa.

Saya kehairanan dan memandang semula kepada pasangan anak muda yang mula bergegas. Tergesa-gesa bingkas. Entah apalah yang mereka buat di situ tadinya.

"Eh! Saya bukan Jais." saya menjelaskan.

Pasangan muda mudi tidak jadi melarikan diri, lalu berpaling, "Iya, udah gitew, percuma dong. Sangkanya si JAIS; Jabatan Agama Islam Selangor. Tapi ya udah, rupanya ya seperti Pak Ustaz, Menteri Nikah Kahwin."

"Pulak?!" saya mengangkat bahu dan mempamerkan wajah terkesima.

Sebetulnya saya sudah lama tidak memakai pakaian seperti itu, bersongkok dan berbaju kemeja.

Kejadian ini menyebabkan saya terimbau kembali kenangan ketika menuntut di Sekolah Khas Agama Rakyat, Kahang, Johor. Tidak lupa juga peristiwa di Pejabat Kadi Kluang ketika Naib Kadi meluru ke arah saya sambil menghulurkan tangan hendak berjabat salam kemudian menegur sopan, "Assalamualaikum, tuan syeikh Kadi. Sudah lama menunggu. Apa yang boleh saya bantu?"

Pada hal ketika itu saya ke Pejabat Kadi hendak mengambil borang nikah dan untuk ditemuduga perkahwinan.

nota penafian; Sahih, saya bukan Menteri Nikah Kahwin, juga bukan Musang Berjanggut daaa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails