‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 8 Ogos 2014

Maza Menteri Nikah Kahwin

Dengan bersongkok saya menuruni anak tangga untuk ke medan selera di tingkat dua. Bukannya selalu saya menuruni tangga untuk ke situ, malah teramat jarang menemukan manusia menggunakan tangga tersebut.
   

Kali ini saya menggatal mahu menuruni mata tangga dengan tujuan membakar kalori yang telah terhimpun lama semenjak Aidilfitri lalu.

Sedang saya menjejak anak tangga satu persatu, tiba-tiba terperanjat dengan teriakan, "Jais! Jais! Jais!".

Sepantas itu juga, saya menoleh ke belakang. Namun tiada sesiapa.

Saya kehairanan dan memandang semula kepada pasangan anak muda yang mula bergegas. Tergesa-gesa bingkas. Entah apalah yang mereka buat di situ tadinya.

"Eh! Saya bukan Jais." saya menjelaskan.

Pasangan muda mudi tidak jadi melarikan diri, lalu berpaling, "Iya, udah gitew, percuma dong. Sangkanya si JAIS; Jabatan Agama Islam Selangor. Tapi ya udah, rupanya ya seperti Pak Ustaz, Menteri Nikah Kahwin."

"Pulak?!" saya mengangkat bahu dan mempamerkan wajah terkesima.

Sebetulnya saya sudah lama tidak memakai pakaian seperti itu, bersongkok dan berbaju kemeja.

Kejadian ini menyebabkan saya terimbau kembali kenangan ketika menuntut di Sekolah Khas Agama Rakyat, Kahang, Johor. Tidak lupa juga peristiwa di Pejabat Kadi Kluang ketika Naib Kadi meluru ke arah saya sambil menghulurkan tangan hendak berjabat salam kemudian menegur sopan, "Assalamualaikum, tuan syeikh Kadi. Sudah lama menunggu. Apa yang boleh saya bantu?"

Pada hal ketika itu saya ke Pejabat Kadi hendak mengambil borang nikah dan untuk ditemuduga perkahwinan.

nota penafian; Sahih, saya bukan Menteri Nikah Kahwin, juga bukan Musang Berjanggut daaa.
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails