‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 18 Julai 2014

Bencana MH17, Malaysia di ambang konflik antarabangsa



Tahun 2014 penuh kegetiran dan Malaysia dilanda musibah lagi. Belum pun selesai isu kehilangan pesawat MAS MH370, kini dihadap pula dengan syarikat penerbangan negara kehilangan kapal terbang Boeing 7777 sekali lagi. Kali ini giliran penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke ibu negara Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine dan Russia.

Kesemua penumpang dan anak kapal MH17 seramai 298 orang terkorban dan kapal itu berkecai terkena bedilan peluru berpandu (missile).

Beberapa hari sebelum peristiwa MH17, Malaysia digemparkan dengan isu penculikan. Kritikalnya isu ini melibatkan seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian serangan ke atas anggota keselamatan di Pulau Mabul oleh kumpulan pengganas Selatan Filipina. Manakala rakannya diculik. 

Berikutan peristiwa itu Sabah diletakkan dalam keadaan "amat berjaga-jaga" kerana terdapatnya amaran pencerobohan gerakan militan dari Filipina itu. Berkemungkinan juga perintah berkurung akan dikuatkuasakan serta merta dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan bersiap siaga.

Retetan segala peristiwa yang melanda itu menyebabkan rakyat hidup dalam keresahan. Debaran sentiasa muncul. Lepas satu, muncul satu lagi musibah melanda.

Nampaknya tahun 2014, anak mata dunia benar-benar menyorot pemerhatiannya ke atas Malaysia. Konflik antarabangsa tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia perlu berwaspada kerana sedang mengukir sejarah dan nama. 

Sementelah berada di sepuluh Ramadan terakhir yang lailatulqadar dikatakan bakal menjelma pada malam-malam terakhir bulan puasa, maka disarankan agar kita sama-sama mengambil kesempatan untuk meningkatkan ibadah mencari malam istimewa tersebut. Dalam masa sama perbanyakkanlah doa untuk keselamatan diri, keluarga dan negara. Mohon perlindungan Allah Aza Wajalla daripada musyibah, bencana, malapetaka dari melanda diri, keluarga dan negara. 

Oleh sebab malam tujuh likur sudah begitu hampir, ditambah pula hari ini Jumaat, maka maza mahu ucapkan selamat pulang ke kampung dan selamat membeli belah untuk persiapan raya. Jadi, tenanglah jiwa, tarik nafas dalam-dalam, tak lama lagi raya derrr.... kikikikikamaru$#%@&^

Khamis, 17 Julai 2014

Wanita mengamuk hilang pedoman, Kak Long Stering Lock Kawasan, Kiki Kamaruddin meminta maaf


Bersabarlah dengan sabar yang INDAH

Wanita pembuli, wanita biadap dan sebagainya dirujuk kepada kes video wanita pembuli jalanan yang telah menjadi viral. Berbagai tajuk video diberikan antaranya ialah "Wanita Mengamuk Hilang Pedoman" dan "Kak Long Steering Lock Kawasan." 

Kisah bermula apabila berlaku kemalangan antaran kereta Peugoet 208GTI bernombor pendaftaran CDM 25 dan kereta Toyota. 

Kereta Toyota milik warga emas berbangsa Cina dengan tidak sengaja melanggar "bumper" kereta Peugeot 208GTI CDM 25 kepunyaan Cik Kiki Kamarudin di persimpangan jalan berhampiran  pasaraya Kamdar di Kuantan, Pahang. 

Akibatnya Cik Kiki Kamaruddin meradang dan gagal mengawal perasaan. Cik Kiki Kamaruddin telah menyerang dan merampas kunci kereta dan "steering lock" apek bernama Sim Siok Hong seorang pesara kerajaan. Sikap marahnya menjadi-jadi dengan mengherdik, mengetuk-ngetuk hingga merosakan kereta milik pak cik tua tersebut dengan "steering lock" meskipun berulangkali pak cik Sim memohon maaf dan menyatakan sedia membayar pampasan. Tanpa mempedulikan kata-kata En. Sim, Kiki telah melontarkan perkataan kesat "stupid" dan perkauman "Cina".  Cik Kiki Kamaruddin turut meminta bayaran pada masa itu juga dengan jumlah RM2,000 sebagai justifikasi bahawa keretanya adalah kereta baharu bernombor pendaftaran CDM 25 (dua digit). 

Dalam hal ini tindakan kurang cerdik dan sabar Cik Kiki Kamaruddin dikategorikan sebagai tindakan keganasan, mengugut dan mengancam keselamatan orang. Malahan beliau kini dituduh wanita garang dan pembuli jalanan.

Tragedi ini telah dirakamkan oleh seorang pengguna jalan raya  perihatin berbangsa Cina yang kemudiannya memuatnaik ke Facebook. Akhirnya video tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia dan menilai perbuatan Kiki Kamaruddin sebagai perbuatan biadap terhadap orang tua. Arakian bermulalah tindakan melontarkan cemuhan dan komen negatif ke atas laman FB Kiki sendiri hinggalah serangan siber dilancarkan dengan maklumat peribadi Cik Kiki Kamaruddin dipecah, ceroboh dan didedahkan.

Tidak kurang ada komentar yang mengugut Kiki Kamaruddin. Sesetengah pengomen melontarkan kata-kata kejian, makian, hinaan kepada Kiki. Dalam masa sama terdapat segelintir yang cuba memberikan nasihat, pedoman dan cuba melindungi tindakan Kiki tersebut. 

Khuatir dengan tindakan melampau orang ramai, Cik Kiki memohon maaf kepada masyarakat dan meminta video tersebut tidak disiarkan lagi serta dikeluarkan dari dalam laman web. Begitu juga meminta agar tidak mengaitkan kesilapan itu dengan keluarga, anak-anak dan perniagaan Rangkaian Kerja Kahwin Sdn. Bhd yang diusahakannya.

Muktahir ini Pak Cik Sim mengatakan beliau telah memaafkan tindakan keterlaluan Cik Kiki dan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atasnya. Dalam masa sama, Cik Kiki Kamaruddin telah memohon maaf kepada Pak Cik Sim dengan nada kesal dan sedih. Kiki Kamaruddin merentasi dari satu stesyen radio ke stesyen radio milik swasta (ASTRO - THR, ERA, Mix FM) untuk meminta dan menyatakan maaf tersebut kepada En. Sim dan masyarakat.

Sungguhpun Pak Cik Sim enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang kerana beliau percaya dengan ajaran agamanya (Kristian Katholik) yang meminta beliau bersabar dan menjadi seorang pemaaf. Sebaliknya pihak Polis Diraja Malaysia akan tetap mengambil tindakan di atas sikap buli, mengancam dan mengugut wanita itu.

Pengajaran

  1. Bersabar dan bertenang walau apapun situasi di alami. Jangan ikutkan emosi dan melampaui batas sebab padahnya amat buruk. 
  2. Hormatilah orang tua walaupun berlainan agama, bangsa dan negara.
  3. Sikap sabar, budi dan akhlak yang baik, tidak merugikan malah meningkatkan darjat serta maruah peribadi.
  4. Jangan sombong dan angkuh dengan apa yang ada. Ingatlah Iblis asalnya malaikat akhirnya dilaknat Allah SWT gara-gara sombong terhadap Adam a.s.
  5. Memaafkan tatkala berkuasa mengambil tindakan adalah tindakan paling mulia dan sememangnya diajarkan oleh Nabi SAW. Contohilah akhlak Pak Cik Sim yang baik ini.
  6. Betapa rapuhnya sistem maklumat peribadi hari ini sehingga hanya sekejap sahaja seantero dunia boleh tahu maklumat orang yang dikehendaki. Namun dari sisi yang positif pula, kita perlu beringat bahawa di dalam dunia lagi begitu mudah orang menjejaki orang yang dikehendaki, apatah pula di akhirat kelak yang mana buku amalan akan dibentangkan di hadapan kita untuk dihisap.
  7. Tindakan melampau adalah tindakan yang tidak membawa keuntungan pun, malah boleh memakan diri.
Sepekara yang maza kenangkan ialah dalam kemelut yang dihadapi ini telah banyak memberi pengajaran dan teguran terhadap sikap dan akhlak kita. Sungguhpun musibah sebegini kelihata begitu jelek tetapi tersemat hikmahnya. Setidak-tidaknya menegur sikap sebenar setiap individu. Seharusnya juga Kiki Kamaruddin menginsafi dan berasa syukur kerana nikmat Allah SWT diberikan ke atasnya. Dengan kejadiaan ini Allah SWT telah menegur sikap kita dengan pelbagai dugaan dan perkara sebegini. Setidak-tidaknya kita masih sempat untuk insaf dan kembali ke pangkal jalan. 

Dalam masa sama, janganlah kita melakukan kerosakan yang sama dengan tidak putus-putus melemparkan kata makian, kejian dan hinaan kepada pesalah sedangkan beliau sudah bertaubat dan meminta maaf. Malah janganlah pula kita melampaui batas dalam menilai sesuatu peristiwa itu. 

Sekian, wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails