Tahun 2014 penuh kegetiran dan Malaysia dilanda musibah lagi. Belum pun selesai isu kehilangan pesawat MAS MH370, kini dihadap pula dengan syarikat penerbangan negara kehilangan kapal terbang Boeing 7777 sekali lagi. Kali ini giliran penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke ibu negara Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine dan Russia.
Kesemua penumpang dan anak kapal MH17 seramai 298 orang terkorban dan kapal itu berkecai terkena bedilan peluru berpandu (missile).
Beberapa hari sebelum peristiwa MH17, Malaysia digemparkan dengan isu penculikan. Kritikalnya isu ini melibatkan seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian serangan ke atas anggota keselamatan di Pulau Mabul oleh kumpulan pengganas Selatan Filipina. Manakala rakannya diculik.
Berikutan peristiwa itu Sabah diletakkan dalam keadaan "amat berjaga-jaga" kerana terdapatnya amaran pencerobohan gerakan militan dari Filipina itu. Berkemungkinan juga perintah berkurung akan dikuatkuasakan serta merta dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan bersiap siaga.
Retetan segala peristiwa yang melanda itu menyebabkan rakyat hidup dalam
keresahan. Debaran sentiasa muncul. Lepas satu, muncul satu lagi
musibah melanda.
Nampaknya tahun 2014, anak mata dunia benar-benar menyorot pemerhatiannya ke atas Malaysia. Konflik antarabangsa tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia perlu berwaspada kerana sedang mengukir sejarah dan nama.
Sementelah berada di sepuluh Ramadan terakhir yang lailatulqadar dikatakan bakal menjelma pada malam-malam terakhir bulan puasa, maka disarankan agar kita sama-sama mengambil kesempatan untuk meningkatkan ibadah mencari malam istimewa tersebut. Dalam masa sama perbanyakkanlah doa untuk keselamatan diri, keluarga dan negara. Mohon perlindungan Allah Aza Wajalla daripada musyibah, bencana, malapetaka dari melanda diri, keluarga dan negara.
Oleh sebab malam tujuh likur sudah begitu hampir, ditambah pula hari ini Jumaat, maka maza mahu ucapkan selamat pulang ke kampung dan selamat membeli belah untuk persiapan raya. Jadi, tenanglah jiwa, tarik nafas dalam-dalam, tak lama lagi raya derrr.... kikikikikamaru$#%@&^