‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 12 Jun 2014

TOK GURU DAN PELAJAR YANG MANJA

Abstrak

Seorang tok guru mengadu bahawa hari ini ramai kaum lelaki dewasa enggan pergi ke kelas-kelas untuk belajar ilmu agama. Konflik berlaku apabila si isteri pergi ke kelas pengajiannya dan menegur kesilapan suami sedangkan suami tidak mahu menerima dan tidak pula menghadirkan diri ke kelas tersebut. Jika ada pelajar dewasa mendaftar di kelas beliau, mereka terlalu manja sehingga segala-galanya mahu "disuap" dengan menyuruhnya memuat naik (upload) syarahannya ke Youtube.  



Artikel

Berbeza pada zaman Nabi, bahkan Nabi adalah guru kepada sekalian manusia, tidak pula berkata kepada pelajarnya bahawa mereka itu manja. Malah Nabi SAW sendiri apabila berkesempatan akan menziarahi ke tempat anak murid dan menyantuninya tanpa ada sikap keluh kesah. Malahan, jarang benar Nabi SAW menolak pelawaan dan ajakan para pelajarnya (para sahabatnya) untuk datang ke rumah atau ke tempat mereka bagi menyampaikan ilmu (risalah). Maka sudah tentu dalam hal ini Nabi SAW mencotohkan cara mengajar dan menjadi anak murid yang sepatutnya ketika menuntut ilmu dan berdakwah. Formula utama yang ditekankan ialah "ikhlas" apabila melakukan kerja-kerja murabi; tabligh atau dakwah iaitu menyampaikannya aqidah dan syariat pada jalan sidek, amanah dan fatonah.

Dahulu senario seseorang pelajar yang mencari ilmu adalah untuk menjadi pandai, bijaksana dan kuat, tetapi sekarang fenomena tersebut sedikit berubah iaitu kepada mencari ilmu untuk makan, pakai, bernafas, dan hidup. Hal ini juga terpakai kepada para astiazah dan murabi moden terutama mereka yang berada di bangku-bangku Universiti dan graduan-graduan baru keluar bakal penganti pemimpin, ilmuan dan ulama.

Dewasa ini tuntutan hidup telah dipenjarai dengan hambatan materi; wang untuk makan, pakai, hidup, musafir, bermastautin, kahwin. Hinggakan menuntut ilmu juga perlukan pitis (Ringgit Malaysia). Jika dahulu, tok-tok guru mengajar bersandarkan kata nama "ikhlas dalam menyebarkan ilmu". Sebagai balasan di atas kesudian tok guru mengajar, para pelajar akan membawakan setandan pisang, sebaldi manggis, segantang beras, seikat rambutan, mengemas laman rumah guru, bercucuk tanam di kebun guru atau membantu guru mengangkat air di kali. Apabila tiba saat "penganugerahan ijazah" (tamat mengaji), tok guru itu akan disanjung tinggi dengan pemberian hadiah istimewa (sekadar termampu) seperti sepersalinan pakaian, pulut kuning dan ayam golek.

Cuma pada zaman itu ada sedikit kekurangan. Rata-rata tok guru berwajah "singa" (garang/bengis). Hal ini membuatkan maza tertanya-tanya, perlukah tok guru bersikap sedemikian rupa dan apabila di kemudian hari, tok guru yang sudah berusia itu juga mengharapkan balasan istimewa daripada anak didiknya itu; penghargaan dan penghormatan istimewa. Pada hal, tatkala tok guru mendidik si anak murid tersebut, sedikit sangat akhlak bersedekah senyuman ajaran Nabi Muhammad SAW itu diamalkan dalam kelas.

Membesar di akhir tahun 70-an berbanding era globalisasi hari ini telah membuatkan perbezaan begitu melebarkan. Terutama soal "kepentingan wang".

Dewasa ini kewangan jugalah kayu ukur penentu keupayaan capaian mendapat ilmu. Malah tok-tok guru juga terpaksa menggali dan memongkes (mengumpul) wang untuk makan, mencari makan dan memberi makan.

Hakikat perit tersebut perlu ditelan dan sepatutnya tidak ada istilah pelajar manja, terutama kepada golongan dewasa yang hendak mengaji atau belajar. Apatah lagi bidang yang dituntut itu ialah ilmu-ilmu fekah, aqidah, syariat, hakikat, dakwah dan makrifat. Malahan, hendak mencari anak murid yang benar-benar ikhlas dan mahu  mendalami ilmu-ilmu agama boleh dibilang dengan jari (segelintar/minoriti). Fenomena ini berkaitan rapat dengan soal wang untuk makan, pakai dan hidup sepertimana dinyatakan pada awal tadi. Bahkan tok guru dan para ustaz juga perlukan wang, begitu juga dengan pelajar dewasa.

Jangan lupa pelajar-pelajar dewasa turut mempunyai cabaran besar sementelah menjadi tunggak kepada keluarga (pencari rezeki). Semakin dewasa mereka itu semakin banyak komitmen yang perlu ditanggung. Fungsi mereka sudah berubah dan banyak waktu santai perlu dikorbankan dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang mendatangkan nafkah keluarga; nafkah zahir dan batin. Tenaga muda yang bersisa itu digunakan dengan optimum untuk mencari keperluan hidup; banyak bil-bil perlu ditanggung. Malahan pendidikan di negara ini rata-ratanya tidak percuma malah dijual. Kekangan kos hidup seumpama ini menyebabkan mereka tidak mampu mengadap wajah tuan guru, ustaz dan astihazah berlama-lamaan, apatah lagi untuk menekeuni mereka selama berjam-jam. Kecualilah jika tok guru itu boleh mendatangkan "halwa dan salwa" dari langit, barangkali orang-orang dewasa ini boleh berteleku di hadapan mereka berlama-lamaan tanpa menghiraukan segala bil dan kos kehidupan tersebut.

Syukurlah ada kemajuan teknologi. Dunia informasi menjadi mudah diakses. ICT berkembang pesat dari komputer, telefon bimbit, TV HDR, dapur degital sehinggalah ke kenderaan. Pendek kata meliputi urusan kehidupan harian. Dunia mengecil menjadi perkampungan, maklumat cuma di hujung jari. Justeru, kaedah berdakwah, mendidik dan mengajar oleh tok-tok guru dan astiazah perlu mengikuti trend semasa. Berubah, sesuai dengan konsep "berdakwah di mana jua berada, pada apa jua mediumnya". Gunakanlah segala kemudahan yang Allah SWT datangkan untuk kebaikan dan dakwah.

Sekiranya murabi, astiazah, ustaz dan segala apa gelaran para pendidik dan cendiakawan bijak menyalurkan (channel) informasi ilmu mereka dengan menggunakan medium komunikasi yang berkesan seperti tv, youtube, web, atau apa sahaja jenis teknologi audio visual yang ada zaman ini, soal orang dewasa tidak mahu ke kelas atau seminar agama atau belajar fardu ain dapat di atasi. Apa yang mustahak ialah kemudahan capaian ilmu boleh dibuat di mana-mana tanpa menantikan atau tinggal dalam kelas atau mengadap tok-tok guru berlama-lamaan. Boleh sahaja kita gunakan istilah bertalaqi secara video persidangan, skype, Facebook, Yahoo Messenger, Video Live dan sebagainya. Jika dikatakan kaedah bertalaqi cara itu kurang mujarab, maka carikanlah jalan agar sidang interaktif tersebut menjadi berkesan dan produktif.

Apa yang penting dalam hal ini ialah sikap tolak ansur dan ikhlas. 

Jika kesemua para murabi dan pelajar dewasa (orang dewasa) bertolak ansur dan saling faham memahami dalam menuntut ilmu dan berdakwah, sudah tentu "ikhlas" menjadi tali silaturahimnya. Seyogia, tidak akan ada sunggutan seperti pelajar manja, ustaz garang, ustaz sombong, pelajar lembik, pelajar angkuh dan sebagainya. Insyallah, mereka yang bersandarkan kepada "mengajar dan menuntut ilmu ikhlas kerana Allah SWT", tidak akan mendapati diri mereka susah, derita dan teraniaya kecuali mengharapkan redha Allah.

Namun malang sekali apabila tok-tok guru terlampau menuntut agar para pelajar menghormatinya. Begitu juga apabila murid sudah tidak kenal erti batasan dan cara hormat guru yang sepatutnya. Akhirnya syaitan merasuk, lalu bermaharajalelalah keegoan dan bodoh-sombong (ruwaibidhah). Apa yang lebih ditakuti ialah akhirnya ilmu-ilmu akan terpendam dan terkubur dek kerana "kesombongan" masing-masing, lalu berlakulah seperti pesanan Nabi SAW: -

“Sesungguhnya akan tiba tahun-tahun yang dipenuhi dengan tipu daya, pada waktu itu si pembohong dianggap benar dan yang jujur dianggap pendusta, pengkhianat diberi amanah dan orang kepercayaan dituduh pengkhianat dan Ruwaibidhah berucap sesukanya (yang seakan-akan bijak dan benar). Para sahabat bertanya: Siapakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab: Orang bodoh (al-safÄ«h) yang berucap tentang urusan orang ramai.” [Hadith Riwayat Ahmad 15/37-38 dengan syarahan dan tahqiq oleh Ahmad Syakir. Isnadnya hasan dan matannya sahih]

~Antara punca terangkatnya ilmu ialah apabila hati murabi, pendakwah, guru, sheikh, ulama termasuk juga para pelajarnya menjadi keras, sehingga ilmu yang ada itu ghaib, mati, terhapus, gara-gara "sombong" dan hilangnya sifat "ikhlas" kepada ilmu dan tabligh ~

Dakwah, Sabar dan Istiqamah


Isteri menegur suami tetapi suami tidak mahu mengikutinya.

Dalam hal ini, isteri yang sudah mengaji dengan tok-tok guru tadi perlulah banyak besabar. Inilah dinamakan cabaran berdakwah. Kerja-kerja kebajikan dan dakwah sudah pasti ada cabaran dan rintangan. Lihat sahajalah Nabi SAW dan para sahabatnya berdakwah, berbagai-bagai halangan dan cubaan. Perkara seumpama ini sebenarnya adalah ujian serta akan meninggikan lagi darjat di sisi Allah SWT, cumanya perlulah sabar, tabah dan jangan berputus asa.

Soal suami mahu dengar atau tidak, jatuh nombor dua. Apa yang penting adalah si isteri telah menegur suami sebaik mungkin dengan ilmu yang telah dipelajari dan diyakini itu. Sekarang kembalikan tentang hidayah dan hati si suami.

Keduanya, bukan bermakna si suami tidak mahu atau enggan pergi ke kelas bermakna suami enggan belajar atau tidak mahu belajar langsung. Hari ini terdapat banyak medium-medium yang boleh digunakan untuk mendapatkan informasi dan menuntut ilmu. Jika terdapat pertentangan pendapat atau si suami enggan menerima pendapat atau teguran itu, bermaksud beliau mempunyai hujah tersendiri atau hatinya belum terbuka.

Justeru bersabarlah dan kekal istiqamah dalam melakukan kerja-kerja kebaikan. Soal hati, hidayah dan petunjuk perlu diserahkan kepada Allah SWT (bertawakal), mudah-mudahan tergolonglah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Ambillah contoh bagaimana Nabi SAW inginkan sangat bapa saudaranya Abu Talib memeluk Islam, namun di saat-saat akhir hayat Abu Talib, dia kekal menjadi kafir. Dalam peristiwa ini Allah SWT menegur Nabi SAW bahawa soal hati dan hidayah itu adalah hak dan kerja Allah SWT.

Sekian.
 


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails