‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 27 Jun 2013

Orang utan mencari sesuap nasi

Seorang pemuda telah hampir setahun menjadi penganggur akibat kegawatan ekonomi. Baru sahaja dua tahun bergelar mahasiswa dan bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan, akhirnya beliau terpaksa diberhentikan.

Pada suatu hari, beliau telah ditawar bekerja di zoo.

Peluang itu datang gara-gara kematian seekor orang utan di zoo tersebut. Orang utan ini merupakan daya tarikan utama di situ. Kunjungan tidak akan lengkap jika tidak melawat kandang orang utan. 

Pengarah zoo amat risau. Kematian orang utan bermakna daya tarikan sudah tidak ada lagi. Pelawat sudah mula tidak mahu datang. Jumlah kutipan tiket terjejas. Pekerjaan mereka jadi terancam.

Proses untuk mendapatkan orang utan memakan masa lama dengan dokumentasi panjang lebar, lesen perlu dipohon dan karenah biokrasi. Mendapatkan orang utan itu sendiri pun cukup payah. 

Untuk mengatasi masalah ini, pengarah zoo meminta pemuda tersebut untuk memakai kostum orang utan. Pemuda itu perlu meniru perlakuan dan membuat aksi orang utan. Dia perlu berlakon bersungguh-sungguh. 

Pemuda itu pun membuat kajian di youtube.  Dia mula berlatih. Dia meniru segala tabiat dan gaya orang utan. Sedikit demi sedikit dia mula menghafal dan berusaha melakonkan aksi beruk itu. 

Kemudian hari-hari berikutnya, dia semakin berani membuat pertunjukan. Tahap keyakinannya meningkat tinggi. Semakin galak pula setelah mendapat perhatian dan duit tips yang pengunjung lemparkan. Mulai hari itu, semangatnya bertambah kuat.

Semakin hari, semakin hebat skillnya. Kali ini bukan setakat mahir bergayut, tetapi sudah mahir membuat aksi gymnastik. Sekali sekala dia membuat aksi akrobatik tahap dewa kesembilan. 

Keghairahan beliau semakin menjadi-jadi. Adakala dia sendiri keliru tentang dirinya, apatah lagi setelah mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai. Jumlah pengunjung juga bertambah. Kutipan tiket meningkat mendadak!

Melihatkan sambutan begitu baik, acapkali juga beliau mendapat pujian daripada pengarah zoo. Tuan pengarah berjanji, kalau kutipan tiket mencecah jutaan ringgit, beliau akan memperoleh komisyen. Lumayan!

Azam pemuda itu semakin kuat. Kerja yang dilakukan itu pun kerja mudah berbanding kerjayanya yang lalu sebagai kartunis. Kerja menjadi 'orang utan' sama juga seperti kerja-kerja seni yang biasa digelumanginya dahulu. 

Dia mula membuat aksi lincah. Sudah sama seperti aksi beruk yang sebenar, saling tidak tumpah! Semua pengujung terpukau, gembira dan bertepuk tangan. Mereka semua terhibur dan kagum. Orang utan itu pun terbawa-bawa sikap keberukkan sama. Sama kagum dengan kebolehan sendiri.

Dia bertambah ghairah. Kali ini dia bertekad untuk menunjukkan skill terbaik yang tidak pernah dibuat dan dilihat oleh sesiapa. Sambil memanjat dan sengayut di pagar dengan sebelah tangan, dia akan melompat balik kuang ala-ala "somersault berpusing"

Entah bagaimana sedang asyik beliau bergayut sana sini seraya membuat pertunjukan gymnastik tahap jurus tertinggi, beliau terlepas ke kandang sebelah. Sambil membuat aksi balik kuang tersebut, beliau mendarat ke kandang singa!

Orang utan menjadi kaget! Menggeletar sekujur tubuhnya. Peluh jantan sudah mengalir galak. Dia hampir-hampir terkencing. Dia amat resah. Di hatinya hanya terkenangkan mati. Dia perlu melakukan sesuatu. Paniknya bukan kepalang. Dia terus melompat ke sana sini tidak karuan. Berusaha dan terus berusaha selagi terdaya!

Singa mula mendekatinya. Belum pun sempat orang utan itu mencapai palang di atas pagar sana, sang singa MENERKAM! Tubuh orang utan itu disambar! Hendak dibaham!

Orang utan meronta-ronta kuat. Dia mula memekik. Hampir-hampir sahaja perkataan 'tolong' terkeluar dari kerongkong, malangnya tersekat.

Setelah teguh mencengkam tubuh orang utan, singa pun berbisik, "Diam lah gampang . . . kang kito deduo kono buang kojo kang!"

Alkisah masing-masing cari makan, ahaks!
Oleh:

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu dan Letupan Energon

Jerebu di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia.
Matahari sudah sebesar lampu sorot jalan, tetapi masih berdaya menerangi alam. Alhamdulillah.


"ENERGON" menjadi rebutan makhluk dari planet Cybertron mencetuskan pertarungan dahsyat antara Decepticon dan Autobot. 

Energon yang terdapat pada matahari dalam lingkaran sistem suria bumi hendak dituai demi kelangsungan hidup makhluk Cybertron.

Manakala kehancuran matahari akan mendatangkan kemusnahan kepada bumi. (Transformer: Revenge of the Fallen)

. . .  kembali ke bumi . . .

Jam 6.00 petang tadi matahari di Bangsar kelihatan berwarna jingga (oren), begitu kerdil dan terpelosok.

Harap-harap jerebu yang berlaku ini bukanlah angkara geng-geng jahat Decepticon yang hendak menghidupkan jentera penuaian matahari hingga mengeluarkan asap berkepul-kepul meliputi ruang angkasa raya Malaysia.

Ini persoalan yang berat, perlu ditangani sebaiknya. Mungkin kuasa penerajang maya perlu diaktifkan.

. . . berpuisi satu kali . . .

Nampaknya jerebu sudah masuk ke dalam otak saya
Menakung di mata, bibir, mulut juga di telinga
Habis minda seakan tersekat
Tepu kesemuanya
Tidak bisa berfikir
Akal mulai lemah hendak menjangkau pemikiran ilmiah.


Nukilan mabuk tertelan buah kecubung,

Jumaat, 21 Jun 2013

Kita adalah Musafir



Ketika itu usia Imam Syafie baru 40 tahun, beliau sudah menggunakan tongkat untuk berjalan. Kemudian ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian rupa, padahal tubuhnya masih sihat dan gagah tanpa ada sebarang keuzuran.


Lalu Imam Syafie menjawab, “Supaya aku selalu ingat bahawa aku adalah musafir menuju akhirat. Demi Allah, aku melihat diriku umpama sesekor burung yang dipenjarakan dalam sangkar yang terbuka pintunya, tetapi kakiku masih terikat di sangkar itu. Sesungguhnya, aku tidak ingin lagi untuk terus bermukim di dunia, tidak kuizinkan lagi teman-temanku memberi hadiah atau mengingatkan aku akan nikmat dunia ini . . . kecuali sekadar keperluan yang wajib bagiku!”


BERBEZA

Berlainan dengan kebanyakkan lelaki di zaman ini. Tatkala umur 40-an itulah terasa diri ingin diremajakan kembali. Apa tidaknya, ramai mula memasang angan-angan untuk bermain mata dengan gadis-gadis. Kata seorang sahabat mahu 'menguji pasaran' ahaks.

Dalam soal wanita pula, tatkala mencecah umur 40-an ramai menjadi khuatir yang amat. Mereka khuatir kedut-kedutan semakin ketara. Maka masing-masing gigih memasang badan. Pelbagai krim kecantikan mula banyak mendapat tempahan. Sebaik menginjak umur 45 tahun, lagi banyak krim-krim diminta, bukan lagi untuk kecantikan, tetapi kesihatan. Lenguh-lenguh mula melanda.



nota merapu lantun-lantun

Isnin, 17 Jun 2013

Boss bikin hangatkan badan

Letih

"Baik. Julai nanti akan ada kenaikan gaji. Penyelarasan gaji sudah dibuat." kata boss sambil menoleh Pengarah Sumber Manusia. Itulah kata-kata boss yang terpacul secara tiba-tiba setelah kembali daripada makan tengah hari dari pintu masuk pejabat.

"YAHOO!!! Terima kasih boss. Sayang boss! KAMI SAYANG BOSS!!!" kami mula bersorak, menyeringai lebar masing-masing macam pontianak; keriangan. Dalam hati penuh kesyukuran yang teramat.

Boss menjadi kaget lalu berkata, "Tapi itu yang saya baca dalam artikel akhbar Kakitangan Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan; Mac 11 2013. Kenaikan dan pelarasan gaji untuk kakitangan awam pada bulan Julai nanti. Errr . . . bila masa pulak company ini jadi Syarikat Perbadanan Awam? Wah . . . sungguh awak semua ini bertelinga lintah, ya!?"

Boss berlalu seraya melemparkan senyum kambing seluas-luasnya hingga menyenget kumis dan menampakkan gigi kapak tersebut.

"Allahhhhhh ! . . " kami automatis menjadi lesu dan kembali membuat kerja masing-masing dengan muka muram sambil bersungut kecil. Lauk makan tengah hari tadi terus jadi tawar dan hambar.

Abang Aqmalizaman dan Cik Wafa Afifah masih melangut mengenangkan nasib tentang hazab kenaikan tambang bas 30% untuk pulang berhari raya nanti. Itu belum diperkirakan Nusaibah, duit raya untuk anak-anak saudara sudah meningkat, baju kurung belum bertempah. Termasuk juga En. Fettry, bisness kuih raya tahun ini entah bagaimana potensinya.

Maza, sekadar melambung-lambung dan memutar-mutar macam gasing syiling duaplohsen keemasan yang sering kali terkeliru dengan syiling limploh sen keemaasan juga itu di atas meja ofis.

Uhuk!.. senyum duku kelat satu kali.. ammak!

Selasa, 4 Jun 2013

S. Shamsuddin Meninggal Dunia


S. Shamsudin (artis terkenal era 1950-an) telah sampai hukum alam.

Nama sebenar beliau ialah Dali Kechik, telah kembali ke rahmatullah hari ini (4.06.2013) jam 10.56 pagi di rumahnya, Singapura.

Saingnya yang masih ada hingga ke hari ini antaranya ialah Aziz Satar,  Jins Shamsudin dan Sarimah Ahmad.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh armarhum.
Al fatihah!

maklumat lanjut di: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 1 Jun 2013

Pledge at higher degree!

I'm a male,
I'm a son of a father!
And I'm not member of disputable genital clan.  
Confirm!

Aqlan Sholehin

I pledge that I'm a men.
I'm a hero to my father & mother!
and I'm love them all.


A message by Aqlan Sholehin






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails