‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 3 Mei 2012

Tanah Tumpahnya Darahku

Monolog dalaman.

Abang nak kata macam mana lagi. Emak ayah kita itu pejuang semenjak kita belum lahir lagi.

Mereka berjuang untuk kehidupan, berjuang memajukan 'tanah yg mati'; mahu membebaskan diri dari cengkaman penjajah dan kemiskinan . . . paling tidak berjuang untuk sesuap nasi untuk keluarga kecil mereka.

Dalam keasyikan dan hambatan perjuangan itu, mereka terpaksa memilih antara makanan untuk disuap ke dalam mulut anak-anak serta isteri, dihambat kebuluran siang malam; dengan ilmu membaca dan membina siasah diri..

Maka tidak hairanlah para tamak haloba; pandai baca, pandai kelentong, kaki pembelit dengan segala macam ilmu magis ini, cuba memanupulasi ayah dan ibu kita . . . sedangkan ayah dan ibu kita ini orang-orang Melayu yang taat akan tuannya . . . yang tidak mahu digelarkan sebagai golongan khawarij! Yang setia kepada RAJA dan NEGARA!!!!

Tapi malang membawa bejat, malang datang bersama kerakusan, hadirnya dengan mainan politus busuk seharum taik! Mereka datang memperdaya dan menjual AYAH DAN IBU kita hidup-hidup! Mereka mahu memerangkap dalam kancah hamba sahya, hamba kepada hutang dengan mereka menjadi tuan - hamba kepada kapitalisme!

Pada hal tatakala sisa-sisa hidup ayah dan ibu kita ini, biarlah mereka hidup dengan tenang, beramal ibadah dengan menunaikan haji yang mabrur! Bukannya menukarkan mereka seperti orang tidak berguna, seperti hamba suruhan, merubah kehidupan mereka kepada kedaifan!

Sekarang, di mana maruah ayah dan ibu kita?! Ya, kini maruahnya dipijak dan ditenyeh di bawah tapak kaki mereka! Mereka memperdayakan dengan durian runtuh, walhal tanah-tanah tempat tumpah keringat ayah kita di dalam marabahaya!! Begitu rapuh!

Apa harus kita lakukan SAUDARA-SAUDARA sekalian?!
Apa yang harus kita perbuat untuk membela sekelumit nilai maruah dari sisa-sisa hidup ayahanda dan bonda kita?!

Anda golongan terpelajar! Anda generasi pewaris tinggalan pusaka ayah dan ibu! Kelaknya apakah yang akan anda mewarisi pula; kemiskinan, kekayaan, iman, maruah?

Oh! tanah tumpahnya darahku?! Di mana kau?!
Di manakah nantinya akan aku tunjukan kepada anak dan cucuku; pewarisku tentang tanah tumpahnya darahku?! Atau sekadar mengaku, "inilah nak, BEKAS 'tanah tumpahnya darahku . . ." lalu berjalan longlai, melayu; yang sinonim dgn nama bangsaku.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails