“'equate pompuan tak bertudung jahat' Tak pakai tudung berdosa bukann jahat.”
Maaf puan, saya terpanggil untuk memberi tindak balas dalam hal ini. Saya merasakan ada keperluan untuk menjelaskan perkara ini dalam konteks yang lebih tepat. Biar saya mulakan dengan membuat anologi seperti ini...
Lawan perkataan baik ialah jahat. Orang jahat semesti berdosa!
Semua org bersetuju, dalam syurga diamnya orang-orang yang baik-baik. Mankala di dalam neraka sudah pasti tempat tinggal orang-orang yang berdosa. Di dalam neraka juga tempat tinggal orang-orang jahat.
Jadinya, dengan menggunakan teori ilmu mantik kita akan dapati;
orang baik = di syurga
di neraka = org jahat dan berdosa.
Manakala mengikut hukum simple matematik yakni persamaan garis lurus, kita boleh katakan
Di neraka = Jahat + Berdosa.
Itu mengikut hujah logik.
Manakala hujah mengikut nas pula; . . . Allah SWT di dalam firmannya menegaskan seorang muslim yang baik ialah muslim yang mengamalkan & mencintai kebaikan (maaruf) serta membenci lalu mencegah mungkar!
Dalam masa sama Allah SWT menegaskan; barangsiapa hendak memasuki syurga, Allah SWT mensyaratkan bahawa mereka harus membuat hubungan baik dengan Allah (melalui amalan syariat dan ibadah) dan juga membuat hubungan baik dengan makhluk yakni termasuklah dengan manusia dan alam. (hablul minallah wahablul minannas!)
Firman Allah: “Hai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya dijadikan isterinya (Hawa), dan yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya, serta peliharalah hubungan kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (An Nisaa: 1)
Dalam perihal betudung dan aurat, Allah SWT telah menurunkan ayat khusus tentangnya didalam suruh An Nur: 31:-
“....janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, . . . ”
Katakanlah, ada antara kita tidak menerima tafsiran al Quran yang di atas, namun Rasulullah SAW telah memperkuatkan lagi nas supaya menutup aurat dan bertudung. Contohnya di dalam hadis Nabi SAW selepas Nabi Isyrak Mikraj. Tuan-tuan boleh rujuk di laman disertakan ini; hadisnya panjang, mengisahkan seksaan yang diterima oleh wanita/ibu/kakak/adik perempuan kita di neraka disebabkan oleh pengabaikan menutup aurat dan bertudung ... nauzubilah minzalik: (
http://muslimahberduri.blogspot.com/2011/11/10-seksaan-wanita-diseksa-di-neraka.html)
Kita juga bersetuju bahawa perlakuan jahat itu juga menyamai perlakuan syaitan, Perbuatan dosa juga perlakuan dan perbuatan syaitan. Justeru kita juga boleh mengatakan bahawa perbuatan dosa itu adalah perbuatan jahat dan begitu sebaliknya.
Kalaulah perihal jahat dan dosa itu berbeza dan terpisah, mengapa pula Allah SWT berfirman seperti ini:-
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh melakukan perkara yang keji dan yang mungkar (perbutan jahat). Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (An Nuur: 21)
Perbuatan dosa adalah perbuatan khianat. Iaitu khianat pada Allah SWT kerana Allah SWT suruh tutup aurat dengan bertudung rapi tetapi kita tidak melakukannya, bahkan menafikan suruhan perintah Tuhan itu!
Begitu juga halnya perbuatan khianat terhadap manusia! Kerana bila tidak bertudung bukan sahaja khianat pada diri, tetapi khianat kepada keluarga, suami, emak dan ayah; serta kaum muslimin lelaki lainnya .. walhal emak ayah, suami, abang, kakak, adik, jiran, masyarakat nantinya mereka akan disoal di akhirat kelak!?
Bukankah perbuatan khianat ini perbuatan jahat?!
Demikian juga dengan surah berikutnya, di mana Allah SWT membela wanita-wanita yang baik, wanita yg memelihara kehormatannya; yakni termasuklah mereka yg memelihara aurat dan bertudunng:-
"Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan (dosa), lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar." (An Nur: 23)
Harus diingat, apa yang dimaksudkan itu bertudung dan menutup aurat cara sebenar seperti digambarkan di dalam ayat An-Nuur 31 itu. Bukannya fesyen muslimah yang boleh menimbulkan kekeliuran dengan pakaian yang penuh tabaruj dan singkat sana sini, melekat sana sini....
Oleh itu, saya terpanggil untuk memberi pencerahan sedikit iaitu:-
Jahat =berdosa,
Berdosa=jahat...
yakni orang-orang yang melakukan dosa juga dlm kalangan orang-orang yang berbuat jahat.
"Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi." (H.R. Bukhari)
Maka kita boleh gunakan fikiran rasional dalam menilai ini dengan membuat persamaan ringkas; persamaan kuadratik iaitu:-
Tak bertudung = berdosa = jahat
Tak bertudung = berdosa + jahat
Neraka = berdosa
Neraka = jahat
Jadi, Neraka = (berdosa + jahat) khianat
Untuk lebih Nampak gambaran saya sertakan rujukan di sini:-
Selebihnya tuan-tuan lagi maklum.
Barangkali saya ada khilaf, saya mohon maaf. Saya sekadar berkongsi tentang seruan Illahi sahaja.
Wallahualam