‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 29 Mac 2012

8 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA MEMPUNYAI RAHIM

Gamabr: Suzana bint Abdul Talib

Untungnya menjadi wanita.

1) Telah menjadi sunahtullah; yakni Allah SWT telah menetapkan hukum atau cara yang telah ditentukan sejak dari azali (awalnya) anatomi wanita itu umpama ‘kilang manusia’.

Umum menyedari antara fungsi kejadian utama wanita ialah melahirkan zuriat ke dunia. Isyarat dari adat tersebut maka Allah SWT menciptakan rahim ke dalam tubuh wanita. Rahim ini merupakan tempat letaknya ‘kandungan’ benih susuk lembaga manusia.

Oleh yang demikian ia adalah petanda istimewa. Allah SWT mengangkat darjat wanita dengan memberikan fungsi istimewa demikian hanya kepada golongan mereka. Golongan wanita sahajalah diberikan tanggungjawab yang cukup khusus lagi istimewa itu untuk memikul tugasan yang berat tersebut.

Justeru, pemilihan wanita sebagai tempat lahirnya warisan generasi manusia adalah lambang keagungan kurniaan Allah SWT.

2) Sesuai dengan tugasan dan tanggungjawab yang mulia melahirkan generasi manusia, Allah SWT telah memberikan kelebihan ke atas golongan wanita.

Wanita diberikan ‘kelepasan umum’ pada tiap-tiap bulan daripada melakukan ibadah wajib rutin harian seperti solat, dan puasa.

Perlepasan istimewa itu secara normalnya diberikan sehingga tujuh (7) sehingga lima belas (15) hari. Iaitu seminggu ke dua minggu dalam sebulan.

Perlepasan istimewa yang merupakan kedatangan haid membawa petanda kasihnya Allah SWT terhadap golongan wanita hingga tidak diwajibkan solat dan berpuasa. Bahkan Allah SWT menganggap tatkala kedatangan darah haid, wanita itu telah mendirikan solat yang terbaik!

3) Apabila seorang wanita melahirkan warisan manusia, Allah SWT memberikan kerehatan dan keringanan terhadap kaum hawa itu.

Disebabkan keberatan melahirkan susuk manusia tersebut, Allah SWT memberikan ‘cuti beribadah’ selama empat puluh (40) hingga enam puluh (60) hari.

Padahal bagi seorang lelaki, sedari mereka itu baligh tidak ada suatu pun kelepasan daripada solat dan berpuasa. Golongan lelaki itu terus-terusan dikehendaki menunaikan kewajipan beribadah sehari-harian dari celik mata hinggalah ke liang lahat (mati).

Rabu, 21 Mac 2012

Selasa, 13 Mac 2012

Berpuasa bersama Nasyid Arab

Seputar 1990-an, lagu-lagu nasyid menjadi pilihan ramai. 1998 lagu nasyid Arab mula mendapat perhatian generasi muda seperti kami.

Hari-hari kami dengar lagu nasyid Arab. Tak jemu-jemu. Sehingga cukup bangga dengan membuka lagu nasyid sedikit lantang ketika berbuka puasa dan bersahur.

"Hendak mendapat berkat dan membersihkan jiwa," kata Kashfullah sambil memutarkan volume suara pemain cakera padat.

Terutama bersahur. Katanya mahu dapatkan 'feel' sahur. Agar nikmat sahur dapat dikunyah dan terhindar dari layuan kelopak mata yang sukar dicelikkan,. Alunan lagu-lagu Arab terus menerobos ke anak telinga dalam; rancak, mendayu-dayu dan penuh dengan kata-kata nasihat.

Sebaik lagu itu dimainkan masing-masing di Rumah Sewa Tanpa Nombor, Lorong Kubur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur akan bergegas bangun dan bersemangat untuk bersahur.

Masing-masing mencapai kupiah setelah mengambil wuduk sebelum mengadap makanan untuk bersahur. Keesokan hari masing-masing berazam mahu berpuasa bersungguh-sungguh. Setiap orang makan dengan berselera walaupun makanan sama yang terhidang ketika berbuka tadi. Makanan sudah sejuk kejung tetapi kami tetap mengunyah dengan lahap.

Selesai sahur kami solat subuh berjamaah. Dirasakan Ramadan tahun tersebut begitu sempurna sekali. Berbuka dan bersahur pun bersama sambil mendengarkan lagu-lagu alunan nasyid Arab. Lagaknya bagaikan orang alim sekalian yang tinggal di pondok mengaji usang.

Sehinggalah satu hari seorang sahabat pergi ke pasar malam. Lalu dibelinya VCD lagu-lagu arab yang biasa kami putarkan tatkala bersahur dan berbuka puasa. Masing-masing bersemangat mahu menonton dan menikmati halwa telinga.

Seperti biasa, sementara menunggu azan berkumandang untuk berbuka puasa, kami akan membuka lagu-lagu Arab tersebut. Kali ini versi VCD pula.

Baru sekarang kami tahu. Melopong mulut masing-masing. "Aku ingatkan lagu nasyid. Rupa-rupanya ... Subahanallah! Masyallahhhh ... malunya dengan jiran-jiran kalau dia orang tahu."

"Alhamdullilah .." terbeliak biji mata Zul, melopong luas mulutnya, seolah tidak percaya. Lima pasang anak mata segera menikam tepat ke wajah Zul.

"Eh maksud aku, taubat! Taubat nasuhah wei! Tabubat nasuhah! Segera! Segera!" pekik Zul seorang mahasiswa jurusan syariah rakan serumah. Bingkas dia bangun mendahului kami dan mengumpulkan pinggan yang bersisa di atas lantai tempat kami berbuka puasa.

"Ampunkanlah dosa kami, Ya Allah! Kami tak tau," kata Salim pula. 

Selepas menonton VCD tersebut, kami tidak lagi membuka lagu-lagu Arab pilihan disangkakan nasyid selantang-lantangnya. Sekarang sudah bertukar. Bertukar menonton VCD itu dalam diam-diam selepas berbuka.

"Gelek sikit-sikit kasik peluh demi kesihatan," kata Rozlan atau dikenali oleh khalayak siber dengan nama Dafinka. Ustaz Zul juga sudah terpengaruh. Sesekali menjeling-jeling manja. Ahaks...





Rabu, 7 Mac 2012

Jumaat, 2 Mac 2012

Jaki Jipang menunggang Yamaha RX-S


  Gambar: Jaki Jipang dengan motor RX-S. Sangat retro! Nostalgia derrr... hahaha

Motor RX-S (1980-an) generasi pertama pernah menjadi pujaan hatiku.
 
Motor RX-S adalah keluaran syarikat Yamaha berkapasiti 115cc. RX-S pernah dikategorikan sebagai motorsikal berkapasiti besar sebelum kelahiran RX-Z (135cc)

Maza menemui motor kalsik ini ketika operasi di TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Tiba-tiba maza terserempak dengan anak muda tersebut yang menunggang motor RX-S bersama rakan-rakan mereka. 

Dahulu di zaman bapa-bapa saudara maza mudia belia, acapkali maza menyasikan mereka 'racing' ala-ala mencinuk-cinuk di denai dalam kebun getah. Jalan di kampung itu pun sebenarnya masih belum bertar... hahaha.


Akhir kalam, selamat hari Jumaat dan berhujung minggu ya kengkawan... 

 *psst: terima kasih Acuyuhan kerana sudi jadi follower blog ini. ihik! hahaha

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails