‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 14 Mei 2011

Skodeng Anak Dara...

Puas sudah hamba menggodek sana sini. Sudah sehari semalaman Blogspot tergendala, di mana hamba tidak boleh memasuki akaun blog yang ini. Lantas bermaksud hamba tidak boleh update sebarang cerita yang lantun-lantun itu.

Bertambah parah pabila ada entry yang lalu ditelan mushibah, hilang tanpa berkubur. Mujur juga setelah lebih 24 jam makanya entry yang hilang itu sudah dikembalikan oleh raksaksa penelan yang jahat itu.

Hujung minggu ini hamba menenangkan diri di Pusat Servis kereta sahaja. Bikin servis utama (major service) sambil menonton wayang percuma Merong Mahawangsa berbekalkan nasi lemak dan teh percuma.

Juga selain menikmati rangkaian internet percuma, adapun maza tepekkan satu gambar skodeng sudah, ya kengkawan.. 


Tapi ini bukanlah bermaksud maza sudah 'menembak curi' anak dara orang. Tidak sama sekali. Lagipun hamba ini takut kena ketumbit di mata atau di sumpit tok batin pula. huhuhu.

Hamba sekadar mengintai di balik pokok untuk mencari ketenangan. Yakni di belakang pohon beringin ala-ala pohon melaka dan ipoh itu, hamba cuba mengesani barang peristiwa yang indah-indah jua, perihal alam semesta gitulah cheteranya. huhuhu.

Layannnn...ahaks

Selamat beramal dan berhujung minggu ya kengkawan.


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails