‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 31 Julai 2011

Mengandung dan Menanggung berbeza dalam kesamaan.

Kata orang mengandung itu antara hidup dan mati. Bertarung nyawa dan selalu menghadapi kesukaran.

Itu benar bagi seorang ibu.


Bagi seorang bapa pula, tidaklah perlu mengandung, tetapi perlu menangung membesarkan anak-anak. Bukan sahaja anak-anak itu perlu disuap dan dididik, tetapi termasuk juga ibu yang melahirkan anak-anak tersebut perlu ditanggung-jawabkan.

Apa-apa hal pun toleransi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing amatlah penting!

Di kesempatan ini juga maza hendak mengucapkan selamat berpuasa. Hari ini hari pertama kita berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Jangan buat-buat lupa pula ... hehehehe

Gambar selebihnya di ronawarna.blogspot.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Air Mata di Kuala Lumpur...

Yeap semua orang sudah tahu keputusan pertandingan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di mana Singapura melawan Malaysia iaitu seri 1-1. (pada 28.07.2011)

Di atas keputusan itu juga Malaysia telah tersingkir ke pusingan seterusnya. Setakat ini sahajalah perjalanan Malaysia hingga ke pusingan ke dua. Malaysia atau Harimau Malaya belum pernah pergi sejauh ini di dalam sejarah Piala Dunia. Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki walaupun Piala Dunia sudah seabad lamanya diperkenalkan.

Di atas kekalahan itu juga mengalirlah sudah air mata Harimau Malaya di Tanah Tumpahnya Darahku!

Hinggakan gelap dan mendung menyelubungi Kuala Lumpur, ibukota Malaysia di pagi hari keesokan harinya. (29.07.2011).

Kita tidak tahu sampai bilakah langit Kuala Lumpur akan mendung dan Kuala Lumpur terus dalam kebasahan. 

Besar harapan kami agar Harimau Malaya tidak terlalu lama untuk berdukacita. Harimau Malaya perlu bangkit memperkemaskan cakarnya. 

Ketua jurulatih Datuk K. Rajagopal masih punya misi untuk memperbaiki lagi kepincangan langkah Harimau Malaya. Kepincangan semalam harus ditebus di arena Asia Cup.

Bagi rakyat Malaysia, jangan cepat melatah dan berputus asa. Mari kita terus-terusan mengibarkan jalur Gemilang mempertahankan Harimau Malaya daripada tersembam dan luka lama berdarah kembali!

Cerita lain

Khamis, 28 Julai 2011

Singapura vs Malaysia (Keputusan)

Keputusan akhir, Singapura vs Malaysia untuk Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Brazil ialah seri 1-1.

Ini bermakna sampai setakat ini sahajalah Malaysia mara ke pusingan kedua Piala Dunia. Sebelum ini Malaysia sudah pun tewas dengan Singapura ketika melawat ke tempat lawan dengan 3-5.

Oleh itu melengkapkan agregat 4-6 dengan Singapura terus mara ke pusingan selanjutnya.

Ini bermakna Harimau Malaya tempang dan tertanggal taringnya terkena tamparan lengan sang Singa!

Secara keseluruhannya walaupun Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dibanjiri oleh penyokong Malaysia berpuluh kali gandar daripada penyokong Singapura, iaitu 80,000 (Malaysia) - 500 (Singapura), namun itu tidak dapat menahan kemaraan Singapura.

Permainan Malaysia pada masa pertama hambar. Hantaran bola oleh pemain tengah acapkali tidak tepat dan sudah semestinya menyukarkan pihak penyerang mahu menyumbat ke gawang.

Sepekara lagi perlawanan kali ini semacam tidak kena. Seolah-olah tidak selancar ketika bermain dengan Taiwan. Tapi entahlah, tak berani mau tuduh-tuduh.

Man of the match kali ini maza memilih Khairul Fahmi (Apek) juga Safee Sali dan Kunalan.

psst tagline maza kali ini: Kalah & menang adat perlawanan, tapi biarlah tewas bermaruah bukanya Rahsuah!...

Mencabut bulu tengkok singa.

Entry kedua untuk hari ini. Entry sebelumnya di sini: Hijab Hati: Tutup atau Terlungkup!

Maza pandang kanan, pandang kiri.. jengah sana, jengah situ Kuala Lumpur di pagi ini cukup lengang. Jalannya tidak sesak seperti lazimnya.

Maza tertanya sendirian, peristiwa apakah yang sedang berlaku. Terasa pelik.

Sebaik sampai di ofis, rakan sepejabat mengadu menyimpan perasaan yang amat berbeza. Seolah-olah hari ini mereka punyai tenaga lebih. Sekejap-sekejap mereka mengenggam tangan dan melontarkannya ke udara. 

Maza dikejutkan dengan deringan telefon. Di hujung talian sana kedengaran suara pelanggan. Mereka melaporkan di Kuantan, Kluang, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuala Kubu, Kota Bahru, Behrang, Kuala Perlis, Arau, Alor Setar, Kahang, Lukut, Broga juga mengalami fenomena yang sama. Bandarnya lenggang. Sunyi!

Sekonyong-konyong boss besar masuk lalu berkata, "Kuala Lumpur macam dilanggar garuda. Awak perasan tak?"

"Apa tak nya boss. Hati masing-masing sudah tertumpu di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menentang Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, malam ini jam 8.45. Singapura vs. Malaysia; Singa berentap Harimau Malaya!!!... " tangan digenggam lalu penubuk itu melekat di bidang dada.

Untuk itu maza juga jiwanya sudah melayang ke pintu stadium sana. Dengan ini maza tinggalkan lirik lagu "Barisan Kita" untuk sama-sama semarakan semangat kebangsaan mahu mematah riukan tengkok Singa. Biar Harimau menampar, mencakar dan mencabut helaian rerambut di tengkok singa itu satu persatu! huhuhu...

Semangat bukan di pejabat ini lagi, ia sudah melangkaui jauh di perbatasan sana.

Aturkan Langkah, Menuju Medan Juang
Kita Mahukan Kemenangan,
Kita Sanggah Musuh Durjana!


Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju Medan Bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti...


Mereka menyeru semangat anda!
Mereka menagih pengorbanan !!!!
Ayuh teguhkan langkah!
Kita bangkit menentang!!!!




Lagi lagu Sorakan Boleh!



psst: Malam ini maza sudah bersedia dengan kain pelikat dan teh tarik satu .... Sekali tiket sudah habis daaa... huhuhu....






Hijab hati : Tutup atau terlungkup!

Rasanya terdapat banyak pengajaran dan jawapan dari gambar di bawah ini. Maza sekadar tolong sebar-sebarkan aje dari blog mazeermohamad.blogspot.com

Hari Khamis terakhir dalam bulan Syaaban tahun ini sudah datang. Selamat Malam Jumaat kengkawan.. ihik! ihik! ihik!...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails