‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 14 Jun 2011

Tomyam menjadi saduran makanan tradisi Malaysia


Sekarang ini sudah seperti Tomyam (makanan org Siam) ini sudah menjadi makanan rutin rakyat Malaysia. Apa tidaknya, kedai-kedai tomyam tumbuh bagai cendawan baru lepas hujan. Dari utara hingga ke pulau-pulau di selatan tanah air melambak-lambak restoran dan gerai menjual tomyam. Salah hemat sudah seperti tomyam itulah makanan tradisi penduduk negara bertuah ini.

Barangkali, satu hari nanti tomyam akan mengambil alih tempat makanan tradisi yang terkenal seperti ikan asam pedas, masak singgang, laksa, nasi lemak dan soto. Lalu memertabatkan tomyam sebagai hidangan utama rakyat Malaysia!

Apa-apa hal pun, dengan lambakan pelbagai variasi hidangan tomyam telah menyukarkan maza untuk  mengecam yang mana satu tomyam original!

Gambar: mulut kasik muncung panjang, baru nikmat menghirup. hehehe

Percaya atau tidak, di Kuala Lumpur rata-rata restoran mamak juga menghidangkan tomyam!

Rentetan citarasa rakyat negara ini sudah berubah, maka restoran-restoran mamak juga tidak mahu ketinggalan. Mereka juga menghidangkan tomyam.

Di restoran mamak bukannya tukang masak tomyam itu datangnya dari pantai timur atau selatan Thailand, tetapi si mamak itu sendiri memasak tomyam. Penyudahnya jadilah tomyam ala-mamak. Macam-macam bahan tambahan yang dicampurkan selain bahan asas. Antaranya yang pernah maza jumpa ialah memasukkan timun ke dalam tomyam.

Oleh kerana pola makanan rakyat negara ini sudah berubah dengan menggemari tomyam; hinggakan orang kampung sendiri pun hampir-hampir lupa akan ikan singgang, ikan masak asam, ayam masak kari dan bubur cha-cha, menyebabkan setiap daerah di negara ini punyai variasi tomyamnya tersendiri. Namun pengekalan rasa asli tomyam yang menjadi asas masakan iaitu masam, pedas dan serai wangi masih dikekalkan di dalam setiap hidangan.

Mungkinkah selepas ini dunia akan mengenali tomyam versi Malaysia atau tomyam versi Melayu? Ahaks, siapalah yang tahu kan?

Secara peribadinya maza sukakan tomyam yang dihidangkan di dalam mangkuk tanah seperti di dalam gambar-gambar di sini. Kehebatannya terletak kepada kesenian hidangan.

Untuk menikmati hidangan sebenar tomyam, seseorang itu harus memanjangkan muncungnya sepanjang-panjangnya sebelum menghirup berdekit-dekit dan disudahi dengan perkataan, "ahhhh". Enak, kan? hehehehe


Ahad, 12 Jun 2011

Sambal Ketuk

Gambar 1: Ramuan

Anda bolehlah mengambil nota resepi bahan ramuan itu dari gambar yang disediakan seperti di atas.

Pengenalan

Semenjak tersiarnya entry Ke Dapur: Pertama Kali lalu, menyebabkan saya menerima pelbagai mesej.

Antaranya meminta malah menyuruh saya untuk menyampaikan skil kungfu membuat sambal; terutamanya sambal ketuk, yang saya tuntut dan praktikan sejak lebih 15 tahun itu.

Belakang di atas kelebihan dan kesempatan di hujung minggu lalu, setelah memerah otak untuk menjejak kembali skil yang sekian lama tertinggal, akhirnya dengan penuh keringat saya lontarkan kesemuanya di sini dengan dokumentari bergambar.

Diharapkan saudara sekelian dapat memanfaatkannya dan berpuas hati.

Asal-Usul Sambal Ketuk

Arakian tersebutlah kisah akan namanya sambal ketuk diambil daripada perkataan Jawa.

Bermulalah cheretera bahawa sebagaimana semua orang sudah ketahui, sambal adalah kata nama gantian ke atas sejumlah cili atau lada yang dikisar atau dilenyek untuk dijadikan makanan. Kemudian ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan sambal!

Frasa ‘ketuk’ dalam bahasa Jawa bermaksud menumbuk atau mengetuk cili hingga lumat di dalam lesung.

Jadi gambungan kedua-dua frasa tersebut membentuk satu kata nama baru iaitu “Sambal Ketuk.”

Nama lain bagi sambal ketuk ialah:-

a) Sambal tumbuk

b) Sambal lesung ikan bilis,

Cara-cara Penyediaannya

Cara penyediaanya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam lesung batu. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat.

Tetapi lagi elok kalau anda berdisiplin sedikit!

Jumaat, 10 Jun 2011

Terjah sama itu orang....

Minggu sudah masing-masing sudah maklum. Maza sudah settelkan semua hutang-hutang terhadap kengkawan.

Rasanya semua kengkawan yang terlibat itu telah menerima habuan masing-masing.

Kes kali ini ialah hadiah pemenang bagi kontes Garden of Eden telah pun diedarkan kepada mereka yang telah berjaya menggondolinya.

Antara pemenang tersebut ialah:-

Tempat pertama: ... Lela (Alam Desa)
Tempat kedua: .... Adele
Tempat ketiga: .... Mekar
Tempat keempat - ketujuh: ... Aku biomed, Gigi Arnab, Kak Tie, Sakura...

Sesetengah hadiah itu maza titipkan melalui Pos Malaysia. Dan sebahagian besar pula maza menghantarnya sendiri. Jimat duit stem lorr.. hahahaha

Hadiah yang dihantar menggunakan perkhidmatan pos disebabkan kesukaran capaian. Ini disebabkan mereka berada di luar kawasan liputan maza. Mereka itu ialah:-

1. SuLela
2. Gigi Arnab (Yaite)
3. Kak Tie

Sedang mereka yang maza lawati pula adalah mereka yang berhampiran dengan lokasi habitat maza... hahaha. Mereka itu ialah En. Akuboumed dan bEe....

Gambar: Akubiomed 

Gambar: bEe @ Sakura 
Cuma seorang sahaja yang maza buat penghantaran yang agak luar biasa iaitu di luar liputan. Manusia yang maza maksudkan itu ialah si adek techik yang suka main ping-pong dan teng-teng ... loncat sana, loncat sini itew .... Lain tidak bukan dia ialah Adele.

Gambar: Adele.
Kebetulan maza hendak ke selatan dan melalui kawasan eraman Adele. Jadinya maza singgah ajelah sambil main mata jeling-jeling tatkala dia sedang makan tengahari bersama jurulatihnya itew. hehehe.

Jadinya, tahniah kepada kengkawan. Jangan serik lagi naaa...

Opps.... Hari ini hari Jumaat, malam tadi malam Jumaat, selamat hari Jumaat ya kengkawan ... maza mahu lantun-lantun ya.. hahaha...




Rabu, 8 Jun 2011

Salam Berbicara Cinta ... episod kedua


Mereka harus melalui tiga pintu utama sebelum tubuh Fahmi diseret. Tidak habis-habis mereka menendang punggung Fahmi sebelum dia dihumban ke sebuah kerusi yang terletak betul-betul di bawah sebiji mentol filamen.

Bilik sempit ini hanya diterangi oleh cahaya mentol itu. Fahmi tidak dapat melihat muka mereka yang di sekeliling kecuali gerakan-gerakan yang samar-samar. 

Fahmi kemudiannya diarahkan duduk di atas kerusi itu. Lambat sedikit dijerkahnya dan penerajang akan hinggap ke tubuh. Kini tahulah Fahmi bahawa sekarang dia berada di dalam bilik soal siasat!

Selesai Fahmi duduk tangannya terus digari. Lampu yang satu itu betul-betul tegak terpancar di atas umbun-umbun kepalanya. Selesai menggari tangan dan kaki, dua orang soldadu tadi meninggalkan Fahmi di situ.

Hampir setengah jam Fahmi berkeadaan demikian rupa. Dia sudah lama separuh bogel. Semenjak ditangkap dan dicampak ke dalam penjara dia sudah berkeadaan begitu. Yang tinggal hanya seluar panjang yang masih melekap menutup aurat. Baju dan seluar dalam sudah lama dirampas oleh pengawal penjara.

Keadaan bilik soal siasat sungguh menyeramkan. Jiwanya tertekan. Sejuk mula menerjah sepelusuk tubuh. Malangnya dia tidak dapat memeluk tubuh untuk memanaskan badan yang sudah separuh togel itu. Kaki dan tanggannya sudah dibelenggu, dipasung di atas kerusi.

Tidak lama kemudian empat orang pegawai menolak pintu bilik soal siasat itu. Seorang demi seorang masuk ke dalam bilik yang menempatkan Fahmi.

Salah seorang pegawai itu memberi salam. Mulanya dia berkata lembut, tersusun dan baik sekali. Beliau menerangkan pertuduhan yang dikenakan ke atas Fahmi.

“Saya Inspektor Kamal. Ini Inspektor Zakri. Awak Fahmi bin Abdul Muthalib dituduh telah merogol Noura Binti Ibrahim. Adakah awak mahu mengaku salah di atas jenayah merogol Noura?” Sungguh pun mereka memperkenalkan diri, tetapi muka masing-masing tidak dapat dilihat. Wajah mereka tidak kelihatan di balik kesamaran bilik itu. Entah betul atau tidak nama yang diperkenalkan tadi, Fahmi tidak tahu. Yang pasti, mereka semua sudah menggelilingi Fahmi di setiap empat penjuru.

Isnin, 6 Jun 2011

Salam Bicara Cinta...

Fahmi berkeluh kesah. Sudah sebulan dia dipenjara. Dia sendiri pun tidak faham, kenapa ada manusia sanggup memfitnahnya hingga dia di penjara. 

Di balik jerigi besi itu dia duduk sambil memegang dua lututnya. Badannya disandarkan di dinding tebal penjara itu. 

"Apa dosa aku? Apa salah aku kepada kamu? Kenapa kau sanggup mendustai dan memfitnah aku?! Ya Tuhannnnn!!!" Fahmi menghantuk-hantukkan belakang kepalanya ke dinding. Mulanya perlahan sekarang bertambah kuat pula. Seperti dia tidak merasa apa pun. Dihantuk-hantuk ke dinding itu sehingga bergegar jerigi besi penghalang antara dua dunia; dunia bebas dan dunia terkurung. 

Fahmi cuba mencari jawapan sendiri. Mahu memahami situasi. Semakin dicari jawaban semakin banyak pula persoalan. Adakalanya dia berasa amat lemah dan berputus asa. 

Sekarang Fahmi mengadap dinding. Dia hadapkan muka dan sekujur tubuhnya ke batu-bata keras itu. Lantas Fahmi terus menghanggul-hanggulkan kepalanya. Dia mahu keluarkan masalah yang berkampung di dalam otak semakin bening dengan permasalahan dihadapinya. 

"Hei Fahmi, apa yang kau cuba lakukan?" Salam menegur Fahmi. Dia meluru mendapatkan Fahmi. Dia cuba menahan perbuatan Fahmi. Salam merasakan perbuatan sia-sia itu sudah terlalu melampau. Kalau dibiarkan mungkin otak Fahmi akan bertaburan di situ. Atau Fahmi akan terus gila dalam saat menghadapai cubaan dunia. 

Salam memegang kepala Fahmi. Dia cuba menghentikan kelakuan Fahmi yang sudah naik hantu. Dipeluknya Fahmi agar berhenti melakukan kerja bodoh tersebut. Didakap erat hingga terkunci semua pergerakan. Akhirnya Fahmi tidak berdaya lalu menyerah.

"Apa yang kau cuba lakukan ini Fahmi?" Salam menyergah. Salam memegang kuat bahu Fahmi sambil menggoncang-goncangkannya. Salam berharap ia dapat menyedarkan Fahmi yang sudah kemaruk itu. 

Fahmi terus menangis. Dia tenggelam dalam esakannya. Fahmi sudah dirasuk, semakin hilang pertimbangan waras. Dia hampir-hampir lemas dengan penderaan kezaliman ini. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails