‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 9 Disember 2010

Diari Islamiah 2011



Maza dapati diari ini amat menarik untuk dimiliki. Terdapat empat warna pilihan iaitu Ungu, Biru, Hijau dan Hitam.

Selain untuk catatan, merekod, dan merancang, Diari Islamiah 2011 juga berguna sebagai peringatan terutama perihal soal pengetahuan Agama Islam.

Pada tiap-tiap muka suratnya terkandung ayat-ayat tafsir Al-Quran dan Al-hadis. Tiap-tiap helaian hari Jumaat pula tercatat sirah Nabi dan kisahnya mengikut turutan sejarah.

Ia juga dilengkapi oleh beberapa keping gambar yang cantik dan menarik di segmen halaman awalnya.


Diari Islamiah 2011 juga menyelitkan beberapa info yang berguna sebagai panduan Muslimin. Antara info ringkas tersebut ialah seperti berikut:-



Data Peribadi



Kalender



Takwim



Doa Awal Tahun



Doa Akhir Tahun



Rukun Islam



Rukun Iman



12 Azab Meninggalkan Solat



Jamak & Qasar



Tazkirah



Senjata Mukmin



Adab-Adab Dalam Kehidupan



Beramal Dengan Ikhlas



7 Pesanan Nabi Kepada Abu Zar



10 Pesanan Allah SWT Kepada Nabi Musa AS



7 Macam Pahala Dinikmati Selepas Mati



Mati Sebelum Hidup



Mandi Jenazah



Saat Di Mahsyar



Peristiwa Yang Berlaku Dalam Seminggu



Iskandar Zulkarnain Penakluk Agung



Tokoh Agung Islam



14 Kaedah Syaitan Memasuki Hati Manusia



Bercinta Dengan Jin



Penyakit Was-Was



7 Tanda Diserang Kanser



Antara Dua Darjat



Waktu Solat



Cuti Umum Di Malaysia



Keturunan 25 Nabi & Rasul



Alamat & Telefon


Diari ini juga sesuai untuk semua golongan sasar. Iaitu sama ada untuk persendirian, hadiah, cenderahati atau perhubungan korporat.

Anda boleh dapatkan naskah Diari Islamiah ini di kedai-kedai buku berhampiran terutama kedai buku yang besar seperti di Popular dan Times Book Store.

Jika anda inginkan membeli secara dalam talian, anda boleh hubungi nombor berikut :-
Sterling Crown Sdn. Bhd. 03-2282 7688 .
atau email kepada info@sterlingcrown.com.my.

Harga yang ditawarkan ialah RM16.00 senaskah.

Jadi, apa lagi kengkawan ... sila dapatkan naskah anda... Terhangat di pasaran ni dehh... Akhir kalam dari maza, salam malam Jumaat ya kengkawan.. huhuhu...

Selasa, 7 Disember 2010

Manisan pembuka mulut ahlul shyiam

Epal

Hari ini Disember 7, 2010 bersamaan Muharam 1, 1432.

Kalau orang sambut tahun baru masihi di sebelah paginya terbongkang di atas katil. Tetapi sebagai Muslimin sejati mahukan keredhaan dan pahala dari Tuhan ada yang berpuasa hari ini.

Dari itu maza hendak ucapkan selamat berbuka puasa dan nikmatilah rezeki yang baik-baik dari Tuhan jua.

Apple

Sebenarnya dalam bulan Muharam ini banyak hari-hari yang disunatkan berpuasa. Tak lama lagi pada 9 Muharam membawa 10 Muharam kita akan menyambut hari Asyurah pula.

Jadi hari ini maza tepek satu jenis gambar sahaja sebagai pembuka manisan untuk mereka yang berpuasa.

epal

Berbuka dengan tamar adalah sebaiknya.

Salam Ma'al Hijrah ya kengkawan... hehehe

Isnin, 6 Disember 2010

Menyulam yang baharu

nasrun

Hari ini bermulalah lembaran baru. Buku lama ditutup untuk dihisab nanti dan buku baru akan dibuka.

Hari ini juga menandakan sudah terkoyaklah tabir kalender Zulhijah bertukar kepada Muharam. Ini juga bermakna tahun 1431 Hijrah sudah pun meninggalkan kita. Selamat datang pula 1432 Hijrah.

Kini kita menginjak di tahun baru Ma'al Hijrah.

Tahun baru membawa erti sudah 1431 tahun Rasulullah SAW dan para sahabatnya berjuang menegakkan Islam untuk generasi manusia hinggalah kepada kita dan anak-anak kita.

Dalam pada itu mari kita berdoa agar buku lama yang punyai tanda hitam dapat diputihkan dengan menadah tangan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Dan buku baru pula kita hiasi dengan warna-warna kemeriahan pahala dan kecemerlang akidah!

Dari itu, maza ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru. Mudah-mudahan tahun ini kita beroleh keberkataan dan bertambahlah kebaikan dalam kehidupan ini. Insyallah ... ameeennn


Tepek satu gambar anak sudah. Juga menandakan dulu dia sebesar dua tapak tangan, sekarang sudah sepemeluk pula.. huhuhu

** Terima kasih Alai Jaya Enterprise kerana sudi jadi pengikut maza... huhuhu.. tambah lagi kengkawan gitew.... terharu seh..


Dua Peristiwa Besar ... Tarian Berair

Disember 5, 2010 (Ahad) - Ada dua peristiwa besar berlaku kepada negara pada hari ini.

Pertama ialah kita berjaya memecahkan rekod dengan penyertaan tarian rakyat yang terbesar di Malaysia. Peristiwa bersejarah ini dirakamkan di dalam Malaysia Book of Record.

(Gambar: Perdana Menteri bersama isterinya)

Program tersebut yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan seramai 15 ribu orang rakyat Malaysia menari bersama di pagi hari bermula jam 7.00 pagi di Dataran Merdeka.

Majlis tersebut diberi nama Cuti-cuti Tarian 1Malaysia.

Diberitakan juga program tersebut akan dijadikan program tahunan dan menjadi salah satu kalender pelancongan Malaysia kelak.

Katanya lagi, ini juga sumbangan untuk kemajuan negara dan rakyat. Terutama untuk kesihatan dan pelancongan.

Peristiwa Kedua.

Di sebelah tengah hari sekitar selesai solat Zuhur satu lagi perhimpunan besar berlaku. Kali ini di Masjid Negara.

Bukanlah acara tahlil mahupun konsert 1Malaysia. Tetapi kisah Menteri Besar Selangor bersama barisan rakyatnya mahu menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan.

YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu pihak istana campur tangan perihal isu air di Selangor. Khususnya perihal pemulangan pengurusan air Selangor kepada kerajaan negeri daripada diuruskan oleh kerajaan pusat dan Syarikat Syabas.

Isu ini berkaitan kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat Syabas.

Menteri Besar juga dikatakan mahu menyelamatkan rakyat Selangor daripada menanggung kenaiktan tarif air +-30% dikelolakan oleh Syabas.
Kesimpulan

  1. Kedua-dua peristiwa pasal rakyat dan negara.
  2. Peristiwa satu berlibur dan berpeluh. Peristiwa dua berpeluh, berperih jerih lari dari disirami oleh water canon FRU.
  3. Peristiwa satu tersenyum-senyum, tersengeh-sengeh masuk TV. Peristiwa dua tersengeh-sengeh, termengah-mengah kena selalu hati-hati.
  4. Dua-dua peristiwa ada pengkritik tegar!
  5. Anda bolehlah fikir dan tambah sendiri... hehehhe

@maza: selamat hari Isnin. Baik-baik kerja. Esok sudah cuti Tahun Baru Ma'al Hijrah....

Ahad, 5 Disember 2010

Gadis Merah Nikon...

(Gambar: Gadis Merah Nikon)

Disember 4, 2010 - Ini kali pertama maza bertemu dengan Gadis Merah Nikon tersebut di Majlis Perasmian, Karnival Jualan Produk, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan.

Model ini sengaja maza berikan tag sebagai Gadis Merah Nikon disebabkan dia mengalungkan kamera Nikon di tengkuknya.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Bakti (Persatuan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia) yang dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Ia dianjurkan bersama Semai Bakti dan UiTM Shah Alam.

Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) sebenarnya sebuah agensi kerajaan yang mendidik anak-anak kurang upaya (OKU). Ini tidak bermakna Gadis Merah Nikon ini tergolong dalam kalangan kumpulan pelatih PDK itu ya kengkawan ... huhuhu

Gadis ini bernama Ti Syuhada dan merupakan mahasiswa UiTM berkampus di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Diberitakan bahawa Ti Syuhada ini ialah AJK program tersebut yang telah pun berlangsung selama lima hari lalu.

(Gambar: Girl in red)

Mulanya dia asyik memandang-mandang perilaku maza. Dalam diam-diam, maza termelatah lalu terpetik kamera yang itu. Hasilnya ambik ko satu kali potret Ti Syuhada.


Setelah mendapat kebenaran daripada tuan badan, maka maza pun tepekkanlah hasil maza yang tak berapa seni.

Lokasi: Stadium Titiwangsa
ISO: 6400
TV:1/10
AV:5.6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails