Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Ahad, 31 Mei 2020
PENJAJA KERANG REBUS
Saya mula berniaga (menjaja) sejak kecil lagi. Seingat saya setidak-tidaknya berumur 7 atau 8 tahun. Ketika itu (1980/81) saya menjaja buah manggis dan rambutan hasil daripada dusun kami.
Di Sekolah Menengah Kahang (tingkatan 3/4) saya menjaja air dan sandwich di padang sekolah ketika hari sukan dan ko-kurikulum. Saya mewakili Pasukan Pengakap.
Tahun 1993/94 saya berniaga di kantin Sekolah Sultan Abdul Jalil, Kluang bersempena hari terbuka sekolah. Kali ini saya mewakili Persatuan Perdagangan dan Ekonomi. Sebagai pengerusi persatuan tersebut, saya memutuskan (setelah mendapatkan nasihat daripada cikgu penasihat) kami menjaja kuih karipap (dan satu lagi produk saya tak ingat).
Seputar tahun 1995-1999, saya juga terlibat menjaja dan berniaga di kolej dan fakulti. Dalam kursus EB101 (Dr. Sabri) tahun pertama itu, saya dilantik sebagai ketua SBU (Strategic Business Unit) dan kami menjual t-shirt Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEA). Asalnya hendak menjual basikal di universiti, namun hasrat terbantut.
Pada tahun pertama ini juga saya telah dilantik sebagai Ketua Biro Ekonomi, Jawatankuasa Pengembangan Etika & Kerohanian (Pengerusi Nazrudin Hashim). Projek yang dijalankan ialah menjaja kerepek dari bilik asrama.
Tahun kedua saya meniaga baju 'sweater' dengan rakan² projek DEBAT ASEAN III. Pada sesi tahun 1996/97 ini juga saya menawarkan perkhidmatan menjadi buruh. Saya mengambil upah mengecat rumah kawan kepada penyelia kolej di Bangsar ketika bulan Ramadan. Upahnya lumayan dan saya berkongsi dengan saudara Rozlan Mohamed Noor dan Rizalman Abdul Halim / Rizalman Abd Halim.
Kemudian saya terlibat secara tidak langsung dalam Projek Gerai Konvo pada tahun dua dan tiga pengajian. Asalnya hendak menyokong rakan² kolej. Kami mendirikan warung ketika Pesta/Festival/Expo Konvokesyen UM.
Pada tahun 1998/99, saya sebagai Pengarah Pertandingan Muzik Akustik UM telah mengambil inisiatif untuk mencari dana projek dengan menyertai pesta Hari Terbuka Kolej Kinabalu. Kami menjaja kerang rebus. Alhamdulilah, setelah ditolak kos, kami memperoleh laba RM5.00 🤭😆😆. Hal ini berikutan kos bahan mentah yang melambung dan harga pasaran tidak berubah.
Tidak berputus asa dengan keadaan itu, kami menjual t-shirt dan jaket dengan mengambil dalal. T-shirt dan jaket ini sebenarnya lebih kepada membantu bisness kawan saya yg juga pengerusi JKP/JTK ketika itu iaitu saudara Mohd Nazim Badruddin.
Saya terus berniaga dan menjaja sehingga kini. Saya dan isteri mengusahakan BEKAL (perkhidmatan makanan), Ronawarna (Fotografi), Gerobok Buku (perbukuan) dan Ciptawarna Enterprise (Penerbitan).
~hik hik~
Jadi, usah risau berurusan dengan kami.
Ammak satu kali.
🤭😁😁
Nukilan
Langgan:
Catatan (Atom)