Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. Merupakan syarikat pengangkutan bas utama di sepanjang jalan Kluang-Mersing sehinggalah ke hari ini (2015) |
1991 - di dalam bas Mersing.
Ketika zaman remaja, maza bersekolah di sekolah kampung sahaja. Membesar bersama-sama rakan desa semenjak tadika hinggalah tamat ke tingkatan 5 sebelum melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah bandar pula.
Gambar pelajar di atas merupakan gambar teman sebaya maza ketika pulang dari sekolah. Dalam gambar itu kelihatan Arwah Brad Harris, Zainal Sani, Konduktor Bas Berdidikasi, Maza, Suhaile Sulaiman dan Selamat Abu.
Gambar di atas dirakam sekitar tahun 1990/91. Kondisi bas lama itu dengan tempat duduk paras pinggang orang dewasa dan berpenyandar kepala besi krum. Manakala tingkapnya masih menggunakan kudrat untuk mengangkat ke atas apabila hendak menutupnya terutama ketika hari hujan. Hampir serupa dengan bas zaman klasik Bukit Kepong.
Disebabkan sekolah menengah yang jauhnya lebih kurang 7 batu dari kampung, maka perkhidmatan bas awam menjadi pilihan sebagai pengangkutan ke sekolah selain bas sekolah. Malahan penduduk kampung sendiri menjadikan pengangkutan bas sebagai pengangkutan utama untuk menghubungkan antara kampung, ke pekan (Kahang) dan bandar Kluang atau Mersing.
Malahan ada masanya pengangkutan awam ini menjadi kenderaan mengangkut hasil pertanian penduduk kampung. Pak Amir dan Arwah Pak Cik Idik (bapanya Asrak) pernah mengangkut getah kepingnya untuk dijual ke pekan Kahang dengan menggunakan perkhidmatan bas awam ini.
Syarikat Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. telah lama wujud. Kalau tidak silap Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. ditubuhkan sebelum merdeka lagi.
Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. |
~gambar pelajar di atas di kutip melalui koleksi gambar senior. Maza tidak pernah menyimpan gambar klasik tersebut