Halaman
‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.
nuffnang
Khamis, 29 Disember 2011
Sabtu, 24 Disember 2011
Sudah tiba musimnya badai datang tetap diranduk jua
Sudah tiba waktunya. Tak mengira waktu tengkujuh atau musim banjir, kalau sudah sampai seru dan jodohnya, tetap kenduri perkahwinan diadakan.
Sekarang memang musim perkahwinan pun, jadinya hampir tiap-tiap minggu banyak jemputan diterima.
Tahniah kepada pengantin baru, terutama kepada adik ipar maza yang telah diselamat diijabkabulkan pada 23. Dis. 2011.
Oleh kerana musim hujan dan di hujung tahun, maza sedang mengira kalau-kalau akan dapat anak saudara yang baru pada pertengahan tahun depan pula... hehehehe
Category:
Keluarga,
Photography,
Semasa
Khamis, 22 Disember 2011
Do It DUIT
Gambar: Nasibeh Behzadian (Iran - UMKL) |
Malam ini malam Jumaat. Antara malam yang diperkira sebagai mustajab doanya. Jadinya bagi para pejuang -- penuntut ilmu, ini adalah masanya yang sesuai memohon kepada Illahi agar dipermudahkan segala urusan.
Dengan syarat kita harus berusaha terlebih dahulu barulah berdoa dan bertawakal. Jadinya, lakukan (Do it) Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT).
Kalau diperhatikan dalam konsep DUIT ini, berkerja mendapatkan sesuatu itu (usaha) harus lebih keras dua kali ganda (disebabkan terdapatnya dua kata kerja iaitu Usaha dan Ikhtiar yang merujuk kepada kata kerja) kemudian berdoa dan bertawakal.
Bukan sahaja kepada para penuntut ilmu, juga para Muslimin; ambillah peluang ini untuk berdoa, bermunajat dan berbuat amal soleh. Mudah-mudahan segala hajat yang baik dan menghasilkan kebajikan mendapat pekenan Allah SWT dan dimakbulkan.
Selamat beramal.. hehehe
Category:
Rencana
Isnin, 19 Disember 2011
Sekarang perlu bertenang...
Kata mat salleh kat sebelah rumah sanun, "..need rest after stress... need indulge to comfort oneself..."
Kata Tok Limah, syarat untuk berbahagia dan segar bugar ialah ketenangan. Ahaks, jadinya kita perlulah berehat dan bersenang-senangkan diri, walaupun situasi tidak begitu nak tenang.
Penyudahnya maza sudah merehat-rehatkan badan dengan mengunyah-nguyah aiskrim di tepi tasik nan indah di Kota Damansara.
Selamat makan aiskrim ya kengkawan.
Category:
Keluarga,
Photography,
Semasa
Jumaat, 16 Disember 2011
Mekarlah bunga-bunga indahku...
Ya! Demikianlah harapan maza; mekarlah bunga-bunga indah kehidupan maza.
Di hari Jumaat yang mulia ini maza panjatkan ke hadrat Ilahi di dalam doa yang mendayu-dayu penuh harapan agar cabaran hidup ini mampu diharungi dengan tabah dan berada di landasan yang betul iaitu yang diredhai oleh Allah SWT.
Selain menuntut ketabahan dan sabar sebagai syarat menjadi orang-orang Mukmin yang bertakwa, maza juga mohon kepada kengkawan agar mendoakan segala urusan maza dipermudahkan. Terutama dalam hal urusan bonda maza yang uzur ketika ini dan soal masa depan maza dalam mengharungi peperiksaan yang bakal dihadapi lagi dua minggu.
Cabaran kali ini dirasakan begitu getir, namun maza masih mampu bernafas dan bertahan. Mudah-mudahan apa yang dilalui ini menambahkan lagi keimanan dan memperoleh rahmat yang melimpah ruah dari Allah SWT Yang Maha Esa.
Category:
Photography,
Semasa
Selasa, 13 Disember 2011
Selepas maza kini emak pula...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilah maza kembali pulih sepenuhnya setelah dilanda ujian dengan penyakit CAP (pneumonia).
Baru sahaja 6 minggu keluar dari hospital, kini emak maza yang sempat merawat maza tempoh hari pula dimasukkan ke hospital Kluang. Sedang maza sekarang berada di KL dan hujung minggu sudah maza sempat melawat emak selama dua hari berturut-turut.
Kali ini emak dirawat untuk penyakit kencing manis. Tapak kakinya bernanah dan terpaksa dibedah.
Kali ini emak dirawat untuk penyakit kencing manis. Tapak kakinya bernanah dan terpaksa dibedah.
Hari ini merupakan kali ketiga emak diusung ke dewan bedah untuk selang empat hari berturut-turut.
Jiwa maza tidak tenteram. Gelodak membadai segenap ruang rusuk perasaan. Resah, gelisah menghempas hati. Degupan jantung tidak menentu, kejap deras, kejap pantas seolah-olah seperti atelit pelari pecut 100 meter sedang mengerah kederatnya. Rusuh bergelora menghentam segenap pembuluh darah.
Dalam masa sama, maza harus menghadapi peperiksaan bagi kursus yang maza ambil itu. Allahu akhbar!
Sepuput doa dihadapkan kepada Ilahi dengan penuh pengharapan agar doa ini dimakbulkan:
"Ya Allah! Sembuhkanlah penyakit ibuku, dan panjangkanlah umurnya agar aku dapat berbakti kepadanya lagi. Aku belum puas menagih kasih dan sayang ibuku. Ampunilah dosa kami sekeluarga....."
Category:
Keluarga
Langgan:
Catatan (Atom)