Assalamualaikum w.b.t...
April 17, 2007 - Adakalanya apa yang berlaku hari ini, yang penuh kegirangan, senyuman, gelak-ketawa, meriah, bahagia, sukar, perit-jerih, runtunan jiwa, derita, cinta, kasih... dan hari pula semakin berlari, dari masa terus ke semasa, dari zaman menyusur ke zaman yang akhirnya kita jua terus berlalu bertatih. Kini apa yang tinggal hanyalah Hamparan Kenangan...
Kenangan ini adakalanya mengusik hati, mengusik jiwa, meruntun rasa. Lantaran itu ia membuahkan sebuah kerinduan... tetapi mampukah kita mengulangi saat-saat itu...
Di suatu ketika dahulu, kita pernah sama-sama berdoa untuk keluar dari institusi pengajian dgn segera, tetapi Tuhan lebih maklum menjadikan masa itu dirasakan begitu pelahan buat kita. Rupa-rupanya Tuhan mahu kita menikmati saat-saat yang manis yang tiada ternilai harganya, saat-saat yang tidak akan terulang kembali. Kalaupun berulang, barangkali tidak akan sama rasa dan perasaannya.
Alam remaja itulah yang membina diriku pada hari ini... dan aku amat merinduinya, terutama padamu teman, terima kasih kerana menjadi sebahagian rona-rona hidupku.
selam bahagia, salam kenangan..
maza..