‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 29 April 2011

100 Helah Lari Berpetualang Desa ke Desa

Sekitar Tahun 1988 / 89

Pekaka Rimba, Engang, Helang, Nuri – nama-nama rumah pasukan ketika aku di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Jalan Mersing (SMK). 

Walaupun nama-nama tersebut nama erotik, tetapi tidaklah rumah pasukan kami dibezakan dengan bentuk paruh atau bulu pelepah burung. 

Rumah pasukan masih dibezakan dengan kaler.

Pekaka Rimba – Merah
Engang – Hijau
Helang – Kuning
Nuri – Biru.

Tiap-tiap tahun akan diadakan sukan tahunan. Setiap pasukan saling bersaing untuk menjuarai piala itu. 

Di sekolah SMK kebiasaanya pasukan Engang dan Pekaka Rimba yang kerap menjadi johan. Lagipun sekecil itu juga kami sudah pandai main politik memilih ahli keluarga rumah mengikut kroni masing-masing. Ini semua gara-gara memastikan pasukan kami adalah ‘ Sang Juara’.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kengkawan jangan lupa ya untuk menghantar penyertaan kontest Garden of Eden. Esok (April 30, 2011) adalah hari penamat penyertaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Acara yang paling aku tak suka ialah segala yang berkaitan dengan belari. Bagi aku ianya kosong! Macam tak ada matlamat.

Baik acara 100 meter, 200 meter, 4 x 400 meter atau lari dalam guni, semuanya aku tidak minat.

Tetapi kalau main bola sepak atau hoki aku cukup suka. 

Akulah antara yang akan ke depan menawarkan diri untuk menjadi pemainnya. Tapi kerap kali jugalah menjadi pemain simpanan! Ini semua hasil sikap nepotisme kapten pasukanlah...Huh tak adil! (kekonon tak nak mengaku bahawa tak ada bakat dan main pun tak cukup 'terror' hahahaha)


Merentas Desa

Satu petang di hari yang cerah dan panas, acara merentas desa yang wajib setiap pelajar sertai akan diadakan. Sekumpulan pelajar, termasuklah aku, sedang berkira-kira tidak mahu turut serta. Masing-masing sedang mencipta alasan untuk dilontarkan kepada cikgu rumah pasukan masing-masing!

Rabu, 27 April 2011

Blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan masuk majalah

Alhamdulilah berkat kesabaran dan ketekunan, akhirnya blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan (GKKJ) ini masuk majalah.

Majalah yang dimaksudkan ialah majalah poskad2u.wordpress.com.

Apa lagi, melantun-lantun, melompat-lompat tinggilah maza seadanya. Maza melompat hingga cicah awan sambil menghirup Kopi 434 produk keluaran Tangkak, Muar, Johor itu, *ketawa girang, hehehhe (err.. betul ke abang mail nama kopi tu?)

Cuma majalah ini tidaklah boleh didapati di pasaran seperti majalah-majalah yang biasa-biasa itu. Ia terlalu istimewa!


Gambar 1: Muka Majalah berpotretkan famili

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________________________________


Isnin, 25 April 2011

Nek Cun Di PWTC

April 23, 2011 (Sabtu) - maza sudah terjah ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011.

Sampai di PWTC yang terserenggam indah di Jalan Tun Abdul Razak itu jam 12.00 tengah hari. Maza menghadapi kesukaran mencari tempat parkir hingga berputar-putar dua tiga kali juga di sekitar PWTC itu.

Akhirnya maza berjaya menyelusup masuk dan dikenakan caj parking RM8.00 sekali masuk. 

Gambar 1: If there have a will power, no matter where it is, one will read  even sitting on the floor with a crowd of people buzzing around

Gambar 2: Book worm
Punyalah ramai orang menyerbu, terutama putera dan puteri dari sekolah menengah dan rendah memenuhi ruang pameran. Macam-macam bahan bacaan dipamer dan dijual. Harga pula berpatutan dan sesetengahnya amat murah. 

Gambar: Novel Nekcun

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________

Gambar 3: Amirah, antara petugas di balik pentas

Jumaat, 22 April 2011

Di atas titi itu ...


Gambar 1: Di atas titi

Maza ada menerima email, panggilan dan sms dari kengkawan. Mereka meminta maza melanjutkan lagi penceritaan tentang titi yang pernah maza siarkan suatu ketika dulu. Entry itu kengkawan boleh baca di sini: Sepatu Putih untuk Anak.

Jadi, kali ini maza cuba tunaikan permintaan kengkawan yang manis-manis itu. (Ahaks, harap-harap manisnya itu tidak membuatkan ramai orang kena kencing manis.. hehehehe)

Bermulalah Cheretera

Di hadapan rumah maza itu ada ban (taliair). Seberang ban ada dusun. Manggis mendominasi dusun tersebut selain tanaman kelapa, rambutan, petai, jering, lalang, resam. Beberapa batang pokok durian, rambai, nangka, cempedak turut subur. Pokok jambu batu pula tumbuh meliar saling bersaing dengan pokok senduduk.

Pokok buah-buahan itu bukannya arwah ayah yang tanam semuanya. Arwah atuk yang tanam. Kemudian disulam oleh ayah dan emak.

Di hujung tanah dusun itu diamnya sawah tempat kami mencari sesuap nasi. 

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. 
Click here to join
________________________________________________________________________________

Selain menanam padi, di sawah itu jugalah tempat kami mencari lauk untuk makan malam. Rezeki alam begitulah katanya. Kami akan menangguk, menggagau, menjaring, memasang bubu, memancing ikan, menyeluk lubuk dan pelbagai lagi aktiviti perikanan di sawah itu. Pantang dengar perikanan cara baru, kami akan mencubanya. 

Gambar 2: Ujang bersama anak sulungnya sedang menangguk ikan di dalam ban.

Oleh kerana sumber pengairan ban ini datangnya dari Sungai Madek maka ikan-ikannya juga bersumber dari sana. Antara hidupan merin sungai yang terdapat di sawah dan di ban ini ialah puyu, keli, ikan putih, seluang, haruan, udang, labi-labi, belut, ikan ingeh-ingeh, baung, tapah, tuntung, toman, dan sebagainya. 

Rabu, 20 April 2011

Sambung Belajar: Graduasi


Feb 10, 2009


Gambar: Beruang Sarjana pegi sekolah tinggi. hehehe

“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”

Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa rebah.

“Ah’ah Mak. Along tu nanti, bila dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi graduan, mulalah tak ingatkan kita. Entah-entah lupa anak bini pulak. Mulalah dia pasang angan-angan nak berbini lagi satu!” adik ipar maza menambah perisa keperitan.

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________

“Tidak. Abang janji, abang tak sia-siakan sesiapa pun. Emak tak payah susah-susah keluarkan belanja. Duit orang rumah abang pun abang tak akan usik. Abang akan kerja lebih masa. Kalau perlu, abang akan kerja part time untuk menampung yuran kuliah.

Apa yang penting sekarang ini ialah restu dari emak. Mudah-mudahan perjalanan abang dan keluarga ini diberkati dan berjaya."

“Ell ... leh ... lelaki memang macam tu. Belum dapat, bagai menanam tebu di hujung bibir. Tabur janji aje, buat belum tahu!” pendapat wanita yang stereotype terpacul dari mulut adik ipar maza.

Kemudian emak menambah lagi, “Huh! Payah aku nak cakap dengan engkau ni. Dulu masa suruh pergi sekolah, siap panjat pagar, berlari balik. Lepas tu, bila besar sikit malas nak belajar. Ha! Apa pendapat kau Aida?”

“Errr ... saya ok aje mak. Selagi abang maza tak menyimpang, betul cara dan niatnya. Saya tiada masalah. Lagipun kalau saya halang, seribu satu alasan lagi abang maza boleh buat. Ada aje tu karang. Bukan mak tak kenal anak mak seorang tu”

Walaupun berbunyi agak masam-masam pahit, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan isteri maza sudah dikira menyinarkan isyarat lampu kuning.

Lampu hijau, masih menantikan keputusan emak.

Apakan daya, bila dah besar panjang seperti ini barulah teringat hendak belajar. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat.

“Hmm ... kau mesti janji. Lepas lulus nanti jangan kau nak gatal-gatal sampai tak ingat anak bini. Mentang-mentang dah punya ‘lesen besar’, kau lupakan anak bini pulak. Sudah! Lepas ni belajar bersungguh-sungguh. Ini last. Lepas ini emak tak nak dengar apa-apa lagi. Tau!”

“Yahooo...” dua tangan maza tergapai-gapai ke udara seumpama burung kelicap menghisap bunga.

Ah! Memang salah aku juga. Dulu masa sekolah tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.

Tetapi, sebenarnya maza tidak mahu membebankan orang tua. Menyambung pelajaran ini memerlukan kos tinggi. Dulu masa belajar di Institusi Pengajian di Kuala Lumpur hutangnya masih berbaki.

“Lantaklah! Yang penting aku telah register dua bulan yang sudah. Sekarang ini aku perlu fokus. Peperiksaan semesta akhir sudah hendak bermula. Aku perlu fokus. Fokus untuk lulus ujian atas jalan raya pada 18.02.2009."

Semenjak mendaftar di Sekolah Memandu SKEM, Gombak, Kuala Lumpur, maza dengan tekun mengikuti kelas lesen memandu B penuh.

Walaupun sudah punyai lesen B2 (lesen motorsikal 250 cc ke bawah) tetapi segala tipu helah dan teknik sudah lupa.

Jadi, maza mohon doa kalian untuk mempermudahkan urusan maza, lulus dengan cemerlang dan sempat graduan di pesta konvokasyen nanti!

Akhir kalam - "Betemu Di Kemuncak Kejayaan"



"maza: cerita cita-cita.... lantun-lantun gitew.. miahahahhaa


Nota kaki lompat-lompat: Terima kasih kepada Cik Ladi Bird dan Che Su yang sudi menjadi follower GKKJ ini yang mana tuannya selalu lantun-lantun entah apa-apa entah gitew.... hehhehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails