‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 9 Mac 2011

Tidak perlu berwudhuk apabila waswas


Tidak perlu berwudhuk apabila waswas.

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang antara kamu merasakan sesuatu yang tidak kena pada perutnya lalu waswas sama ada dia kentut atau tidak, dia tidak perlu keluar daripada masjid kecuali selepas dia mendengar bunyi atau terhidu bau kentut. (Hadis riwayat Muslim).


Tidur atau Tidak Tetap Punggung

Safwan bin ‘Assal r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami agar tidak mencabut kasut ketika musafir selama tiga hari tiga malam kecuali jika berjunub, buang air besar, air kecil atau tidur” (Hadis riwayat Ahmad, al-Nasaai dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mensahihkannya)

Berselisih pendapat sama ada tidur boleh membatalkan wudhu’ atau sebaliknya. Namun, terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa tidur yang lena dan tetap punggungnya tidak perlu berwudhu’.

Ibn ‘Abbas r.a berkata:
Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteni Nabi). Rasulullah s.a.w bangun untuk menunaikan solat malam. Lain, aku bangun berdiri di sebeiah kirinya. Kemudian, baginda menanik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebeiah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (Hadis riwayat Muslim)
Menurut pendapat paling sahih, apabila seseorang tidur tetapi tetap punggungnya di bumi dan sebagainya, wuduknya tidak terbatal berdasarkan beberapa hadis di atas. Namun, yang afdalnya ialah berwuduk apabila tertidur berdasarkan maksud hadis secara umum. 



Menyentuh Wanita Ajnabi.

Menurut mazhab Syafie, seseorang lelaki yang bukan muhrim bersentuhan kulitnya dengan seorang wanita, maka wudhuknya akan batal dan perlu memperbaharui wudhuk tersebut sebelum solat didirikan. 



_+++++++_+++++_+++++_+++++_++++_++++_++++

NOTA yang wajib dibaca:

Sedikit tazkirah untuk menggosok mana-mana ruang karat di kepala otak masing-masing. Terutama maza yang selalu lantun-lantun ini (ahaks. *senyum).

2. Terima kasih kepada gadis Toronto, Canada, Cik Fazy Ramsy, Kodok Cool kerana sudi jengah-jengah blog maza GKKJ yang entah apa-apa entah ini. Asyik lantun-lantun gitew... ahaks*senyum.

3. Juga setinggi penghargaan kepada abang encem Jiwa Kacau yang sudi menjadi follower GKKJ ini.. dengan ucapan tenangkanlah jiwa itu...hahahaha.... 

Kengkawan yang di luar sana sama ada pengendap tepat, pembaca pencong atau si mata-mata, bila lagi mahu add kan nama di ruang follower itew.. ahaks.. 

Gambar: Nasrun & Filza (makcik dia lah)
Hari ini hari Rabu, esok sudah Khamis ... moga-moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Ameeennnn..

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails