‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 15 Mei 2011

Terima kasih Cikgu!


Mei 16 adalah Hari Guru yang disambut saban tahun di negara ini.

Maza masih teringatkan bahawa tatkala hari guru ini jugalah masa maza untuk ponteng sekolah. Sebabnya tak ada kelas, cuma meraikan cikgu-cikgu sahaja. Hahahaha

Apabila sudah ada akal sedikit, maza mula melibatkan diri dalam sambutan hari guru tersebut.

Buah cempedak di luar pagar
Bubur chacha kuah pengat
Biar berguru kepalang ajar
Cinta ilmu hidup berkat!…

Salah satu program yang maza pernah melibatkan diri ialah tatkala di tingkatan 5. Maza terlibat berlakon.

Kali ini maza melakonkan watak hero iaitu Hang Tuah. Manakala Hishamuddin Md. Isa (Min) sebagai Hang Jebat. Antara mereka yang terlibat dalam lakonan teater ini ialah Noranoi, Norisam Che Ros dan beberapa orang lain.

Di sekolah kami tidak ada pentas istimewa. Jadinya Meja-meja dirapatkan dan menjadi pentas.

Di atas pentas itulah Hang Tuah dan Hang Jebat berpencak silat. Adegan tikam menikam berlaku hingga menggoncangkan meja tersebut. Hampir roboh tu. hahahaha

Mulanya kami dilarang menggunakan sebarang benda tajam untuk aksi lasak itu. Namun pada hari tersebut keris ciptaan kami (keris kertas) menjadi lembik dan tak bermaya langsung. Kebetulan pula ada dua bilah keris yang entah dari mana dia orang dapat.



Penyudahnya dengan keris pengantin itulah kami bertikaman.

Tuan Pengetua masa tu tak berapa nak setuju lalu meninggalkan pentas kami yang dalam klimaks. Cuma tinggal para pelajar dan guru-guru lain yang turut bersorak dan khusyuk menantikan kesudahan cerita tersebut.

Biasalah, hero selalu menang, kan? Akhirnya Jebat tewas di tangan Tuah... ahaks.

Namun begitu, cerita yang digarap dan lakonkan setelah berlatih sebulan lamanya dengan bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya kami tewas dengan geng Tingkatan 5 pelajar perempuan. Shahila memang berbakat besar dalam seni pengarahan ini. Dia telah beberapa kali menjulang piala dalam hal pertunjukan pentas terutama drama!

Shahila dan gengnya telah menggondol tempat pertama dalam pertunjukan pentas.

Hari ini giliran anak maza pula meraikan Hari Guru.

Maza sekeluarga telah membuat perancangan hendak mengirimkan poskad kepada cikgu kelas Nasrun sebagai tanda penghargaan di atas segala usaha cikgu untuk menyinari masa depannya.

Kepada cikgu-cikgu diluar sana, maza ingin menyampaikan jutaan terima kasih kerana anda sanggup berkorban untuk masa depan kami dan negara.

Buat guru-guru yang pernah menjadi cikgu kepada maza, maza ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang amat sangat. Sesungguhnya setiap didikan yang cikgu berikan amat maza sanjung tinggi dan tidak terbalas rasanya. Hanya Allah SWT sahajalah yang layak dan maha Adil dalam memberikan balasan yang setimpal di atas jasa cikgu-cikgu itu.


Selamat Hari Guru 2011.
Guru Penjana Transformasi Negara...
Guru lampu kembara hidup!
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails