Gambar 1: Kasut yang siap dibasuh dijemur pula |
Lumrah tatkala di hujung minggu ini masa untuk mencuci segala bagai kain baju sekolah anak-anak. Anak-anak maza semuanya masih kecil dan masing-masing masih berlagak macam bayi baru lahir.
Namun hal itu tidak membataskan maza untuk mengajar anak-anak agar berdikari. Maza sudah beritahu dan ingatkan Darling untuk mengajar anak tentang kelangsungan hidup. Paling mudah kita bermula dengan membasuh kasut sekolah.
________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.________________________________________________________________________________
Maza tatkalah darjah satu.
Masa maza sekolah di darjah 1, kasut maza bukanlah seperti hari ini. Kasut yang maza pakai ialah sepatu plastik yang berwarna putih. Lagipun sepatu itulah yang paling murah. Jika mereka itu dalam kalangan mereka yang 'berada' sedikit maka mereka akan memakai sepatu 'kain' atau canvas.
Tatkala itu rata-rata orang kampung memang susah belaka. Ada yang pergi ke sekolah tidak berkasut dengan berkaki ayam.
Kiranya maza masih tergolong dalam kalangan orang-orang beruntung juga walaupun memakai sepatu plastik yang keras-kejung. Mujur juga maza tidak pandai hendak mengadu-domba atau merasa rendah diri mengenakan sepatu plastik.
Apa yang ada di benak maza ketika itu ialah masuk universiti (walhal tak tahu apa bendalah itu), belajar pandai-pandai hingga jadi orang berguna (sebab mak dan ayah selalu berpesan sama ada tatkala berbaringan sebelum tidur atau pagi-pagi buta sebelum ke sekolah) dan yang paling seronok hendak berjumpa kawan-kawan (apa lagi, mainlah ....*ketawa nakal, hahahaha).

Ketika itu beg maza merupakan beg galas berwarna hijau. Kalau salah pandang sudah seperti askar Inggeris mahu masuk hutan. Cuma ia digalas di bahu bukannya dilambung ke belakang.
Oleh kerana sepatu maza merupakan sepatu pelastik, maka mudah sahaja maza uruskan. Rendamkan sahaja di dalam air di ban itu (taliair depan rumah). Sementara segala kotoran itu kembang, kami berkubang dahulu sambil-sambil belajar dan memantapkan lagi renangan ... hahaha.
Emak pula sibuk di atas pelantar di tepian ban sedang membasuh kain. Emak sibuk memberus dan sekali sekala memantau kami, takut-takut ada yang tenggelam dan tak timbul-timbul.
Air ban mengalir tenang sekali. Lemah lembut gemalai beralun. Sejuk, segar dan nyaman. Tambahan pula ia disalirkan dari Sungai Madek sana untuk pengairan sawah kami. Sawah tempat kami bercucuk tanam mencari sesuap nasi barang sesuap dua.

Lepas emak membasuh dan sebelum anak tekak emak terjelir keluar, atau sememangnya sudah memekik menyuruh kami keluar dari ban, manakala bebola mata kami sudah bertukar merah dengan kesepuluh-sepuluh jejari kecut. Maka sudah tibalah masa. Apa lagi, giliran kami pula untuk menyental sepatu putih itu kasi putih melepak.
Sabun cap kapak menjadi pilihan. Sabun digonyoh-gonyok mahu kasi buihnya keluar. Habis sepatu itu dipenuhi buih-buih putih. Dan buih putih itu akan mengalir dan terapung pula di atas air sana. Penyudahnya yang putih melepak adalah buih-buih sabun itu. Sepatu yang kami sental belum tentu menjadi putih. Apatah lagi dok asyik menjeling-jeling air ban yang mengalir sejuk lagi nyaman itu. Ada harapan kasut yang disental menjadi bercapuk sana-sini. *ketawa, hahahaha.
Sekarang giliran emak pula berendam. Emak menuruni anak tangga yang letakknya di dalam air ban itu pelahan-lahan. Tiba-tiba kecebur! Air melimpah dan memercik ke atas. Kain batiknya mengelembung. Udara terperangkap di dalam kain batiknya itu. Sudah macam boya; pelampung penyelamat pantai Baywatch di Miami Beach, USA ... *ketawa, hahaha.
Usai membasuh sepatu, jika emak belum puas menggosok segala dakinya, kami akan kembali terjun ke dalam taliair itu. Macam-macam gaya kami lakukan. Paling terkenal terjun 'botol', sudah arif tentang terjun botol kami bikin aerobatik pula dengan terjun 'cinuk' (kepala dulu) dan balik kuang!
Bab terjun cinuk inilah yang salah hemat dan perkiraan matematik yang tepat, boleh terpacak ke dasar ban. Degup, bunyi kepala terhantuk ke dasar taliair itu. Bangkit-bangkit dari dalam air boleh nampak burung kelicap berpusing-pusing mengelilingi kepala.
Bila agak biasa dan mahir sedikit, kami akan terjun dari titi yang bersebelahan dengan pelantar itu. Kecebur bunyi air melimpah. Terkuak-kuak arus-arus kecil berombak menghentam tepian tebing ban. Airnya melambung dan terpecik ke serata tempat. Sekejap lagi adik maza pula lakukan aksi 'stunt' - keceburrrr lagi... hahahha.

Tatkala zaman 80-an, kasut sekolah menjadi idaman Malaya ialah kasut BM2000. Rupa bentuk macam kasut sport tapi lagi hebat! Harganya pun sungguh hebat juga. Kiranya berpeluhlah ketiak makayah kami kalau hendak membelikan kasut BM2000 untuk anak-anaknya itu.
Opps.. ke laut lah fulaks.. asal cerita mahu mengisahkan tentang kasut anak-anak. *senyum, hehehe.
Oh ya, sebelum maza terlupa, inginlah maza ingatkan kengkawan bahawa kontest Garden of Eden masih berlangsung dan terbuka untuk semua. Hantarkan penyertaan tuan-tuan dengan segera sebelum tarikh tamat April 30, 2011. Untuk maklumat lanjut sila ke entry Garden of Eden di sini.
Untuk memangkinkan semangat kengkawan, maka maza pun hendaklah menepek dan menempil barang sekuntum dua bunga-bungaan yang sempat maza tembak hujung minggu sudah.. heheheh..