Lepas makan di medan selera berhampiran pejabat ini, maza dan Philip berehat seketika sambil menantikan senak di perut menjadi reda.
Tiba-tiba seorang pakcik India tua datang ke tempat kami sambil membawa pinggannya. Di dalam pinggan itu penuh dengan makanan. Berlaukan ayam, berkuah kari dan sedikit sayur. kobis. Kalau diteliti betul-betul tak ubah seperti makanan yang selalu didapati di kedai mamak!
Di tangan kiri anney segelas gelas alumnium yang berisi air suam. Dia meminta izin untuk duduk dan makan di meja kami itu. Berselera sungguh dia menjamu selera. Sambil-sambil dia makan dia turut bercerita.
Anney: Sekarang saya sudah tak makan ikan. Ramai orang juga tak makan ikan. Semalam saya ada pergi itu Pasar Chow Kit sana. Orang semua beli ayam. Itu ikan tak ada siapa mau beli.
Maza: Eh! Kenapa lak macam tu?
Anney: Itu pasal tsunami dan earthquake di Jepun lah! Ramai itu orang mati sana. Lebih 10,000 orang itu macam.
Philip: Eh! Jepun kan jaun dari sini uncle. Ribu-ribu batu dari Malaysia.
Anney: No. No. No ... ada orang sudah cerita, sudah jumpa itu jari tangan dalam itu ikan. Itu sama macam kes tsunami Disember 26, 2006. Itu Acheh sana kena, ikan sudah makan orang juga. (Anney menggepal-ngepal nasinya setelah lumat dia menggaul segala kari dan kuah di dalam pinggan itu. Kemudian dia menyuap ke dalam mulut. Sebaik makanan lalu ke dalam kerongkong, Anney pun mula bersuara kembali) ... Itu orang beli ayam bukan satu ekor, banyak ekor. Belakang, itu ayam supply sudah kurang. Itu jam harga ayam ada naik. Kaw-kawa mahal punya.
Maza: Ooo .... (bundar mulut dan bibir muncung panjang). Itu macam ka anney. Patutlah harga ayam sekarang mahal. Sampai RM8.00-9.00 sekilo. Sepatutnya bila orang ramai mulai menyerbu membeli ayam, ikan jadi tak laku. Bekalan ikan akan melambak-lambak di pasaran. Tapi semalam saya beli ikan, harganya masih tetap mahal. Tak ada yang turun pun. Mahu naik lagi adalah.
Anney: Tapi awak jangan takut (Anney mengangkat tangan kirinya sambil dilayangkan ke depan muka maza ke kiri dan kanan. Kepalanya pula digeleng-geleng lentuk). Itu ayam tak ada shortage punya. Sikit hari, dalam itu seminggu atau sebulan, itu orang akan makan ikan juga. Itu jam, harga ayam akan turun juga.
Philip: Hish.. mana turun cepatnya. Mesti lambat-lambat punya. Bila naik, mau cepat-cepat. Minggu sudah baru sahaja gomen cakap mahu revise harga ayam. Hari ini mereka sudah pun naik harga tiba-tiba. Betul ka ini harga ayam ada kontrol ka?
Pinggan ayan:-
1. Cerita santai di pagi Khamis dan malam ini malam Jumaat gitew. Selamat membuat amal ibadah gitew. Hahahaha..
2. Terima kasih kepada en. slim-diet2 yang sudi menjadi follower GKKJ. Tanpa kengkawan siapalah maza, kan? hehehe