Maza terpanggil untuk menulis perihal anak-anak pula setelah membaca entry bertajuk "Cepat Masa Berlalu, Anak-anak Kian Membesar" dari blog en. Mustaffa.
.
.
Gambar: Keluarga kita, cinta kita. |
Makin hari, makin terasa semakin jauhnya berlari kedewasaan anak-anak ini. Dan perasaan ini turut menyesakan dada sebagai insan bergelar bapa!
"Sebelum hari menjadi berlalu sepi, setiap detik harus dinikmati, dari sebesar dua tapak tangan, hinggalah ia berdikari, biarlah mereka membesar di depan mata ini.
Kasihnya ayah membawa ke hujung nyawa, kasihnya ibu membawa ke pintu syurga...
Tatkala anak semakin membesar dan usia memanjat tinggi. Ambillah peluang emas ini. Kerana ia datang bukannya berulang kali. Hargailah setiap detik, setiap tangis, ketawa, peluk, cium. Kerana kemanisan bersama anak-anak kecil ini cukup istimewa hingga membawa ke akhir hayat." (cetera riwayat: maza)
Dalam kesempatan ini.
Setiap tahun pada Mac 21, telah diistiharkan Hari Down Sindrom sedunia.
Justeru maza ingin menyampaikan ucapan selamat Hari Down Sindrom kepada semua ibubapa anak-anak istimewa. Begitu juga kepada anak-anak istimewa yang sememangnya cute-cute belaka dengan doa semoga sentiasa berbahagia dan dalam peliharaan Allah SWT jua.
Maza mahu ucapkan semoga selamat berbahagia dan dikurniakan ketabahan yang kental kepada blogger Yang Teristimewa dengan anaknya bernama Hasif.
Azma ialah pemilik blog Yang Teristimewa merupakan pelajar sarjana dan cikgu sekolah menengah. Moga-moga yang baik-baik milik mu jua Ma.
....Errr... tepek satu gambar aje udah ler yea kengkawan..