Bulan ini (Mac), Maza sudah terjah ke Baling, Kedah.
Ada apa di Baling?
Ya, di Baling ada kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang India. Harus kengkawan singgah di sini. Mereka cukup profesional dalam memenuhi tuntutan selera fasyen rambut hebat maskulin anda! *senyum.
Di Baling juga ada air kolam panas, gunung-ganang dan gua yang best-best untuk dijelajahi
Gambar 1: Bersiap-siap sebelum bernikah! |
Entry ini bukan sahaja mahu becerita pasal wasita maza di Baling. Tetapi lebih menjurus kepada pelan penerangan dasar entry yang lalu bertajuk ... Sah!
Ramai sudah terkeliru. Sebenarnya bukanlah maza hendak sangat berkahwin lagi satu.
Lagipun belum ada calon istimewa yang menjadi pilihan hati. Jodoh pun belum kesampaian untuk menambah pencawang elektrik menyambar-nyambar gitew. *ketawa, hahaha.
Gambar 1 : Taufik |
Jadinya, gambar nikah yang itu ialah gambar pasangan Taufik & Ina. Taufik ialah anak saudara maza dari ahkak-long maza yang tinggal di Selangor.
Taufik sudah sampai jodohnya dengan Ina (Zarina Zainoldin) yang merupakan anak dara dari Baling, Kedah.
Gambar 2: Ahkak Long. |
*
Majlis ini dirakamkan di Baling, pada 11 & 12, Mac.2011.
Majlis ini dirakamkan di Baling, pada 11 & 12, Mac.2011.
Pasangan ini bertemu jodoh di Kuala Lumpur. Entah bila masa mereka bermain mata, maza sendiri pun tak tahu. Huhuhu
Gambar 3: Saat-saat getir untuk bergelar isteri & anak saudara maza yang lantun-lantun gitew. *ketawa terbahak, hahaha |
Mereka menikah pada hari Jumaat selepas solat Asar. Malam harinya pula di adakan majlis doa selamat dan tahlil. Keesokan hari pada sebelah tengah hari majlis persandingan gilang-gemilang mengambil tempat.
Pada mereka yang kurang biasa dengan Negeri Kedah ini, cuti rasmi mereka ialah hari Jumaat dan Sabtu.
Gambar 5: Cinta daun pisang |
*
Seputar tentang Adat
Seputar tentang Adat
Sepekara tentang adat resam perkahwinan di Baling, Kedah ini ialah mereka tidak ada perarakan. Kalau dah tak ada perarakan, maka budak-budak dari kumpulan kompang juga tidak ada.
Katanya budak-budak muda sudah tak berminat dengan aktiviti seperti itu. Lagi pun ramai sudah berhijrah, tinggal yang tua-tua tak rut di kaki menginap di kampung.
Katanya budak-budak muda sudah tak berminat dengan aktiviti seperti itu. Lagi pun ramai sudah berhijrah, tinggal yang tua-tua tak rut di kaki menginap di kampung.
Gambar 4: Ini bukan barang hantaran. Mas kahwin seh.... huhuhu kalau orangnya macam maza, mau kerja suku abad baru dapat nikah satu kali... |
Jadinya, pengantin lelaki akan mula disambut di persimpangan terdekat dengan balai oleh pengantin perempuan.
Masih terdapat lagi bunyi kompang, tetapi dari corong tetuang bunyi (pembesar suara) oleh DJ yang bertugas. Lalu bergemalah kompang dari corong pembesar suara dengan disulami oleh suara abang DJ berlajah loghat Kedah.
Gambar : Saat gumbira bersama pengapit |
Adalah dalam empatplohempat kali langkah dari persimpangan itu, maka kedua mempelai pun sampailah ke balai penghadapan dan majlis persandingan pun bermulalah.
Habis makan beradab, maza sudah kidnap mempelai ini untuk special fotoshot. Tembak menembak pun bermula dengan lantunan bunyi bisikan sesama sendiri. Lokasinya berhampiran dengan taman perumahan itu juga, sudah. *tersengeh, hehehe
Habis makan beradab, maza sudah kidnap mempelai ini untuk special fotoshot. Tembak menembak pun bermula dengan lantunan bunyi bisikan sesama sendiri. Lokasinya berhampiran dengan taman perumahan itu juga, sudah. *tersengeh, hehehe
Gambar 9: Sudah habis majlis, kahwin pun sudah. Apa lagi ditunggu? Serbu ajelah... *ketawa, hahaha |
Lepas majlis perkahwinan tersebut maza pun kayuh pelan-pelan pergi ke Alor Setar. Berpetualang ke sana sambil mengunyah jeruk buah-buahan yang dijual di kiri-kanan jalan. Katanya buatan orang tempatan.
Bermalam di Alor Setar kemudian, kasik putaq satu kali sambil-sambil menembak (photoshot) di sana-sini lagi. hehehe
Sekian laporan ringkas maza. Sampai bertemu lagi di lain siaran gitew .... hahaha.
Gambar : Senyum puas. (Hang pa jangan tanya alamat dan nama dia, lebam biji mata karang! *ketawa jahat, hahaha) |