‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 4 Mac 2011

Malang Pakcik Jusin & Tukiman

"Oh my God! Oh my God! How could it be happened? Better I call my daddy," kata Tukiman yang baru pindah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semenjak 5 tahun lalu. Tukiman sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur gara-gara dia mendapat pekerjaan sebagai jurutera JKR setelah graduan dari IPTA tempatan enam tahun lalu.

Habis semua seisi rumah di kampung Ulu Bai itu diangkutnya ke kota metropolitan ini. Bapak dan emaknya  akan tinggal di rumah panjang berbaris-baris itu. Kejiranan rumah teres dua tingkat ini agak luas juga. Dengar khabar lebih 400 buah rumah. 

Gambar: Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jukiman dan ayahnya itu selalu juga ke masjid berdekatan. Dalam seminggu hanya sekali atau dua  mereka ke sana. Selalunya lepas solat Isyak dia terus pulang. Jarang sangat dia mahu beramah -mesra dengan ahli qariah di situ. Kalau ada pun sekadar bertegur sapa sambil lalu sahaja. Kalau tanya siapa nama imam haram mereka pun tak tahu, apa tah lagi nama tok bilal lagilah mereka teraba-raba kepala.

Aktiviti kemasyarakatan juga amat payah untuk dia sertai. Kata Tukiman dia sibuk memanjang dengan projek pembangunan untuk rakyat. Al maklumlah dia bekerja di JKR dan bertaraf jurutera pula, mana ada masa untuk membuat kerja sosial yang di luar waktu kerja ini. Lagipun dia perlu banyak berehat setelah bergeledangan dengan pelbagai kerenah kerja. 

Kata boss, dia harus jauh-jauhkan diri dari masyarakat dan jangan terlalu rapat. Katanya takut pula dituduh punyai kepentingan jika memberikan (award) projek kepada sesebuah syarikat. Nanti SPRM kacau,. SPRM akan godak habis semua kerja mereka. Kerja akan jadi tergendala. Pembangunan untuk rakyat akan  terbantut. Lagipun hidup akan bertukar menjadi susah. Akhirnya semua orang akan rugi!

Jadi Tukiman hanya tahu pergi kerja, balik kerja, duduk rumah main PS2. Mujur juga sudah berbini. Kalau tidak jawabnya bujang sampai ke tua.

Pagi tadi di pejabat Tukiman membaca akhbar "The News Starits Times." Dia terpaku macam tak percaya. Di laman tengah akhbar itu terpampang gambar Jusin.

Tukiman memang kenal gitu-gitu dengan Jusin si pakcik penjual nasi lemak itu. Sering juga dia terserempak di masjid selain di tepi padang sana tempat Jusin berniaga. 

Rupa-rupanya sudah seminggu Jusin itu meninggal. Patulah sudah seminggu juga dia tidak merasa nasi lemak hangat kegemaranya hasil air tangan si duda yang kematian isteri.itu. Dengar khabar anak-anaknya semua keluar negara, belajar di sana.

Apa yang benar-benar membuatkan mulut Tukiman bundar besar ialah rumah pakcik Jusin cuma selang dua pintu sahaja dari rumanya. Selama ini dia sendiri pun tak tahu  yang Jusin tinggal bersebelahan dengan rumahnya. Bukan sahaja Jusin, ramai lagi jiran tetangga sebelah menyebelah yang dia tidak kenal pun.

Segera Tukiman hendak menelefon bapaknya yang juga kaki main Smallvile di FB (facebook) itu. Mak dan bapaknya pun satu kes. Sejak berpindah ke Kuala Lumpur gemar sungguh tinggal di dalam rumah sahaja sambil melayari internet. Apa lagi kalau bukan berbual-bual dan merayau-rayau di dalam talian itu. Katanya internet inilah yang membawa mereka dekat dengan anak cucu yang bertebaran di benua Malaysia.

Budaya kampung sudah mereka tinggalkan di kampung Ulu Bai itu.  Cuma budaya  merayau di kompleks pasaraya masih utuh. Sejak bapak Tukiman pindah di kota metropolitan ini dia sudah larut dalam khayalan di kedai mamak. Kalau tidak pekena teh tarik mamak dalam satu hari tak senang bontot dibuatnya. 

Pakcik Jusin yang malang itu meninggal dunia setelah perompak memecah masuk rumah. Tetapi bukanlah perompak itu yang membunuh Pakcik Jusin. Pakcik Jusin meninggal disebabkan penyakit lelahnya. 

Sebelum kejadian, ada orang nampak dia terduduk di atas kerusi malas di laman luar rumah berhampiran pagar sambil tercungap-cungap. Ternganga-nganga luas mulut orang tua itu.  

Mereka kira Pakcik Jusin sekadar mengambil nafas petang setelah penat memarut kelapa. Rupa-rupanya Pakcik Jusin termengah-mengah berlari selaju kura-kura ke pintu pagar itu hendak dapatkan bantuan jiran tetangga setelah dirompak!

Menurut Supiro, pada malam itu, masa dia lalu depan rumah Pakcik Jusin dia nampak Pakcik Jusin sudah terlentang di atas kerusi malas itu. Pelik juga, tapi mungkin Pakcik Jusin mahu mengambil hawa dingin malam, fikir Supiro.

Lapor Mamat Khalid pula dia nampak sudah dua hari Pakcik Jusin masih juga berbaring di atas kerusi malas  dalam posisi yang sama. Tak bergerak-gerak.

Cuma bila bau busuk mula melanda kejiranan, dan kebetulan pembaca meter api datang mahu membaca meter di rumah Pakcik Jusin, barulah kejiranan di taman itu dapat tahu Pakcik Jusin sudah meninggal dunia.. Itu pun sekadar dua tiga pintu rumah sahaja yang tahu Pakcik Jusin sudah meninggal. Yang lain tidak tahu pun. Dengar khabar masing-masing sibuk. Apa yang disibukkan pun tak tahulah...


*Hari ini harji Jumaat, penghulu segala hari. Selamat Mandi Jumaat kengkawan *senyum..
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails