Gambar: Mencari rezeki di balik bangunan yang sayup meninggi. Kerja pecah batu seh... |
Dan tahun sudah maza sudah pun mengerat-ngerat dan memulangkan semula kad kredit daripada 2 pengeluar. Segalanya bermula apabila kerajaan mengenakan cukai RM50.00 bagi satu kad.
Hari ini keluar pula pengumuman berita dari Bank Negara perihal kawalan kad kredit.
Elok jugalah dibuatkan peraturan demikian. Dengar kata ramai orang sudah terkecundang dengan bahana kad kredit ini, dan hutang kad kredit melambung-lambung. Begitu juga jumlahnya yang banyak tak berbayar; melantun-lantun gitew.
Sebelum warga Malaysia ini semuaya menjadi hamba hutang. Begitu juga ramai yang sudah tak berapa pandai mengawal kewangan masing-masing; maka patut benarlah peraturan baru itu dikeluarkan.
*******
Berkuat kuasa serta-merta, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit disemak seperti yang berikut:
- Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun;
- Perkara berikut adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
- Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
- Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
- Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
- Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.
Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu, pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.
Maklumat lanjut sila dapatkan di BNM Siaran Akhbar.
*******
Di wallet maza nan sempit-sempit itu tinggal tiga lagi pengeluar kad kredit. Baki terkumpul tidaklah bertimbun seperti tingginya Gunung Ledang (atau Gunung Opir) sana. Tetapi masih cekal berdikit-dikit membayarnya. Lagipun dengan ikatan tier yang baru itu, menyebabkan maza lebih berhati-hati menggunakan kad tersebut.
Dari pengumuman rasmi tersebut, maka terpaksalah maza membuat pilihan antara ketiganya itu. Ketiga-tiga kad kredit yang maza punyai itu kesemuanya maza sayang. Dan kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Atau mungkin juga akan maza rayu, atau memaksa boss untuk menaikkan gaji maza agar melebihi RM36K itu. Dengan demikian tidak perlulah maza memilih mana satu mahu diserahkan kembali. Hmm .... dapat RM40K pun orait gak buat sementara ni, kan? Ke ada kengkawan mahu cadangkan jumlah yang lain? hehehehhe
ahaks... jawabnya maza pun melantun-lantunlah lagi....
huhuhu...