Gambar 1: Banner Jom Masuk UM |
15-16 April 2011 (Jumaat-Sabtu) Universiti Malaya yang merupakan universtiti tertua di Malaysia sedang menganjurkan Karnival Jom Masuk UM!
Karnival ini bertindak sebagai promosi dengan mengajak para lepasan graduan (post-graduate) untuk menyambung pelajaran mereka di Universiti Malaya.
Gambar 2: Iklan Jom Masuk UM |
Sebenarnya karnival seumpama ini tidak hanya UM yang lakukan, tetapi hampir keseluruhan universiti tempatan turut membuat promosi yang sama cuma di tempat masing-masing.
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________
Dari Jumaat hingga Ahad ini promosi dan pameran seumpamanya juga diadakan di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Gambar 3: Cenderhati setelah mendaftar |
Ini juga bermakna permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD sudah dibuka. Bagi mereka yang berminat bolehlah memohon langsung ke universiti berkenaan atau boleh mendaftar dalam talian.
Gambar 5: Sebahagian staff yang bertugas di both Fak. Sains |
Bagi anda yang mahu melanjutkan ke universiti berpestij Universiti Malaya, anda boleh semak dan mendaftarkan diri di laman web berikut: http://ips.um.edu.my
Hampir semua orang maklum, maza ialah produk UM. Dan pada hari Jumaat lalu maza sudah terjah ke UM untuk menyemak dan berkira-kira mahu menyambung pelajaran juga. Kali entah kali ke berapa niat yang serupa tetapi asyik tergendala. Diharapkan juga kali ini maza dapat memenuhi hajat yang satu ini.
Gambar 7: Merenung dan menyoroti riwayat sendiri |
Maza juga berkira hendak kembali dan mendaftar ke UM. Lagipun tempat bekerja maza tidak jauh dari UM, sekadar sepelaung sahaja. Jadi mudahlah segala urusan kelak. Mudah-mudahan niat murni ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh-Nya.
Gambar 8: Riang ria di gazebo Perdanasiswa. |
Sambil-sambil menyoroti maklumat yang disediakan oleh pihak karnival itu, sempat jugalah maza melempiaskan rasa rindu yang mendalam terhadap institusi yang satu ini.
Gambar 9: Sudut Pidato |
Maza mengambil kesempatan merenung, merendam dan mengenangkan masa dahulu dan masa hadapan. Maka berputalah kembali kisah nan lalu menyulam di dalam kalbu. Adakalanya tersemat cerita jerit perih, syurga ceria, cemas suram, cinta bahagia, damai tenang, keluh kesah, tikam menombak, dan segala-galanya. Ianya terimbas di dalam kolam berbalam fikiran itu yang dinukilkan di bawah lembayung Universiti Malaya!
Gambar 10: Di pintu gerbang Kolej Kediaman Kinabalu, UM |
Sebelum pulang maza sempat membelek Kolej Kediaman Kinabalu. Kolej kediaman inilah yang banyak sekali menyimpan sejarah dan kenangan. Di sinilah terbentuk perjuangan yang membara.
Kolej kelapan inilah merupakan dahulunya asrama maza dari mula menapak ke UM hinggalah tamat graduan.