‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 7 Mac 2011

Siapakah ibunya?

(1994) Jam 3.00 petang itu kami berehat setelah makan tengahari.

Telah menjadi adat di rumah sewa kami, setelah pulang dari Sekolah Sultan Abdul Jalil (SSAJ), Kluang, kami akan bergilir-gilir mengikut jadual memasak.

Rumah sewa ini terbuat daripada rumah atas (kayu) dan di dapurnya pula rumah bawah (sebahagian kayu dan simen).

Aku berehat di tangga dapur. Idris, Zailani dan Halim di lantai simen dapur itu.

Surat khabar yang bertarikh beberapa hari lalu terkangkang di hadapan kami. Di atasnya tertera huruf besar. Jelas kelihatan dari jauh.

"Kes Sumbang Mahram, Bohsia, Persetubuhan Di Luar Nikah: Buang Bayi Menjadi-jadi. Polis sedang soal siasat & menjejaki bapa kepada bayi dalam kandungan itu."
Rahman tersandar di dinding dapur kekenyangan. Dari badannya yang pepis itu membonjol perut yang sedikit membuncit, penuh dengan nasi berlaukan sambal lada hiris.

Idris dan Zailani memerhati Rahman dengan penuh minat. Renungannya sungguh tajam. Penuh dengan makna syahwat. Halim masih memacakkan matanya ke arah surat khabar.

Zailani bangkit dari tempat duduknya lalu bertindak agresif. Dia menyerbu Rahman. Menangkap kedua belah tangan Rahman.

Gambar: Aqlan Sholehin: Anak ini tidak pernah bersalah. Fitrahnya bersih lagi suci

Idris pun tidak melepaskan peluang. Peluang yang diidamkan sudah terbentang luas. Dia turut melibatkan diri dengan membantu Zailani.

Idris memaut kaki Rahman agar dia tidak meronta-ronta lagi.

Melihatkan keadaan itu, Halim mencampakkan surat khabar ke tepi. Dia bergegas mendapatkan Rahman lalu menutup mulut Rahman yang mula hendak memekik.

Kini Rahman sudah tidak berdaya.

Aku tidak dapat mambantu Rahman. Aku sedang kekenyangan. Aku juga khuatir kalau-kalau aku pula yang menjadi mangsa seterusnya.

Rahman pasrah setelah hilang daya usaha untuk mengatasi tiga makhluk itu. Dia mulai lemah dan sekali sekala menyentak tangan dan kaki dengan kuat.

Dalam keadaan yang panik itu Idris mula bersuara.

"Siapa ibunya?! Cakap cepat. Siapa yang menyebabkan kau buncit hingga melahirkan anak ini?! Siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang menyebabkan perut kau buncit ini?!"

"Cakap cepat!" Zailani menyergah Rahman dengan serius.

Tersentak dengan itu segera tangan Rahman meronta-ronta. Jari telunjuknya menunding-nunding ke arah Ayu.

Ayu membuat muka toya dan agak terkedu. Kemudian dengan selamba mula menyisir rerambutnya.

Halim melepaskan sedikit mulut Rahman membuatkan Rahman mampu bersuara.

"Ayu! Ayulah yang bertanggungjawab. Ayulah ibunya!"

Ayu masih buat tidak tahu. Bahkan tidak ambil peduli perkara yang sedang berlaku. Dia masih mampu bertenang. Ayu kembali duduk berteleku mengadap Rahman yang terus-terusan menuduhnya!

Ya, Ayu adalah kucing Rahman yang dijumpai berpelesaran di rumah ini. Di atas belas kasihan Rahman jugalah diambilnya anak kucing betina tu sebagai binatang peliharaannya dan diberikan nama Ayu.

Tindak balas sepontan Rahman merubah wajah dari suasana panik bertukar menjadi hilai tawa kami.

Kak Nor, jiran sebelah rumah, yang sempat mengintai gelagat kami dari celah dapur itu turut tidak tahan, tertawa terkekeh-kekeh! Akhirnya Kak Nor juga ketahuan dari lubang persembunyianya, mengintai kami yang bujangan ini.


(Gambar: Kenangan bersama Ayu)

psst: 
1) memang ketika era tahun 1990-an (terutama 1991-1994, isu bayi luat nikah, bohsia, penderaan dan pembuangan bayi menjadi isu hangat.)

2) Gambar berkualiti rendah sekadar menggunakan kamera telefon bimbit.


Tuan tanah punya kerja:

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails