Di Sebuah Kampung di Gigi Pantai.
SENDAI, diamnya di pesisiran pantai timur Jepun, Jumaat, 13 Mac 2011, petang - sebuah keluarga kecil sedang melayari bahtera bahagia. Keceriaan amat terasa dengan kehadiran bayi baru mereka yang kini baru berusia empat bulan. Tatkala mereka bersenangan dengan limpahan kurniaan Tuhan itu, tiba-tiba gempa bumi melanda.
Bukanlah mereka tidak biasa dengan gegaran bumi, tetapi kali ini amat berbeza. Ia kuat sekali, sekuat 9.0 skala Ritcher.
Mujur juga rumahnya diperbuat daripada teknologi anti gempa bumi. Kerosakan yang berlaku tidak menjejaskan struktur. Tetapi barangan di dalam rumah sudah lama rebah ke lantai.
Runtuhan bangunan di Jepun (Sumber Gambar: BBC News) |
Si suami merangkap ketua keluarga menjengah ke luar tingkap. Rumah di sekeliling ada yang ranap keseluruhannya. Rumah jiran sebelah-menyebelah sebahagian besar sudah rebah ke bumi. Dia berasa syukur kerana masih ada tempat berlindung berbanding sebahagian jirannya itu.
Selang tidak berapa lama, dia terdengar deruan yang kuat! Deruan seperti air yang merempuh dari celah-celahan batu di pergunungan sana. Desirannya amat hebat, cukup dahsyat. Dari celah-celah desiran itu terdengar pula suara orang menjerit-jerit ketakutan. Ada yang meraung-raung.
"Lari, lari, lari! Selamatkan diri!" kata mereka.

Belum pun sempat berlari ke rumah demi menyelamatkan keluarga kecilnya itu, kakinya sudah tersandung dirempuh ombak hitam. Dia terhenyak jatuh ke dalam air itu. Dia melambung-lambung dalam keganasan air tsunami. Dia tenggelam-timbul di dalam kekeruhan air yang menyerbu dahsyat.
Bersama-sama air itu dihanyutkan juga serpihan-serpihan barangan yang terapung. Peti tv, kereta, van, kayu-kayan, pakaian, haiwan, manusia dan macam-macam lagi turut terapung-apung sama. Masing-masing menghentam sesama sendiri dan itu menambah penderitaan yang dialaminya tatakala hendak menyelamatkan nyawa.
Sekarang mangsa-mangsa hanyutan tsunami hanya bergantung kepada keputusan Tuhan. Biarlah takdir Allah SWT menentukan untung nasib mereka.

Keadaan ketika itu sudah berubah sama sekali. Begitu getir! Masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Ia menjadi napsi-napsi dan tidak perlu pun menantikan saat di Padang Mahsyar sana untuk bertabiat sedemikian rupa.
Selepas keadaan gelora sudah tiada. Keadaan kembali pulih dan lautan mulai tenang. Tatkala gegaran sudah tiada lagi, atau mulai menyusut ketara, maka sebuah gerakan mencari dan menyelamat telah dilancarkan oleh kerajaan Jepun.
Suasana kembali menjadi riuh rendah dengan orang ramai mencari mangsa dan keluarga mereka yang hilang untuk diselamatkan.
Di kampung itu anggota penyelamat yang tiba ialah dari pasukan kerahan tentera. Mereka sibuk memanggil, memekik dan meneriak. Itu belum lagi bunyi hentakan dan lagaan besi atau peralatan yang dibawa bersama. Niat mereka hanya satu, mencari mangsa yang terselamat!

Tiba-tiba mereka terdengar suara bayi menangis. Tangisannya semakin kuat dan memecahkan suasana ruih tadi.
Segera anggota tentera penyelamat bergegas mencari arah suara raungan tersebut. Akhirnya mereka menemukan seorang bayi comel di balik runtuhan rumah. Bayi yang sihat ini tersadai dan tersangkut di dalam longgokan serpihan runtuhan.
Yang ajaibnya di sekitar kawasan kejiranan itu sudah pun seperti padang jarak padang terkukur! Habis segala yang berdiri rebah ke bumi. Dan bayi ini masih juga terselamat tanpa cedera!
Bayi berusia empat bulan terselamat dari runtuhan dan rempuhan tsunami di Jepun. (credit AP : gambar dan sumber berita) |
Anggota tentera menjadi gembira sekali. Jauh di sudut hati mereka tersimpul rasa terharu. Bahkan merasa amat belas. Mereka berazam hendak menemukan keluarga bayi yang hilang itu.
Puas mereka mencari di sana sini, kalau-kalau keluarga bayi tersebut masih ada yang terselamat! Dari satu tempat ke satu tempat. Dari satu runtuhan ke satu runtuhan. Dari pusat perlindungan ke satu pusat perlindungan lain, namun tidak diketemukan jua.
Jika dia masih gagal menemukan keluarga bayi ini, bermakna akan bertambahlah bilangan anak-anak yatim di negara matahari terbit itu. Dan bilangan mereka bukanlah kecil.
Jika dia masih gagal menemukan keluarga bayi ini, bermakna akan bertambahlah bilangan anak-anak yatim di negara matahari terbit itu. Dan bilangan mereka bukanlah kecil.
Takdir Allah SWT telah tersurat. Entah bagaimana akhirnya anggota tentera itu berjaya menemukan kembali keluarga bayi tersebut.
Setakat hari ini, hanya bapa sahaja yang dapat ditemukan. Anggota keluarga lain masih hilang termasuklah ibunya. Namun mereka masih menggantungkan harapan yang tinggi untuk menemukan keluarga yang hilang itu. Paling tidak pun jasad yang terbujur kaku!

Bapa itu terselamat dari rempuhan tsunami penaka dengan berpaut pada serpihan runtuhan bagunan. Pada awalnya bapa tersebut mengira bahawa seluruh kampungnya sudah ranap dan tiada seorang pun anggota keluarganya yang terselamat, apatah lagi bayi comel yang tidak berdaya ini. Dia sudah lama menyerah diri dan merasakan harapan untuk bertemu isteri tercinta dan anak-anak yang lain telah lama menjadi sifar!
Namun tiada siapa yang menyangka, akhirnya si bapa dapat bertemu semula dengan waris bongsunya itu.
Kejadian ini telah memberikan satu impak besar terhadap anggota penyelamat. Semangat mereka kembali berkobar-kobar setelah berhari-hari membantu mencari mangsa yang malang itu. Mereka tidak berdiam diri malah terus-terusan bekerja keras. Mereka utuh menaruh harapan tinggi masih ada lagi nafas kehidupan di celah runtuhan kota ini.
Suntingan berita dan diadaptasi dari Yahoo! news. Sumber berita selanjutnya klik di sini.
Sorotan Peristiwa
Jepun - Jumaat lalu (Mac 11, 2011), Jepun dilanda bencana yang dahsyat sekali. Gempa bumi yang melanda pantai timur Jepun berkekuatan 9.0 sekala Ritcher. Dengan kekuatan tersebut mampu meranapkan bangunan-bangunan dan rumah-rumah walaupun ia dibina kukuh dengan teknologi 'penghalang gempa' (earthquake resistant) yang cukup hebat.

Gempa bumi yang berukuran 9 pada skala Ricther adalah yang terkuat pernah dicatatkan semenjak 140 tahun lalu di Jepun.
Azman seorang artis kelahiran Selayang, Malaysia yang telah berjaya menempa nama di Jepun sebagai penyanyi popular telah menyaksikan sendiri betapa bangunan tinggi itu bergoyangan hebat seperti pepohonan buluh yang liang lentuk ditiup angin. Azman menyaksikan peristiwa dahsyat itu di Tokyo yang jaraknya beratus kilometer dari pusat gempa. Bayangkan betapa teruknya keadaan di tempat pusat gempa yang menerima goncangan bumi secara langsung! Allahuakhbar!
Bukan setakat becana gempa bumi sahaja dialami oleh Jepun. Kali ini tsunami menerjah ke daratan dengan ketinggian sekurang-kurangnya 10 meter (lebih kurang setinggi bangunan 2 tingkat) dengan kederasan arus ombak melebihi 400 kilometer sejam.
Tsunami di Jepun. (Sumber Gambar: BBC News) |
Dengan keadaan tsunami yang demikian, hampir tiada benteng mana pun mampu menahan rempuhan dahsyat lonjakan air hitam itu.
Tsunami ini meranap dan mengaut runtuhan bangunan, kenderaan, haiwan dan manusia ke tengah lautan sana.
Setakat hari ini beberapa perkampungan, pekan dan bandar persisiran pantai timur Jepun itu musnah atau lumpuh sama sekali. Sesetengah kawasan dikhuatiri tiada yang terselamat. Diberitakan lebih 10,000 orang mati atau hilang.