‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 31 Mac 2011

Libya sambut April Fool?

Hari ini merupakan April 1, 2011. 

Masa maza tinggal di Amerika dulu (percayalah sangat tu), orang sana memang menyambut dan menunggu-nunggu hari ini. Apa tidaknya, April 1 merupakan hari 'bodoh' (April Fool). 

Mana-mana kaki sakat seronoklah mereka mengenakan orang. Dan orang yang kena dipermainkan itu tidak boleh marah-marah, kecuali mesti ketawa kebodohan menerima segala padah yang dibawa.

Itu kisah mereka yang mereka gelarkan diri mereka sebagai manusia yang bertamadun ler sesangat. Walhal masa mengebom Libya mereka tidak hinggat itu semua! Siap mereka sendiri pun juga tak tahu  golongan rakyat mana, pemborotak mana yang hendak mereka sebelahi. Yang penting katanya , kita kasik bom dulu dan halau si Presiden Ghadafi, barulah kita cari kekonon membebaskan rakyat Libya.. huhuhu

Dan sekarang setelah mengebom lalu meratakan tanah Libya menjadi padang jarak, padang terkukur, pasukan bersekutu yang diketuai oleh Amerika dan Britain ini barulah terhenggeh-henggeh mahu cari kumpulan pemberontak yang mereka hendak dokongi.

Libya dan Gadafi umpama ayam jantan menanti disembelih

Berita hari ini pula mengatakan bahawa pihak Britain pula akan memberikan 'bantuan' senjata untuk menembak rakyat Libya sendiri kononnya hendak menumbangkan rejim Ghadafi.

Pendek kata segenap penjuru dunia bergolak lagi. Dari kehancuran pantai timur Jepun hinggalah pemberontakan dan kemusnahan sebuah negara...
Kata pakar ekonomi, pergolakkan ini penting untuk pengembangan ekonomi dan kemajuan akan datang, di mana sekarang ini ekonomi dunia berada di tahap hampir tepu (stagfilasi). Lalu dengan adanya pergolakan seperti ini, permintaan terhadap barangan akan berubah. Sedikit kepanikan juga antara ramuan penting untuk mengorak langkah ekonomi berkembang. 

Lepas ini dijangkakan akan bertambahlah permintaan untuk sumber baru dan barangan. Lantaran itu ekonomi kapitalis akan boleh dipacu dengan jayanya lagi. Terutama ini benar dalam industri persenjataan. 

Pendek kata, golongan ini memang suka menghancurkan negara orang dan huru-hara berlaku. Duduk diam-diam sambul makan sama-sama tak boleh ke? aderkkk!!!!

Amaran

Sementara itu, awal-awal lagi sudah maza bagi amaran pada mereka yang kaki sakat di ofis mahupun di kawasan perumahan maza itu. Pada siapa lagi kawan-kawan maza yang comel tu ler. Maza katakan pada mereka yang maza ini orang Islam dari Malaysia, bukan orang Amerika sana tu! hehehe... bukan apa, takut ada yang lebam biji mata karang... hahaha

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails