‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 8 Ogos 2018

INDUSTRI BUKU PERLUKAN STRATEGI BARU

Dasawarsa ini industri buku cukup mencabar. Cabaran wujud dalam segenap penjuru hingga penguncupannya begitu ketara sehingga melibatkan penutupan operasi beberapa buah rumah penerbitan dan kedai-kedai buku.

Kemorosotan ini dapat dilihat dengan beberapa buah kedai buku rangkaian seperti The Times dan Popular mulai berubah arah dengan mengecilkan size perniagaan dan menumpukan kepada perniagaan dalam talian (online business).

MPH misalnya, pada hari ini telah menutup operasi di 1 Utama Shopping Centre setelah 15 tahun menjalankan perniagaan serta menjadi mercu tanda yang gah di situ. Pada suatu ketika dahulu MPH merupakan sebuah jenama yang begitu popular  sebagai kedai rangkaian buku (chain bookstore) dengan lebih 30 buah cawangan. Penutupan kedai buku MPH di 1 Utama Shopping Centre ini menandakan MPH mula mengecilkan operasi dan kini terdapat kurang daripada 30 buah cawangan. Cabaran semasa ini membuatkan MPH turut mengambil langkah untuk fokus kepada perniagaan buku dalam talian (MPH online).

Begitu juga dengan rumah penerbitan dari luar negara seperti Oxford University Press, Mcgraw Hill, Pinterest dan sebagainya mulai mengubah haluan cara pemasaran dan pengeluaran produknya.

Hal yang demikian sudah tentulah mempunyai kaitan akrab dengan perubahan zaman dan teknologi. Pengaruh  ICT, telefon pintar, sistem awan maya (Cloud) dan jalur lebar (broadband) telah mengubah landskap semua industri.

Impaknya kini dikenali sebagai revolusi industri 4.0.

Maka kata kunci kejayaan dewasa ini ialah 5F:
1) focus
2) fast
3) flexibility
4) friendly
5) fun.

Justeru dalam industri buku, kerja-kerja DTP telah pun berubah. Kini kepantasan dan keluasan capaian maklumat menjadi amat penting. (Friendly and fun).

Jadi, untuk pandai dan memandaikan umat, maka penyampaian maklumat dan ilmu kenalah seiring dan pantas (focus, flexibility and fast). 

Lantaran itu, cabaran hari ini bukanlah terletak kepada kejayaan fizikal buku (printed book). Ukurannya sudah berubah kepada sejauh manakah kepantasan menyediakan keperluan pengguna (pembeli & pembaca) (marketing orientation - customer satisfaction); iaitu akses, aplikasi/perisian dan fasiliti mendapatkan maklumat.

Maka, kata kunci kejayaan bagi industri buku  ialah "selling the content" bukan lagi "selling the book; only".

Buktinya Industri 'majalah cetakan' sudah lama suram dan kini tenggelam dengan persaingan majalah digital/laman web/blog yang lebih pantas berkembang, penyampaian maklumat yang ringkas, tepat, disokong paparan interaktif, mudah diakses 24/7, murah dan melambak).

Maaf, maza budak baru belajar.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails