‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 2 Februari 2011

Pemuda harapan Bangsa, Pemudi tiang Negara

Gambar 1:  Jeti di Langkawi. April 2010

Semalam maza jalan-jalan di sebuah taman. Kebetulan cuaca di sini cerah dan baik sekali. 

Sampai sahaja di kawasan rehat di bawah pondok khas itu maza pun duduk beristirehat. Di sebelah sana terdapat sekumpulan anak muda yang terdiri tiga orang gadis dan seorang pemuda. Mereka sedang asyik berbicara.

Pemuda: "Aku nak bini yang solehah. Baik budi perkerti, biarpun aku ni tak lah baik mana pun. Tapi itulah cita-cita aku. Aku tak nak bini yang sembrono dan sosial ... hish, ngeri aku."

Gadis-gadis muda belia: "Uweeikk ... hek eleh ... kononnnnn ada hati nak kawen dengan perempuan solehah. Sudahlah ... hahaha"

Pemuda: "Apa salah ke aku nak kawen perempuan yang solehah? Itu memang nalurim fitrah manusia. Kau orang jangan nak menipu diri. Kau orang pun hendakan suami yang soleh kan? Suami yang baik-baik."

Gadis 1: "Aku tak adalah nak yang alim sangat. Sampai nak keluar rumah pun payah. Nak bersosial pun tak boleh. Nak berjumpa kengkawan macam ni pun dilarang. Tengok wayang pun tak boleh.  Eeee.. tak nak aku laki macam tu. Terkongkong. Aku tak boleh bayangkan macam manalah seksanya hidup aku nanti." 

Gadis 2: "A'ah ... aku lak pentingkan dia sayang aku dan bahagiakan aku sudah lah"

Gadis 3: "Kami bukannya pemilih macam kau. Macam kau tu baik sangat sampai nak demand tinggi-tinggi. hahahaha. Lagi pun lelaki soleh yang baik-baik gitew dah pupus dalam dunia ni. Kalau ada pun, bertuah lah kalau dapat jumpa"

Ketiga-tiga gadis itu tertawa serentak: "Hahaha ...."

Pemuda: "Wooi ... korang. Tu hari jugaklah korang cakap index jenayah semakin meningkat. Korang ngeri. Lepas tu korang jugalah yang bising-bising pasal buang anak merata-rata. Lelaki tak bertanggungjawablah. Emak bapak tak reti jaga anaklah. Perempuan suka membuat maksiatlah. Pelajar sekolah samsenglah. Tapi cuba tengok korang. Korang sendiri pun tak nak wanita solehah. 

Bila kita cakap, kita dorong dan kita ajak jadi orang yang baik-baik, korang mula memadang senget pula. 

Sekurang-kurangnya aku bercita-cita mendapatkan isteri solehah yang dengannya mudah-mudahan akan lahirlah anak-anak yang soleh. Bila dah ramai anak-anak yang soleh maka akan damailah dunia ini. Yang senang korang juga. Yang selamat dan aman dunia ini dari kancah jenayah dan merasa nikmatnya ialah korang juga."

Gadis-gadis tadi terdiam seketika, tersentak mendengarkan jawapan ikhlas dan bersungguh dari pemuda itu.

Gadis 3: "He'elleh, emo lah pulak jantan ni. hahaha.... Bergurau sikit pun tak boleh. Orang tahu lah nak atur hidup orang. hahaha *ketawa sambil menyinggungkan sikut kepada dua lagi gadis itu"

****
Gambar 2: Pohonan kelapa melentuk dan melambai. Pantai Kok, Langkawi April 2010
Pandangan maza: Jika majoriti anak-anak gadis kita berfikiran macam gadis itu, maka tinggilah kes jenayah dan makin banyaklah maksiat bertebaran di atas muka bumi ini. Lantaran itu hidup tidak selamat terhalang dari berkat. 

Untuk mendapatkan isteri solehah, pemuda juga harus berakhlak mulia dan soleh. Barulah sepadan dan amanlah dunia juga akhirat.

Tiba-tiba teringatkan sepotong ayat Al Quran bermaksud, "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." (An-Nuur; 26)

"Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu dilarang atas orang yang beriman." (An - Nuur : 5)

*Tafsir di atas dirujuk dari laman tafsir Quran JAKIM / IslamGrid.gov.my.

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails