Gambar: Katanya macam Cupid Angel with bow & arrow |
Petang nan berbahagia itu tatkala menjamu cendol yang manis lagi segar di bawah pokok sana, taukey cendol sudah sediakan satu set panah. Papan sasar sedia mendada untuk dibida dengan anak panah yang menusuk kalbu si jantung hati ... ahaks.
Ada pun taukey itu bilang, niat 'sahaja aku' letak set panah di sini mahu mempromosikan sukan memanah dan menambah bilangan pelanggan cendolnya. Kiranya sebagai teknik pemasaran bergandalah.
Belakang taukey itu kata, dia juga baru belajar memanah. Sementelah tiada pelanggan, dengan sukacitanya dia akan menacapkan kemahiran memanah yang dipelajarinya dari Mahaguru Youtube, pembacaan di majalah Anggun Seri dan Sukan Kita ... hmm?!
Dengar khabar lagi dari lebihan rezeki jual cendol itu nanti, mahulah dia bikin satu pusat memanah bersaiz olimpik. Dengan itu dapatlah dia kembangkan bisnes. Hmm ... maza kira dia seorang taukey Melayu lagi muda belia yang berwawasan tinggi.
Dalam kesempatan yang ada dan kebetulan ia percuma untuk pelanggan di situ, maka maza pun amat teruja hendak menyelit dan meraba kesempatan *ketawa, hahaha. Apatah lagi tuan kedai itu menawarkan kepada maza secara peribadi, "Pergilah cuba. Kalau tempat lain tu dah kena bayar. Lima anak panah RM3."
"Saya tak pandai memanah. Tetapi teringin juga."
"Jangan malu-malu. Saya bukannya tahu sangat, tapi kalau nak tunjukkan serba sedikit itu bolehlah."
"Kalau begitu, macam mana nak mulakan."
"Nah ambil lima anak panah ini. Kemudian tarik dan lepaskan."
Penyudahnya duopulohthegasetengah minit maza masih terpacak di lapangan tersebut. Bukan lima anak panah tadi terkial-kial belum dilepaskan, tetapi yang ini entah berapa ghatus kali maza sudah lepaskan anak panah itu. Mulanya malulah sangatkan? *ketawa hahaha.
Gambar: Tukang kutip anak panah. *hahaha |
"Panah lagi bang, panah lagi. Abang panah macam The angel cupid yang cute bawa chenta ke hati!", kata darling pembakar semangat sambil Nasrun (6 tahun) terlompat-lompat keriangan.
Selesai sepuluh anak panah dipanahkan ke papan sasar yang kebanyakkanya menembak ke burung merpati yang lalu atau pohon balak di hujung sana. Si darling lagi comel terkedek-kedek berlari memungut segala anak panah yang terbongkang atau tertusuk ke dalam tanah. Kemudian dia kembali berlari-lari ke arah maza lalu menyerahkan anak panah dipungutnya itu..
Entah berapa kali dia berulang-alik mengutip semua itu. Sambil senyum simpul di mukanya darling mula berkata, "Abang panahlah sampai esok pagi ya. Kita boleh aje tunggu abang sampai esok pagi. Makan malam dan bersarapan cendol aje kat ini pun tak apa. Kalau mahu makan sedap-sedap lagi, abang bidik kat burung tu ha. Kasik kena. Untung-untung malam nanti kita boleh makan dagingnya. Kita kasi bakar!"
Ah! Demikianlah supportive-nya isteri nan tercinta itu. Maza menjadi termotivasi dan terus memanah hingga hampir matahari terbenam.
Gambar: Cuba memanah burung untuk dibuat makan malam nanti. Bakar pun sodap tu *hahaha |
Ah! Demikianlah supportive-nya isteri nan tercinta itu. Maza menjadi termotivasi dan terus memanah hingga hampir matahari terbenam.
Malam itu maza sambil menyeringai berkata kepada darling, "Sayang, tolong ambilkan minyak kuda di balik belebas itu. Kasik picit sikit lengan abang ni."
"Hai abang, takkanlah dah sengal-sengal. Macam mana ni nak berjihad lawan orang jahat macam di medan Perang Uhud tu?" balas darling sambil menekan-nekan keras.
i |
Gambar: Bersama penyokong kipas-mati tegar |
Sambil mengulum liur sendiri dan menahan tujahan jejari pulus sang isteri, maza pun memberi alasan yang maha kukuh, "Bukan apa. Abang cuma teringatkan hadis Rasulullah SAW. Sabdanya, 'Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda. (Al Hadis)'
Manakala dari Riwayat Muslim pula, Rasulullah SAW bersabda, 'Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).' Abang sekadar mengikut sunnah sahaja. Tu pasallah siang tadi abang berlatih bersungguh-sungguh. Aderkk ... aderkkk ... aderkkk.”
Semakin ligat pula jejari nan halus itu menunjal-nunjal ke otot lengan mengkal maza ini.
Gambar: Renung dengan mata makrifat ... aaaa, Ini betul-betul punya point memanah. Bukan datang kat papan tu, dan cucuk-cucuk... huhuhu |
Hari ini hari Jumaat, esok sudah mula hujung minggu, jadinya selamat berhujung minggu ya kengkawan...
Psst: Terima kasih tak terhingga kepada Bro mnhisyam bahrom dan tengkorak emas kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini. hehehe.. Selalu-selalulah jenguk dan komen kat sini. Tanpa kengkawan siapalah maza, kanzzz?
Psst: Terima kasih tak terhingga kepada Bro mnhisyam bahrom dan tengkorak emas kerana sudi menjadi pengikut GKKJ ini. hehehe.. Selalu-selalulah jenguk dan komen kat sini. Tanpa kengkawan siapalah maza, kanzzz?