Gambar 1: Kaki kerdil ingin menerokai alam baru |
Bermulalah episod selepas banjir. Berhari-hari tanah di Kampung Sri Lukut, Kahang ini bergenang dengan air. Ini juga bermakna sumber pendapatan penduduk kampung terjejas yang amat.
Kalau mahu berbicara tentang aktiviti pertanian sara diri seperti menoreh dan memotong buah sawit, memang tidak dapat dijalankan. Semua kerja tergendala, termasuklah si tukang kayu, pengimpal besi, peniaga baju. Masing-masing berteleku menahan lapar di dalam rumah.
Gambar 2: Mat Boy sedang membaca radar, membuat perkiraan tepat sambil menggunakan sonar semulajadi untuk mengesan kehadiran ikan. |
Mereka yang agak mewah rezekinya dapatlah meratah kudapan (makanan ringan) seperti pisang goreng, keledek bakar atau pun kopi segar sambil bersantai di anjung rumah. Atau pun memandang kosong ke laman sana dari beranda berbumbungkan pisang sesikat!
Mereka yang kurang mewah pula, kalau bercucuk tanam serba sedikit di halaman rumah itu, inilah masanya mereka membungkas ubi kayu, keladi dan kekacang dibuat sayur atau menggantikan sementara makanan ruji.
Gambar 3: Kamal dan Mat Boy sedang memasang jaringnya. |
Sungguh pun begitu, Tuhan Maha Kaya. Janji kita mahu berusaha. Firman Tuhan ada mengatakan bahawa : " ... tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya."
Walaupun tidak dapat turun ke kebun seperti biasa namun Allah SWT telah menaburkan rezeki kepada hambanya dengan cara lain pula.
Kali ini banjir hadir bersama rezeki yang keluar dari berlainan sumber.
Maza secara peribadi sempat meninjau aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung. Mereka melakukan pelbagai aktiviti demi kelangsungan hidup untuk menyara keluarga.
Apa tah lagi di saat ini harga barangan serba-serbi naik. Sesetengah barangan menjadi begitu mahal buat mereka. Namun begitu hidup harus diteruskan, mereka mencari alternatif yang lain selagi terdaya. Segala kuderat diperah agar tidak merempat di tanah air sendiri.
Apa tah lagi di saat ini harga barangan serba-serbi naik. Sesetengah barangan menjadi begitu mahal buat mereka. Namun begitu hidup harus diteruskan, mereka mencari alternatif yang lain selagi terdaya. Segala kuderat diperah agar tidak merempat di tanah air sendiri.
Gambar 5: Mat Boy sedang berehat di atas boya sambil mengurai kekusutan jaring |
Gambar 6: Bibiq sedang mencari lubuk dan memantau keadaan sekeliling. Keberanian dan kecekalan perlu ada. |
Antara aktviti di sepanjang musim tengkujuh ini ialah menjaring, menjala dan menangkap ikan.
Alhamdulillah, banjir kali ini penduduk kampung dihadiahkan dengan ikan segar dari sungai dan sistem pengairan yang terdapat di kampung.
Jadinya secara tak langsung rahmat Tuhan ini dapat menangkis kebuluran dan ketandusan sumber protein utama warga desa.
Gambar 7: Banjir di Kampung Seri Lukut, Kahang ini tidaklah sedalam itu. Cuba anda ke tengah sedikit, hanya tinggal umbut-umbut kepala yang kelihatan. |
Gambar 8: Margas tua sedang mencari makanan. Kehadirannya seperti memberi petunjuk bahawa banjir sudah berakhir |
Peristiwa istimewa ini maza rakamkan untuk sama-sama kita ambil pengajarannya. Terutama tentang kelangsungan hidup manusia yang tinggal di desa.
Ya, kebanyakkan dari kita berasal dari desa. Dari desa kita merantau dan hari ini ada antara kita sudah bergelar pemastautin tetap yang bermukim di daerah kota metropolitan.
Gambar 9: Kelihatan lori tangki sedang melalui jambatan di sungai kecil ini. Aksi berbahya ini dilarang ditiru. Sudah dipatentkan... hahaha |
Kata orang, bekerja di bandar kena ligat untuk menyuap nasi. Tetapi kata maza pula, untuk menyuap nasi ke mulut keluarga bukanlah mengira tempat. Di kampung juga kita kena ligat. Insyallah, siapa yang berusaha lebih dia berupaya mendapat rezeki lebih hasil pemberian Tuhan juga.
Gambar 10: Antara peminat setia sedang memantau kami yang bergelumangan mencari rezeki di tepian sungai. |
Gambar 11: Menarik jaring ke seberang sana. |
Benarlah kata orang, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maza telah mengikuti teman sekampung mengharungi banjir untuk mencari secupak rezeki. Akhirnya selepas berusaha lebih lapan jam, beberapa kilo ikan dan udang galah telah berjaya didaratkan. Mat Boy yang berusaha gigih pun dapat menjual hasil tangkapannya.
Gambar 12: Menuai hasil tangkapan |
Gambar 13: Ikan tersangkut di jaring. Alhamdulilah, rezeki keluarga untuk hari ini |
Mat Boy anak muda jati kampung ini sedang mencari pekerjaan tetap. Tatkala bergelar pengganggur sementara setelah tamat kursus ada baiknya dia mencari duit poket sendiri dengan berniaga ikan di lorong-lorong kampung.
Gambar 14: Mat Boy dengan lampamnya. Khazanah & hasil mahsyul dari Sungai Kahang |
Di entry yang lalu (klik sini) maza ada menceritakan tentang 'jongkong emas' (udang galah) sungai Kahang. Kebetulan pula Ali dan kawan-kawannya sempat merakamkan detik-detik jongkong emas ini ditawan. Apa lagi, layan gambar-gambar jongkong emas di bawah ini ya kengkawan....
Gambar 15: Ali menayang hasil yang diperolehinya dari Sungai Kahang. |
Gambar 16: Antara hasil mahsyul yang diperolehi. Udang Galah sepit BIRU! |
Gambar 'closed up' 17: Udang galah digoreng. |