Gambar 1: Banjir yang menenggelamkan Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor |
Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor terletak di tanah ujung semenanjung. Hari ini lebih kurang jam 10.30pm telah selamatlah maza sampai ke rumah sendiri. Alhamdulilah, walaupun tersenggut-senggut di pertengahan jalan macam lenggoknya tengkok unta. Sungguhpun ber-tag nama lebuh raya tetapi jalannya sesak disebabkan kemalangan kecil dan berpusu-pusunya warga kota pulang ke 'sarang!'
Gambar 2: Meninjau kawasan |
Alkisah pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina ini, maza telah mengambil kesempatan meronda-ronda kampung yang dilanda banjir macam YB yang melawat kawasan. *ketawa, hahaha...
Gambar 3: Pohonan yang mati masih gah berdiri selepas dilanda banjir |
Syukur tiadalah yang kehilangan nyawa. Ayam, itik, angsa, lembu semuanya sihat-sihat belaka dan sudah pun didaftarkan sebagai mangsa banjir juga.
Gambar 4: Banjir tidak mengenal siapa, habis ditelannya waema pisang sekalipun |
Rumah pusaka maza turut dinaiki air. Banjir telah menodai dapur dan laman depan rumah sahaja. Rumah tengah terselamat.
Cuma dek langkah berjaga-jaga, semua peralatan dan perabot seperti peti sejuk, peti tv, mesin basuh, kaos (katil), gebar, pakaian, gerobok baju, dan segala yang boleh dihumban, maka adik-adik maza pun humbankan ke ruang tengah itu. Jenuh juga hendak mengemas semula
Cuma dek langkah berjaga-jaga, semua peralatan dan perabot seperti peti sejuk, peti tv, mesin basuh, kaos (katil), gebar, pakaian, gerobok baju, dan segala yang boleh dihumban, maka adik-adik maza pun humbankan ke ruang tengah itu. Jenuh juga hendak mengemas semula
Gambar 5: Hanya tinggal selipar, ke mana tuannya? Mangsa banjir janganlah hilang pedoman. |
Emak dan adik ipar (perempuan) dua hari menginap di rumah sekolah yang dijadikan pusat perpindahan mangsa banjir. Adik-adik yang lelaki bersama-sama kawan-kawannya masih setia menanti rumah kami itu. Ini perlu, kerana sudah ada 'maling' (pencuri tegar) yang memecah masuk rumah dan mengambil kesempatan di atas bencana ini.
Pernah diberitakan bahawa nyaris-nyaris tong gas memasak di penempatan bajir tersebut dicuri oleh 'kawaq' (pencuri) tarbus kaki 'inject' itu. huhuhu. Nasib baik ada seorang pakcik itu perasan dan melaung-launglah dia hendak menghalang si kawaq dari mencopet tong gas. Kalau tidak sudah tentu dapur tak berasap! Alahai ... huhuhu
Gambar 6: Pintu kunci yang mengawal air kini tak terkawal dek limpahan bah |
Bukan tak ada pengawal keselamatan. Ada. Tapi mereka berkawal di pintu masuk, di pintu belakang tidak ada sesiapa yang peduli sangat. Lagi pun malam hari yang dingin, sejuk dehhh.. ngorok (tidur) lagi sedap gitu ... *ketawa hahaha
Gambar 7: Sawah Kahang ditenggelami air |
Emak maza juga sudah mendaftarkan diri, berbaris panjang di rumah tok ketua kampung sebagai mangsa banjir juga. Insyallah selepas bancian katanya akan dapat sedikit duit ehsan atau bantuan dari gomen. Harap-harap pun tidak ada orang songlap duit rakyat ini. huhuhu
Hari ini maza baru sampai dari pengkalan kandang maza (balik rumah sendiri lorr) setelah puas melawat kawasan. Jadi kengkawan silalah layan gambar apa-apa yang patut ya. Jangan nakal-nakal gitew..*ketawa hahaha
Hari ini maza baru sampai dari pengkalan kandang maza (balik rumah sendiri lorr) setelah puas melawat kawasan. Jadi kengkawan silalah layan gambar apa-apa yang patut ya. Jangan nakal-nakal gitew..*ketawa hahaha
Maza mahu melantun-lantun sekejap.. ahaks..
Gambar 8: Kehadiran margas tua tanda banjir akan pulih. Bangau sedang mencari ikan |