Lagi pasal Semanis Nira, Semasam Cuka. Kali ini pasal seorang rakan bertanya perihal cinta berputik mekar di hati. Katanya mahu mencari pasangan hidup, (sehidup tetapi tidak semati. Mati kira lain-lain ... *ahaks, senyum)
Entry ini juga terkait dengan entry En. Ismail N si blogger tegar gamaknya, bertajuk "No money, No wife?". Juga berhubung dengan entry En. Mdanif bertajuk "Cerita kedai kopi."
*****
Gambar 1: Proses untuk menjadi SATU. |
Kalau dalam hidup ini hanya harta dicari, maka harta sahajalah yang akan kita dapat. Nikmat yang lain ada yang berciciran dan kita akan kerugian di situ.
Kalau Tuhan dicari, dan dicintai, maka bahagia di dunia dan akhirat! Makna kata harta dunia pun dapat, harta akhirat pun dapat...
Sebab dalam agama bawaan Baginda SAW tidak menyuruh pun orang-orang Muslim lagi beriman teguh menjadi papa kedana.. atau miskin... tetapi disuruhnya 'menyerah diri' kepada Tuhan dan beramal soleh dengan mencari harta yang halal.. kemudian mengeluarkan zakat. Kalau tidak berduit bagaimana mahu keluarkan zakat, kan? (ironinya, ada orang berduit, beriman katanya, tapi lari dari zakat, sebab takut jadi miskin, rugi dan hanya mahu kejar kaya punya pasal *senyum, hehehe)
Lantaran itu, kalau kita letakkan agama dahulu, memilih wanita atau suami kerana Agamanya!; dengan mengikut sunnah dan anjuran Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang mana menyatakan, "Seseorang hendak berkahwin itu kerana empat perkara iaitu, hartanya, keturunannya, wajahnya, dan kesihatannya. Dan sesiapa yang memilih kerana agamanya, maka mereka itu akan berbahagia di dunia dan akhirat!.. "
Jadinya kalaulah betul harta adalah penjamin bahagia, sudah lama Nabi Muhammad Rasulullah SAW bersabda sebaliknya! Tetapi apa yang Rasulullah SAW bikin ialah dengan menyatakan bahawa sesorang itu akan mendapat rahmat dari Tuhan berupa kebahagian, keberkataan dan kesenangan jika memilih pasangan orang yang beragama!
Lantaran itu, insyallah, akhlak terpelihara, keturunan terpelihara, muamalat terjaga, dan rezeki berkat sentiasa...
Apa yang hendak dilontarkan di sini ialah agar kita kembali kepada jalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Iaitu dengan menekankan askpek agama lebih mustahak dari materialisma ... itu pun kalau kita mahu senang dan bahagia di dunia dan akhirat!
Gambar 2 : Pilihan adalah milik anda |
Tetapi kalau sahaja mahu bersusah payah pun boleh juga! Pilihlah yang berharta terlebih dahulu. Letakkanlah ia sebagai priority (keutamaan). Kemudian kalau ada kesempatan dan masa barulah mencari agama. Bertaubat. Tetapi harus diingat, ajal kita tidak tahu. Mungkin sempat mungkin tidak untuk mencari agama dan bertaubat.
Agama Islam ini ialah sistem cara hidup yang perlu diamalkan sehari-harian. Takut-takut nanti bila dah tua dah tak mampu melaksanakan amalan-amalan baik dek kerana keuzuran, lemahnya ingatan dan sebagainya. Akhirnya menyebabkan kita kerugian. Apa yang lebih mengerikan ialah tatkala di Mizan Allah SWT di Padang Mahsyar sana. Apabila timbangan tidak mencukupi lalu berat di sebelah kiri! dek kerana kekurangan amalan kebajikan. Nauzubillah min zalik, api neraka yang panas itu sedang menantikan kita untuk dijadikan habuannya.
Jaminan Allah SWT bahawa jika kita seorang yang baik, taat beragama, maka, insyalllah, pasangan kita juga akan terdiri daripada orang yang baik dan taat beragama bahkan saling mendorong ke jalan kebajikan..
Tetapi sebaliknya, kalau akhlak kita macam jin afrait, main langgar perintah agama, malas solat ... pasangan yang akan diperolehi oleh kita macam tu lah juga jenisnya. Lagi malang apabila dijodohkan dengan pasangan yang lagi teruk perangainya dari kita. Lain tidak bukan ia adalah kifarah (balasan terhadap dosa) apa yang kita amalkan dan abaikan itu.
Gambar 3: Cincin di sarung tanda sudah berpunya |
Kecualilah Allah SWT memberikan kelebihan dan keselamatan kepada kita dengan jadikan pasangan kita itu orang yang baik-baik, lagi beriman.
Tidak dinafikan ada antara golongan berperangai hodoh tetapi mendapat pasangan yang baik-baik juga. Tetapi berapakah peratus orang-orang di dalam dunia ini memperolehi kelebihan seumpama itu?
Tidak dinafikan ada antara golongan berperangai hodoh tetapi mendapat pasangan yang baik-baik juga. Tetapi berapakah peratus orang-orang di dalam dunia ini memperolehi kelebihan seumpama itu?
Betulkah kita akan tergolong dalam peratusan kecil itu? Ada sebarang jaminan kita mendapat keuntungan seperti itu?
Sebenarnya kita sendiri pun tak tahu, samada kita ini terpilih atau tidak dalam kalangan mereka yang beruntung? Kita tidak pasti. Dari itu marilah kita jadi orang-orang yang baik-baik. Insylallah pasangan kita pun akan datang dari kalangan orang-orang yang baik-baik juga.
Justeru, jawapannya tidak pasti itu harus 'di-liquid paper-kan'. Semoleknya gunakanlah jalan yang terang dan pasti.
Jadinya, dimanakah kita harus letakkan priority dalam hidup ini? Kalau harta dahulu makanya pasangan kita akan gila harta juga, yang mana harta kekayaan kalau diukur tidak akan pernah cukup! Kecuali harta yg berkat.
Kalau priority-nya pada kecantikan atau ketampanan, maka esok lusa ia berkerepot juga. Sedang pada masa itu kita akan berasa kecewa disebabkan pasangan kita sudah tidak cantik, tegap atau segak lagi. Jadi siapa yang akan berasa susah? Dan siapa pula yang akan teraniaya?!
Jadinya, kalau pilih agama dahulu dan kita taat mengikuti perintah Rasulullah SAW, keseimbangan hidup sentiasa ada bersama. Baik dalam mencari jodoh pasangan, harta atau kehidupan di dunia nan fana ini.
Gambar 4: Renung-renungkanlah apa sebenarnya anda mahu di belakang hari. Jangan main hentam kromok mengikut kata hati semata-mata. |
Seronok dapat anak-anak yang soleh, kan?! Tapi nak dapat anak yang soleh perlu bermula dari ibubapanya. Bermula dari diri kemudiam memilih pasangan ... serta amal ibadah yang disaluti akhlak yg mulia, gitew.. *senyum.
Salam Jumaat, kengkawan. Esok sudah hujung minggu, yahooo!