‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 1 Februari 2011

Jongkong Emas di temui di Sungai Kahang

Rakaman klip video ini telah dibuat pada bulan Disember 2010 yang lalu. Beberapa puluh kilo 'jongkong emas' telah berjaya didaratkan dengan selamatnya dari dalam Sungai Kahang. 

Bagi penduduk setempat, terutamanya Kampung Sri Lukut yang menjadi penempatan awal di Kahang itu, jongkong emas dirujuk sebagai 'Udang Galah."

 

Kahang dan sungainya memang terkenal sebagai tempat memancing. Bahkan ianya syurga bagi kaki pancing. Airnya jernih, sejuk dan segar telah menjadi sumber pendapatan nelayan sungai terutama orang-orang Asli dan penduduk sekitarnya.

Bahkan di Kampung Sri Lukut itu juga terdapat beberapa gugusan dan cabang sungai yang saling berhubugan lalu membentuk Sungai Kahang. Antaranya Sungai Madik, Sungai Temigol, Sungai  Lanjut, Sungai Pungkur yang kemudiannya bergabung dengan Sungai Semberong dan dialir ke laut melalui Sungai Endau Rompin.

Tidak mustahillah anda masih boleh memperoleh pelbagai khazanah hidupan merin air tawar yang segar sementelah Kahang dan sungai-sungainya terletak bersempadanan dengan Taman Negara Endau Rompin.

Beberapa kawasan dan tebingan sungai masih terpelihara. Hutan simpan kekal (yang tak berapa nak simpan) dan hutan kampung telah menjadi landskap yang menyuburkan hidupan merin di situ.

Sungai Kahang mempunyai potensi besar sebagai kawasan pertanian, pelancongan, riadah dan aktiviti air. Antara salah satu cabang Sungai Kahang ialah Sungai Temigol dan Sungai Madik yang mengalir  merentasi Kampung Sri Lukut telah diwartakan sebagai Taman Rekreasi Hutan Kampung Temigol.

Swiming in Sungai Temigol
Gambar : Model cilik, Nasrun,bergambar kenangan di Sungai Temigol, Taman Rekreasi Hutan Kampung Temigol.

Kalau dahulu sekitar tahun 1980-an, di sungai ini pernah dinaikkan ikan tapah seberat 40kg. Tetapi hari ini kemeriahan perikanan di situ semakin berkurangan. Ini disebabkan pencerobohan, pembangunan yang tidak terancangan dan pencurian balak di persisiran sungai. Sungai juga sering kali dipenuhi oleh keladak lumpur.

Kahang dan Semberong di bawah tadbiran Ahli Parlimen YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein bin Onn bin Jaafar. Sehubungan itu maza mohon menarik perhatian YB Dato' Seri untuk sama-sama kita usahakan agar khazanah ini bertekalan, menjadikan Kahang sebagai syurga memancing dan tarikan pelancong yang utama di Negeri Johor.

Lagipun memelihara alam juga tuntutan agama, tak gitew? ... hehehe

Hari ini hari Selasa, 1 Februari 2010. Ini bermakna Hari Wilayah. Jadinya, kengkawan yang tinggal dan bekerja di Wilayah Persektuan KL, Labuan dan Putrajaya, maza ucapakanlah selamat bercuti. Jangan main air banjir dan elakkan daripada ditimpa hujan. 

Sambil-sambil itu mari kita menadah tangan memohon doa agar negara kita dijauhi dan diselamatkan daripada bencana banjir. Maza khuatir banjir kali ini merupakan banjir terbesar dan memusnahkan  harta serta nyawa sebagaimana yang telah berlaku di Quesland, Brisbane di Australia awal tahun ini. Minta simpang dan dijauhkanlah hendaknya akan merbahaya itu.

Sebelum terlupa, marilah kita memelihara alam sekitar. "To preserve is to conserve!" 

Ps: Terima kasih kiela_beez33 kerana sudi menjadi pengikut blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini. Sudi-sudikanlah juga menaip komen di sini. Segala komen kengkawan amatlah kami sanjung tinggi dan hargai. Psst: Jangan segan-segan gitew.. hehehe.. lantun jangan tak lantun.... *ketawa menyeringai, hahaha
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails