Gambar 1: Menyelidik dengan telus dan mendalam (Daniel, 4 tahun). |
Entry yang lepas maza ada bercerita tentang perihal guru: (klik sini: Cikgu semanis nira, semasam cuka.) Tindakbalas dan komen yang diberikan kawan-kawan amatlah baik sekali dan maza amat menghargai. Sekurang-kurangnya untuk pengetahuan dan penilaian maza dalam membentuk siasah diri.
Kali ini maza ingin bawakan alkisah pendidikan anak-anak lagi. Lebih menjurus kepada persediaan untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.
Gambar 2: Runtuhan Kota A Farmosa tinggalan penjajah Portugis yang menyebabkan empayar Melaka jatuh pada 1511 |
Umum mengetahui tahun ini subjek sejarah menjadi matapelajaran wajib lulus di dalam peperiksaan SPM. Jadinya sebagai persediaan ke arah itu, dua bulan lalu maza telah bawa anak-anak (yang belum pun masuk sekolah rendah) melawat tempat bersejarah.
Lokasi pilihan ialah di Kota A Farmosa, Melaka Kota Bersejarah.
Gambar 3: Kalau tak belajar, mana nak tahu (Aqlan, 11 bulan) |
Ada pun persediaan awal ini juga mahu memberikan asas pengetahuan tetang asal usul bangsa. Juga ambil tahu tentang latar belakang bangsanya agar mampu berwaspada dan mengelak segala fitnah dan tomahan.
Mudah-mudahan dengan lawatan sambil kembara dan belajar ini, mampu menyematkan di minda anak-anak agar ingat dan kenang mereka yang berjasa. Mudah-mudahan anak-anak kental dan cekal menghadapi badai kehidupan kelak...
Hari Isnin sedang bermula, jadi selamat menyambung tugas kengkawan. Hari Selasa nanti kita sama-sama sambut malidur-rasul, mari kita berselawat banyak-banyak kepada junjungan besar itu.
Gambar 4: Menyelongkar al kitab, mencari jalan terang |
Psst: Hari ini 14 Februari 2011, Valentine Day dan ianya bukanlah hari kebesaran Islam. Jadi jika anda seorang Muslim, tak payahlah nak sambut bagai. Yang sudah tu, sudahlah. Elok bersiap sedia untuk pergi ke masjid di pagi hari Selasa, kita berarak dan berselawat banyak-banyak. Moh kita mengenang dan menyatakan kasih sayang, rindu membara kepada Rasulullah SAW.
Terima kasih en.Nizam5431 kerana sudi mengikuti GKKJ. Senang-senang datanglah selalu, ya. Dan jangan segan-segan untuk komen yang baik dan bernas-bernas gitew. Maza pun 'budak di luar pagar, ambil galah tolong jolokan, maza budak baru belajar, salah dan silap tolong tunjukkan ... hehehe