‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 29 April 2011

100 Helah Lari Berpetualang Desa ke Desa

Sekitar Tahun 1988 / 89

Pekaka Rimba, Engang, Helang, Nuri – nama-nama rumah pasukan ketika aku di tingkatan 1, Sekolah Menengah Kahang Batu 23, Jalan Mersing (SMK). 

Walaupun nama-nama tersebut nama erotik, tetapi tidaklah rumah pasukan kami dibezakan dengan bentuk paruh atau bulu pelepah burung. 

Rumah pasukan masih dibezakan dengan kaler.

Pekaka Rimba – Merah
Engang – Hijau
Helang – Kuning
Nuri – Biru.

Tiap-tiap tahun akan diadakan sukan tahunan. Setiap pasukan saling bersaing untuk menjuarai piala itu. 

Di sekolah SMK kebiasaanya pasukan Engang dan Pekaka Rimba yang kerap menjadi johan. Lagipun sekecil itu juga kami sudah pandai main politik memilih ahli keluarga rumah mengikut kroni masing-masing. Ini semua gara-gara memastikan pasukan kami adalah ‘ Sang Juara’.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kengkawan jangan lupa ya untuk menghantar penyertaan kontest Garden of Eden. Esok (April 30, 2011) adalah hari penamat penyertaan tepat jam 12.00 tengah malam. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Acara yang paling aku tak suka ialah segala yang berkaitan dengan belari. Bagi aku ianya kosong! Macam tak ada matlamat.

Baik acara 100 meter, 200 meter, 4 x 400 meter atau lari dalam guni, semuanya aku tidak minat.

Tetapi kalau main bola sepak atau hoki aku cukup suka. 

Akulah antara yang akan ke depan menawarkan diri untuk menjadi pemainnya. Tapi kerap kali jugalah menjadi pemain simpanan! Ini semua hasil sikap nepotisme kapten pasukanlah...Huh tak adil! (kekonon tak nak mengaku bahawa tak ada bakat dan main pun tak cukup 'terror' hahahaha)


Merentas Desa

Satu petang di hari yang cerah dan panas, acara merentas desa yang wajib setiap pelajar sertai akan diadakan. Sekumpulan pelajar, termasuklah aku, sedang berkira-kira tidak mahu turut serta. Masing-masing sedang mencipta alasan untuk dilontarkan kepada cikgu rumah pasukan masing-masing!

Kami berkumpul di belakang stor sekolah berhampiran kantin, dan asyik berbincang.

“Kau pulak kenapa tak nak lari?”

“Perut aku sakit la…”

“Kau?”

“Kepala aku pening. Kalau berjalan ok, tapi bila nak lari aje, tiba-tiba tak larat. Macam nak muntah. Eh! Kau pulak kenapa?”

“Dada aku sakit la. Semalam angkat guni padi kat sawah. Lagipun aku rasa dada aku membengkak la. Aku rasa bila berlari nanti, rasa macam dada terlambung-lambung. Mengelembong. Toing! Toing! Macam tu….Malu lah!”

"Pap!!" 

Satu penampar singgah di belakang kepalaku.

Mulanya aku geram juga kepada si pelaku itu. Hampir-hampir sahaja aku memekik seperti Tarzan. Tarzan yang memanggil gajah lalu menyuruhnya menginjak-injak kepala manusia yang mendurjanakan aku itu! Huh!

Belum sempat aku berteriak, Cikgu Samsul bersuara,“Ooo.. Awak semua ada di sini yea. Orang lelaki mana ada dada melambung-lambung. Awak tu lelaki! Dah jangan bagi alasan lagi. Pergi lari sana. Saya mahu awak sumbangkan point untuk rumah kita. Mesti, faham!! Pergi lari sana. Pergi!!!”

Kami pergi dengan langkah longlai. Dalam keterpaksaan. Entah bila masa Cikgu Samsul muncul dan mengendap markas kami, kami pun tak tahu.

Untuk menjadi lebih sadis, awek yang menjadi secret admire ku itu ada sama. Dia mengekori Cikgu Samsul sambil memegang bola jaring. Budak itu menutup mulutnya dan aku tahu dia sedang mentertawakan ku. 

Aduh! Malunya aku. Huh!

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails