‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 27 April 2011

Blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan masuk majalah

Alhamdulilah berkat kesabaran dan ketekunan, akhirnya blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan (GKKJ) ini masuk majalah.

Majalah yang dimaksudkan ialah majalah poskad2u.wordpress.com.

Apa lagi, melantun-lantun, melompat-lompat tinggilah maza seadanya. Maza melompat hingga cicah awan sambil menghirup Kopi 434 produk keluaran Tangkak, Muar, Johor itu, *ketawa girang, hehehhe (err.. betul ke abang mail nama kopi tu?)

Cuma majalah ini tidaklah boleh didapati di pasaran seperti majalah-majalah yang biasa-biasa itu. Ia terlalu istimewa!


Gambar 1: Muka Majalah berpotretkan famili

________________________________________________________________________________

Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
____________________________________________________________________________________________________________________




Sebetulnya, majalah ini hanya wujud dalam talian sahaja. Ia wujud dalam bentuk laman sesawang yang memasarkan fotografi dan poskad.

Sejujurnya maza & company sedang mencungkil dan menganyam bidang kemahiran seni tampak ini agar tampak kreatif dan menarik (mahu cari rezeki lorrr ... huhuhu)

Jadi, inilah beberapa hasilan kreatif kami. Kami paparkan muka majalah (cover majalah) ciptaan kami dengan model-model pilihan. 

Gambar 2: Muka Majalah potret berkumpulan


Justeru jika ada teman-teman yang berkenan hendak merakamkan seperti itu, untuk nampak bergaya dan kenang-kenangan, teman-teman bolehlah hubungi maza atau terus ke laman sesawang http://poskad2u.wordpress.com

Dengar khabar untuk bikin seperti itu kosnya hanya RM30.00 untuk saiz A4 dengan pihak poskad2u akan merakamkan gambar anda (terma dan syarakat terpakai dan hanya sekitar lembah Klang sahaja).

Jika gambar disediakan oleh pelanggan, harganya RM25.00 sahaja. Ada berani? hahahhaha....
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails